Wednesday, November 12

Tempat Menarik di Melaka : Pantai Klebang Dulu & Kini Bersama Bustel

Selamat Petang ...

Korang mesti pernah dengar nama Klebang kan? Sebab famous dengan coconut shake. BW tak pernah try pun coconut shake klebang ni, tak ada hati nak berhenti kereta bila tengok orang beratur panjang ;)

Last two week, kami ke Melaka. So singgah pusing-pusing Pantai Klebang. Banyak kali dah lalu setiap kali balik dari kampung di Johor nak ke rumah abang di Tanjung Bidara. Sebelum ni tengok je la, tak singgah pun.

Pantai Klebang kini. Penuh dengan pasir. Seronok kalau bawa anak-anak bermain.


Pantai Klebang ni memang dah berubah habis la. Sikit pun tak ada yang sama dengan dulu. Tahun 2004, BW practical di Petronas Penapisan Melaka. Time tu BW sewa bilik di Klebang. So, memang kerap sangat la melepak makan kat gerai Pantai Klebang ni. Tapi semuanya dah berubah.

Pantai Klebang dulu. Tak ada pasir. Hanya ada batu-batu tepi pantai, tak sesuai kalau nak main air.

Sebelum ni bila lalu pantai klebang, hairan tengok dari jauh, banyak bas tepi pantai. Ingatkan jadi bus stop sementara ke apa. Rupanya ada Bustel. Hotel dalam bas. Cafe dalam bas pun ada. Menarik kay. Kalau datang hari sabtu ahad ada pasar ala-ala uptown.

Bustel. Tersusun cantik je. Unik kan? :)

Gerai-gerai makan tepi pantai ada banyak, macam dulu juga la walaupun bentuk dah tak sama :p Best je kan makan bawah pokok rhu, open air. Aktiviti berkuda pun masih dikekalkan.

Gerai sebelah kiri, pantai sebelah kanan gambar. Kalau datang petang memang best melepak ni :)

Tapi kami just pusing-pusing je. Sebab time tu tengah hari, takde mood nak berhenti melepak ke bersantai ke :p Gambar pun tak snap. Next time nak plan bersantai disini.

Note: Gambar diambil di Google dari owner berbeza-beza. Credit to all.

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

14 comments:

  1. boleh piknik ni ... pantai klebang boleh mandi tak ya ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la best kalau piknik... mandi takleh kot, tak ada sorang pun mandi :)

      Delete
  2. Best ni sambil mkn hirup udara pantai. Berangin je rasa...

    ReplyDelete
  3. wah...suka mengimbau kenangan lalu buat saya..rindu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe... biasa la orang perempuan.. kalau mampu ingat semua, imbau semua :p

      Delete
  4. wahh ni ke pantai ala2 macam dekat padang pasir.. hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yezze betul tu... pasir dia tak sama dengan pasir pantai lain... pasirnya putih gebus je.. sebab pasir baru tambak, rasanya pasir bukit kot ;)

      Delete
  5. haritu mai sana semata-mata nak cari macam padang pasir tu.. tapi tak jumpe huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. la.. ye ke?? actually senang je nak jumpa. dari bandar melaka ikut je signboard masjid tanah. Pastu perhati je sebelah kiri... nampak bas banyak, tu la dia. next time cuba lagi kay :)

      Delete
  6. serius ke ini pantai klebang? puteri cuba tak hotel tu?
    serius best concept dia tapi cam panas jer sana huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. yezze... sesape yang dah lama tak datang mesti terasa kelainannya. hotel tu memang tak cuba la. tak sesuai dah anak 4, tak muat... haha ;)

      Delete
  7. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...