Thursday, October 30

Head Hard-Disk Rosak, Disk Calar. Sedihnya, Data Tak Boleh Recover

Salam ...

Dah dua minggu tak berblogging ni sebab hard-disk laptop rosak. Mula-mula tahu hard-disk problem, tak rasa sedih sangat tau. Sebab sebelum ni hard-disk pernah problem time format, tapi boleh je recovery, dapat je data yang hilang tu. Cuma kali ini ....

Sekadar Hiasan

Hard-disk BW jadi rosak ni berpunca dari jatuh. My son yang setahun lebih ni aktif sangat, tarik mouse sampai terjatuh laptop dari meja. Tapi time tu tak tahu pun jatuh boleh merosakkan hard-disk 100% , so tak berhati-hati, buat tak tahu je la. Sehingga beberapa hari lepas tu, bunyi krek-krek then screen auto off.

Bila nak on, tak detect terus dah hard-disk tu. Macam-macam dah buat tapi tak detect juga. Last sekali my hubby buka hard-disk tu tengok head hard-disk dah rosak, ada wire tercabut dan disk dah pun calar. Last option call recovery team. Untuk physical damage agak mahal kosnya, nak-nak kalau head yang rosak harganya RM1500. Time tu macam dah pasrah, banyak data tak back-up lagi. Sanggup nak bayar ni. Tapi bila call recovery team tu kata, peluang tipis sebab head yang rosak dan dah pernah buka hard-disk tu.

Nasib baik kebanyakan gambar dah backup ke external hard-disk. Cuma ada beberapa folder dan gambar yang BW sayang belum back-up. Yang paling sayang diary anak BW yang ke-3 dan ke-4, BW tulis dalam word dan tak back-up. Sedih tau. BW note dari hari first lahir sampai setahun empat bulan yang ke-3 dan yang ke-4 sampai empat bulan. Nasib baik si kakak dua orang tu, diari BW tulis dalam buku.

Dan semua story dan resepi yang BW plan nak update, gambar-gambar yang telah diedit dan diwatermark hilang. So, pasni kena buat dan snap gambar lagi dan lagi.

Ni la akibat takes thing for granted. Nak tunggu mood baik, nak tunggu banyak masa baru nak back-up. Bila dah jadi camni, nangis tak berlagu.

Sekadar nak sharing dengan korang semua. Walaupun sekarang ada macam-macam software recovery, tapi kalau dah physical damage, ada lastest recovery software pun belum tentu membantu.

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

16 comments:

  1. Replies
    1. erm... kalau tak boleh detect langsung tu physical damage la tu. sama la agaknya

      Delete
  2. Aduh seriau pulak baca..sue pun blom backup data ke hard disk lg..
    Innalillah, mg Allah ganti yg lbh baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan tunggu lagi... back-up terus la pasni

      Delete
  3. hemm penah jugak rasa gini...memang kena bertabahh~

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu... my hubby pun kata "redha je la"

      Delete
  4. klu dah mcm tu punya harga , baik beli yg baru . saya mmg letak lappy dlm bilik . tak berani nak letak melata ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la, mahal... tapi disebabkan ada data dan gambar yang kita sayang, macam diari dan gambar anak-anak, sanggup nak bayar kalau boleh. tapi nasi dah jadi bubur :(

      Delete
  5. alahai...sedihnya... bukan rezeki///

    ReplyDelete
  6. Laaaa... yer ker... ermmm tak per laa... ada hikmah tu... nak dapat baru la kot... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hard disk je baru... laptop still guna yg lama... so takde feeling barang baru pun la ;p

      Delete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...