Salam ...
Dah masuk hari ke-16 kehilangan pesawat MAS MH370. Macam-macam spekulasi dan teori yang dikeluarkan dari pelbagai pihak. Teori yang mana korang percaya / dekat dengan hati?
Sejak hari pertama keluar berita kehilangan MH370, BW as a typical women, tak ada la nak pikir diluar kotak pasal hijack, konspirasi bagai ni. BW merasakan yang pesawat ni dah tenggelam dalam laut, sebab tak ada ahli keluarga yang mendapat call selepas itu. Cuma yang menghairankan BW kenapa terputus dari radar, kenapa tak ada panggilan kecemasan dan kenapa tak jumpa serpihan pesawat.
Macam-macam teori dah BW baca, banyak la teori out of box yang bila kita baca nampak macam gempak teori diorang, ada juga teori berbentuk fitnah. Yang paling tak best ada tuduhan negatif untuk Kapten Zaharie. Kesian family dia yang mendengar dan membaca.
BW tertarik dengan teori dari seorang pilot ni sebab ni dah menjawab persoalan yang bermain difikiran BW. Sekarang ni pula satellite Australia dan China ada menemui image objek yang berkemungkinan serpihan MH370. Jika benar objek itu adalah serpihan MH370, teori pilot ni la paling boleh dipakai, iaitu pilot lemas dan pesawat autopilot sehingga habis minyak. Hopefully cepatlah MH370 dan black box nya ditemui.
Teori Chris Goodfellow yang berpengalaman 20 tahun sebagai pilot ...
Goodfellow berkata, sebaik mendengar berita pesawat itu berpatah balik ke arah Selat Melaka dari Laut China Selatan, dia terus memeriksa peta dan mendapati MH370 mungkin menuju lapangan terbang terdekat di Pulau Langkawi selepas berlaku masalah seperti kebakaran dalam kokpit.
“Kunci utama di sini adalah pusingan kiri dibuat pesawat itu. Juruterbang (Kapten Zaharie Ahmad Shah) adalah kapten yang sangat berpengalaman dengan lebih 18,000 jam penerbangan. Mungkin juruterbang lebih muda yang ditemu ramah (agensi berita) CNN tidak sedar mengenai pusingan kiri.
“Kami juruterbang lama dilatih untuk sentiasa tahu di mana lapangan terbang paling dekat ketika terbang untuk perlindungan selamat jika kecemasan.”
Menurut Goodfellow lagi, apabila melihat pusingan kiri dibuat oleh pesawat MH370 dan menuju terus ke arah bertentangan, nalurinya memberitahu juruterbang itu mungkin mahu menuju ke lapangan terbang terdekat.
“(Zaharie) sebenarnya mengambil laluan terus di atas laut ke Pulau Langkawi yang tidak mempunyai banyak halangan. Dia tidak kembali ke Kuala Lumpur kerana dia tahu (laluan itu) merentasi gunung (Banjaran Titiwangsa) setinggi 8,000 kaki. Dia tahu laluan ke Langkawi lebih mudah dan jaraknya lebih dekat.”
Goodfellow percaya Zaharie mengambil tindakan betul pada ketika mereka mungkin menghadapi masalah serius yang mendorong kepada tindakan pusingan U untuk menuju ke lapangan terbang terdekat di Pulau Langkawi.
Katanya, terputusnya komunikasi (ACARS) termasuk kesan radar adalah munasabah jika berlaku kebakaran di dalam kokpit.
“Melihat masa kejadian, mungkin berlaku kepanasan melampau pada salah satu tayar hadapan dan ia pecah sebaik pesawat berlepas dan terbakar perlahan-lahan.
“Ya, ini boleh berlaku dengan tayar yang kurang angin. Ingat ini pesawat berat, (dan insiden berlaku) pada malam yang panas dan landasan yang panjang.”
Katanya, ada insiden di Nigeria pada 1991 melibatkan Douglas DC-8 yang tayarnya terbakar semasa berlepas menyebabkan asap tebal melemaskan kru dan penumpang.
