Friday, February 6

Adakah Kita Juga Pengumpat Cyber?

Salam Jumaat ...

Sekadar peringatan especially untuk diri sendiri. Mengumpat cyber, trend mengumpat zaman internet. Walaupun kita dah berusaha menjauhkan diri dari individu yang suka mengumpat, tapi tanpa sedar kita masih lagi jadi pengumpat, pengumpat cyber ...

Bukan facebook sahaja, semua social network kay, termasuk twitter, instagram, blog, whatsapp dan yang seangkatan dengannya.

Kalau kita menceritakan keburukan orang lain, sekiranya perkara yang diceritakan itu benar, so dikira mengumpat. Sekiranya perkara buruk yang diceritakan itu tidak benar, so dikira memfitnah. Takut kan? Walaupun kita bukan jenis yang suka bercerita keburukan orang lain apetah lagi nak pos entri, tapi kita sebagai pendengar dan pembaca pun dikira mengumpat. Kan?

So, pasni kita sebagai pembaca ni kena hati hati bila nak like atau share cerita-cerita atau status-status yang berunsur negatif. Contohnya jangan like status kawan yang tidak puas hati dan cerita keburukan bos dia. BW bagi satu contoh mudah dah la, korang google la, banyak lagi contoh mengumpat cyber ni.

Actually BW bukanlah arif tentang agama, takut juga tersilap beri penerangan. Tapi hari ni tetiba nak buat entri tazkirah, dengan tujuan ingatan untuk diri sendiri juga. So, kalau ada yang salah, mohon betulkan diruangan komen kay.

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

10 comments:

  1. Semoga kita semua dijauhi dari sikap ni. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. semoga kita semua berhati-hati supaya dapat menjauhi :)

      Delete
  2. nauzubillah..minta dijauhkan...

    bila jari jemari sedap menaip..hingga alpa apa yang ditulis..lebih2 lagi hati tebgah marah..habis semua keluar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu ... elakkan dari upload atau update status time marah dan tak puas hati :)

      Delete
  3. Memang ada golongan yang suka melepaskan perasaan dengan menyebut nama orang ni dan orang tu begini dan begitu.Kadang-kadang kalau kat facebook tu,rasa macam nak unfriend je.Tapi memikirkan tak baik memutuskan silaturrahim, saya buat-buat tak nampak ajelah status begitu.

    ReplyDelete
  4. Mengumpat ni seolah2 makan daging saudaranya sendiri. Nauzubillah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la takut kan. Lagi takut sebab kita yang mendengar ni pun dikira mengumpat juga

      Delete
  5. mengumpat menjadi seronok kerana bercerita keburukan orang lain..tetapi natijahnya amat tidak bagus!

    ReplyDelete
    Replies
    1. erm.. seronok ke? :p .. memang tak bagus ngumpat ni :)

      Delete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...