Monday, November 17

Persediaan Pakaian & Peralatan Sekolah Darjah Satu

Salam Isnin ... 

Korang perasan tak ada sesetengah hypermarket dah start jual pakaian & peralatan sekolah. BW pun dah beli semua baju & peralatan sekolah untuk si kakak. Bunyi cam excited beno anak nak masuk darjah satu yer ;p

Bukannya apa, BW tak suka sesak-sesak sangat. Nanti bila dah mula cuti sekolah, atau pun sekolah sesi baru nak bermula, time tu memang ramai la yang sibuk memilih baju dan peralatan sekolah ni. Nanti staff tak berapa nak layan sangat time kita nak ukur saiz kan, sebab ramai :)

Comel tak kartun ni? Blogger yang masik sek men tu boleh la guna jadi profile icon ;)

Meh nak share, apa yang perlu dibeli untuk anak darjah 1. Kot-kot la ada yang sama macam BW, anak first baru nak masuk darjah 1. Tapi list ni untuk anak perempuan yer :)

1. 2 beg sekolah
2. 2 kasut sekolah
3. 3 helai baju kurung
4. 3 helai kain biru gelap
5. 2 helai kain hijau (sek agama)
6. 3 helai tudung
7. 3 helai anak tudung
8. 3 pasang stokin
9. 2 bekas pencil
10. 1 kotak pensil warna
11. set alat tulis lengkap

Ada certain barang BW guna yang lama je. Macam beg sekolah, satu je beli baru, satu lagi guna yang lama. Beg sekolah tadika dia masih elok, so cuci je la guna untuk sekolah agama. Stokin dia pun masih boleh guna lagi, so beli sepasang je baru untuk hari pertama ;)

Baju semua beli jenis cotton, tapi takde brand pun. Kain licin pun ada, harganya pun sama, cuma tatau peraturan sekolah si kakak ni benarkan ke tidak baju kain licin, so semuanya ambil cotton. Actually sebulan yang lepas ada belek-belek baju sekolah ni, time tu baju harga RM12.90 sehelai. Sekarang bila beli baju RM14.90 sehelai. Harga sebelum promosi nak ke sekolah murah sikit rupanya ;p

Untuk kasut pula, BW pilih kasuh material sama ngan selipar crocs tu. Tapi warna putih dan bentuk kasut sekolah. So, senang nak cuci. Tak perlu jemur, basuh-basuh lap ajer. Pastu tak payah kapur bagai. Kan ke senang kerja. Lagipun darjah satu mana pandai memilih, asalkan baru, semuanya cantik. Hehe ;)

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

8 comments:

  1. buat list lebih mudah kan..takde terlupa nak beli..salam kenal..bw ...

    iryantyahamad.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. hahahah good idea Puteri.. nanti review untuk anak lelaki pulak.. boleh i jadikan panduan..
    hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. anak lelaki lambat lagi. baru 1 tahun 5 bulan yg paling besar pun :p

      Delete
  3. Replies
    1. tu la... gerenti saiz anak ada aje. so tak payah nak pusing banyak tempat :)

      Delete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...