Salam ...
Mood nak dapat baby baru. Asyik post info Ibu & Anak je ni :) Kali ni nak share sedikit info buat bakal-bakal ibu especially yang anak first. Kita dalam berpantang ni kena juga amalkan pemakanan sihat dan seimbang tau, bukan time mengandung sahaja. Pemakanan yang sihat dan seimbang akan membantu mempercepatkan pembaikan luka dan meningkatkan pengeluaran susu untuk si baby.
Antara nasihat yang BW follow dan sedikit pengalaman;
1. Jangan Makan Makanan Berminyak & Pedas
- Ini bagi mengelakkan sembelit. Ibu yang berpantang mudah kena sembelit kay. Seeloknya makanan dimasak secara rebus, kukus dan bakar. Berkhasiat dan tidak berkolesterol.
2. Makan Makanan Berprotin
- Ini bagi mempercepatkan pembaikan luka. Contohnya daging tanpa lemak dan ikan-ikan segar seperti ikan kembung, ikan merah, ikan siakap, ikan selar. Bagi yang makan ikan sungai, boleh la makan ikan haruan yer. Cuba elakkan makanan berprotin yang gatal seperti telur, udang, sotong, ikan pari dan lain-lain.
3. Minum Banyak Air Masak/ Tapis
- Jangan terpengaruh dengan mitos minum banyak air akan jadikan rahim kembang kay. Minum banyak air bagus untuk elak sembelit juga untuk menambah susu dalam badan.
4. Banyakkan Makan Sayuran
- Sesetengah sayuran dapat membantu dalam penghasilan susu. Antaranya sayur sawi dan lobak putih. So, kurangkan kandungan nasi dan lebihkan kandungan sayur. Bagi penggemar ulam, lagi bagus, makan banyak ulam-ulaman.
5. Banyakkan Makan Buah-Buahan.
- Especially buah-buahan berserat. Bagi senang 'lawas' :) Antara buah yang doktor dan nurse recommend untuk elak sembelit, buah betik. Ada sesetengah orang tua akan kata buah betik buat sakit urat. Tapi BW prefer dengar nasihat nurse berpengalaman dan doktor :) Jangan makan buah oren sunkis banyak sangat tau, pengalaman BW baby akan dapat cirit birit.
6. Elakkan Makan Makanan Berpengawet & Berperisa
- Contohnya makanan segera seperti meggi, mee, bihun dan makanan dalam tin. Elakkan juga makan kicap dan sos cili sebab banyak perisa tambahan dalam tu.
7. Elakkan Makan Makanan Tak Berkhasiat
- Antara makanan tak berkhasiat yang sering diamalkan sewaktu berpantang dari dulu adalah ikan masin. Kalau boleh elakkan. Selain kandungan garam yang tinggi, prosesnya pun belum tentu hygienic boleh menyebabkan gatal-gatal. Kalau hari-hari makan ikan masin, lambat la baik luka tu, jenuh berpantang berbulan-bulan. Lepas tu ikan masin mana ada rebus/ bakar, semuanya goreng, so berminyak tak bagus yer :)
8. Banyakkan Minum Susu
- Ini bagi menghasilkan banyak susu badan. Normally BW akan minum susu time breakfast, minum susu dengan roti atau bancuh susu dengan oat. BW juga akan minum susu kambing segelas setiap hari bagi elakkan sakit kuning pada baby. Tapi jangan bagi direct kat baby sudah :p
9. Jangan Makan Jamu Untuk Sebulan Pertama
- Jangan makan jamu, kunyit, halia dan lada hitam untuk sebulan pertama. Inilah nasihat nurse setiap kali datang melawat buat check up. Sebab jamu semua ni boleh menyebabkan badan jadi panas, serta boleh effect baby juga. Baby akan senang demam dan ruam. Time anak first dulu pantang tempat lain, takde nurse datang, so BW makanlah jamu, habis ruam satu badan, baby pun sama ruam satu badan. So anak kedua dan ketiga tak makan jamu dah. Bagi yang tidak alah pada jamu, disarankan start makan jamu setelah baby berusia sebulan.
Itu je la nasihat pemakanan yang BW follow. InsyaAllah, kalau amalkan pemakan sihat seperti yang disarankan doktor dan nurse berpengalaman, luka bersalin cepat sembuh dalam 3-4 minggu macam tu. Susu pun banyak terhasil, baby pun boleh jadi comel bulat dalam masa sebulan :)
Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)
Berpantang kat rumah mak minum air tak boleh banyak... pantang rumah sendiri semuanya kiter bedal... hehehe...
ReplyDeletehaha... betul tu, walaupun kekadang kita rasa pantang diorang ni tak logik, tapi kena hormat la, ikut aje, blakang dia kita ikut nasihat doktor kan ;)
Deletemy kakak baru jer alami sembelit sbb preggy ...
ReplyDeletesembelit time preggy memang normal sangat, sakit boleh ditahan lagi... tapi sembelit time berpantang, rasa cam terputus jahitan... makan memang kena pantang :)
Deletesemoga selamat sejahter yer sis...bila dijangkat bersalin?
ReplyDeletetq nhhas ... kalau ikut due 20 june... tapi tak tau la sbb dah dua kali bersalin awal 4 minggu :)
Deletenice entri ni...bagus untuk bakal ibu-ibu terutamanya yang hendak melahirkan baby sulung..
ReplyDeleteyups.. untuk yang nak lahirkan anak sulung lagi better kalau rajin bertanya doktor/ nurse setiap kali checkup dan google banyak2 :)
DeleteSetuju dengan pandangan ini
DeleteTip yang penting untuk ibu-ibu dan bapa2 yang perlu menjaga isteri.
ReplyDeleteDidoakan terus sihat dan selamat
Deletetq :)
DeleteTip yang sangat bagus. Selamat berpantang.
ReplyDeleteMacam tau je sekarang ni tengah berantang :)
Deletetq for info..boleh jadi rujukan untuk masa depan..:)
ReplyDeletesama-sama lah kita amalkan pemakanan sihat sewaktu pantang yer :)
Delete