Friday, April 25

Tempat Makan Best : Lunch @ Kedai Makan Upin Ipin, Giant USJ

Salam Semua ...

Korang pernah nampak tak restoran upin ipin? First time nampak kat Shah Alam time pusing-pusing cari kedai makan, tapi tak singgah pun sebab macam tak ada orang :p Tapi kali ni kami makan tengah hari kat kedai makan upin ipin di giant USJ. Anak-anak yang nak pergi. Kami pergi hari sabtu, tapi tak ramai orang gak, walaupun time lunch. Time kami pergi tu ada la dalam 4 meja je yang ada orang termasuk kami :)

 Posing sementara tunggu makanan sampai. Si adik dok tengok tv upin ipin :)


 Nasi ayam si kakak share ngan adik. Sedap nasi dan ayamnya, cuma ayam kecil sikit.

 Nasi lemak ayam rendang untuk si ayah. Rendang dan sambal sedap kay.

Nasi daging masak merah untuk BW. Rasa daging kureng sikit walaupun lembut.

Semua makanan ni dihidang panas-panas. Overall dari segi rasa memang puas hati, sedap. Suasana kedai selesa, menarik dan bersih. Cuma harga agak mahal sedikit berbanding restoran biasa. Tapi still berbaloi dengan suasana yang sangat cosy compare restoran biasa kan. Next time maybe boleh cuba western foodnya pula kot ;)

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

10 comments:

  1. pernah nampak restoran nie..tp belum pernah singgah lagi..anak buah Nur ade gak ajak makan kat sini...tp belum ade kesempatan lagi...sedap ye...nnti boleh try nie :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh tahan la sedapnya ... kalau nur bawa anak buah mesti suka sangat kan sebab upin ipin :p

      Delete
  2. Replies
    1. erm.. sedap nasinya pakai beras wangi kot :)

      Delete
  3. saya 1st time dengar nama kedai tu.
    menabung sini..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. :) ada kat kl/ selangor je kot kedai upin ipin ni

      Delete
  4. comelnya nama kedai dan set makanan pun nampak sedap2 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kedainya lagi comel.. tapi tak snap lak gambar :p

      Delete
  5. jarang makan nasi ayam lauk telor dengan ayam...simple tapi menarik

    ReplyDelete
    Replies
    1. erk... ada ke kat kedai nasi ayam boh telur? :p nasi ayam kat rumah boleh buat ni :)

      Delete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...