Katanya, juruterbang memang ada akses kepada topeng oksigen tetapi ia tidak boleh digunakan semasa kebakaran. Sebaliknya, kebanyakan juruterbang ada penutup muka dengan penapis asap tetapi ia hanya boleh bertahan beberapa minit sahaja.
“Apa yang berlaku adalah (kedua-dua juruterbang) lemas akibat asap dan pengsan, menyebabkan pesawat itu terus terbang menggunakan aplikasi sistem autopilot sehingga sama ada kehabisan minyak atau kebakaran memusnahkan papan kawalan dalam kokpit.”
Jika itu benar, kata Goodfellow, Zaharie adalah wira yang bertarung situasi mustahil untuk cuba membawa pesawat itu ke Pulau Langkawi.
“Tiada was-was lagi dalam fikiran saya, itulah sebab mengapa pesawat itu berpusing dan mengambil laluan lurus.”
Jika berlaku rampasan atau sabotaj, katanya, ia tidak akan sengaja pusing ke sebelah kiri dan menuju ke arah Pulau Langkawi.
Goodfellow mengakhiri tulisannya dengan kata-kata: “Juruterbang bijak. Cuma tidak mempunyai masa mencukupi.”
Sumber: MyNewsHub
Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)
banyak sangat teori yg muncul.. sampai rasa dah muak nk baca.. x tau mana satu yg betol..
ReplyDeletetu la pasal ... baca aje la, percaya tu tidak, nak nak yang konpirasi dalam negara la luar negara la, yang tak logik pun ada. tapi teori yang ni bedasarkan pengalaman pilot, so BW rasa cam logik la :)
Deletehmm.. wallahu a'lam.. tunggu nnti sampai dah jumpa,
Deleteyups, tunggu black box.. hopefully bukan sebab sabotaj hijack bagai la, tak sanggup nak dengar rentetannya
Deleteharapnya begitu la..
Deletehurmmm
ReplyDelete:)
Deletesalam,
ReplyDeletei strongly believe pilot ne dah usaha yang terbaik utk safe the aircraft.
he turn back dan terbang rendah selain nak cari landasan terhampir, mungkin juga sebab nak bagi orang nampak aircraft ne terbang rendah - nak alert orang, yang depa ada masalah...
perasan tak kat peringkat awal ada nelayan/ Vietnamese cakap ada nampak macam kapal terbang meletup di udara? huhuhu.. i think its true... sebab tu dia patah balik...
isunya camna dalam kokpit boleh terbakar? either sebab tayar terbakar spt kata goodfellow atau ada unsur sabotaj....wallahualam... Allah jua yang lebih mengetahui...
kepada orang2 yang suka buat fitnah tu... bawak2 ler istgihfar...
agree, sebab semua orang yang kenal kapten agree dia seorang yang baik - langsung tak ada orang yang bagi bad comment about him...
Semoga Allah beri penyelesaian terbaik dalam kes MH370 ne... dan Allah beri petunjuk... siapa betul... siapa salah... Ameen...
salam ... samalah. memang rasa pilot ni dah usaha sebaiknya cuma keadaan tak menyebelahi mereka...
Deletehopefully tak ada la unsur sabotaj hijack bagai yer ... telinga ni lagi prefer nak dengar technical problem dari unsur lain :)
yup, semoga Allah beri pnyelesaian terbaik, amin!
Komen dia nie sebelum dia tau yang ada route baru pulak yang dok berpusing2 beberapa kali... ermm.. makin misteri kes MH370 nie...
ReplyDeletetu la, dah lama teori ni ... tapi teori ni je yg menyedapkan hati... teori yang lain semua konspirasi sabotaj hijack bagai ... risau juga kalau memang betul berlaku
DeleteDah isi tabung BW... :)
ReplyDeletetabung pe yer? tabung nuffnang ke? :p confuse sket
Deleteteori yang mengelirukan...saya doa sajalah smoga mereka selamat
ReplyDeleteerk... ingatkan teori ni la paling simple.. cer tengok peta tu.. kalau betul pilot lemas, plane auto pilot sampai la ke lautan hindi, sampai habis minyak :) tapi sekadar teori je la... semoga mh370 cepat ditemui
Delete