Wednesday, September 10

Resepi Kuih Dangai Oven Sukatan Cawan

Korang kenal tak kuih dangai? Ni kuih kegemaran arwah mak. Time ngandung ituari ngidam pulak. Cari kat pasar malam, pasar pagi banyak tempat juga la, area dekat dengan rumah, tapi tak jumpa. Terpaksalah buat sendiri. Senang sangat rupanya. Tapi alat tak ada. Loyang pun boleh :)

Inilah rupa dangai dan acuan sebenar. Tapi BW buat bukan camni :p



Bahan-Bahan;

- 2 Cawan Tepung Pulut
- 2 Cawan Kelapa Parut Putih
- 4 Sudu Gula (Membukit)
- Sedikit Garam

Cara-Cara;

1. Gaul tepung pulut, kelapa parut dan garam sehingga sebati.
2. Masukkan separuh adunan kedalam loyang, ratakan.
3. Taburkan dan ratakan gula diatasnya.
4. Masukkan separuh adunan lagi dan ratakan.
5. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 20 minit atau sehingga garing.

 Ni gambar percubaan pertama BW, terlebih 'garing' bahagian atas ;) Tapi tetap licin

 Ni la rupa sebelum bakar. Better guna loyang tipis. Bila bakar letakkan bahagian paling bawah dalam oven tu, suapaya atas bawah pun garing :)

BW dah cuba lebihkan kelapa. Dah cuba juga lebihkan tepung. Tapi BW paling suka resepi atas ni, sama banyak sukatan tepung dan kelapa parut. Paling ngam dengan tekak BW :)

Selamat Mencuba!

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

20 comments:

  1. assalamualaikum wbt...
    kenapalah sis bw ne pandai masak...
    bak alamat umah... nak jadi jiran...

    hehehehee....

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam ...

      sebab dah kawin 8 tahun kot, hari-hari memasak ...
      dulu time single mingle, tak pandai gak ;) hehe

      Delete
  2. baru tahu namanya dangai . suka mkn kuih ni sbb pulut ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa... namanya kurang komersil. time ngidam tu jenuh explain kat husband kuih ni, sebab lupa namanya, last-last my husband kata "dangai ke?" baru la ingat :)

      Delete
  3. Ooo Kuih dangai namanya... hehehe... dulu2 selalu ada kat pasar malam... tapi sekarang nie macam susah jer nak jumpa kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la pasal. jenuh cari. tak berapa laku kot, generasi skang tak makan :)

      Delete
  4. Kuih ni susah nak cari sekarang ni, memang sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la pasal... susah nak cari. kalau jalan memana jumpe, terus beli. sebab yang bakar oven dengan bakar dalam loyang khas lain sikit rasanya :)

      Delete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  6. Use to love this kuih as a kid, didn't know the name. Terima Kasih untuk resepi ni. Mesti try one day.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama. try tau. simple dan senang ajer ni :)

      Delete
  7. Tq ya share resepi ni... nak cuba masak esok

    ReplyDelete
  8. Tq ya share resepi ni... nak cuba masak esok

    ReplyDelete
  9. KALAU GUNA KELAPA KERING BOLEH TAK?

    ReplyDelete
  10. Saya nak cr acuannya..tp x jumpa

    ReplyDelete
  11. Biasanya kalau buat sendiri or beli, tahan berapa lama ya?

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...