Thursday, February 5

Steamboat & Grill Buat Sendiri Di Rumah

Salam ...

Last time dah pernah story buat steamboat budget dirumah, Klik Sini. Kali ni buat steamboat siap ada grill lagi, ala-ala buffet kedai gitew :p Kami dah tak pergi dah buffet steamboat. Last pergi time anak tiga, tak syok, sebab baby nangis. Better buat dirumah aje, senang kerja, jimat dan selesa :)

Udang dan daging yang dah diperap dibakar bersama butter. 
"Errmm, macam bau kedai la ibu" Kata si kakak dari jauh :) 

Actually tak kedai mana pun, kami makan kat dapur, makan kat lantai pula tu, beralaskan surat khabar lagi, tak mencapai standard gerai sekali pun :p Grill pun grill atas dapar gas masak tu aje ;)

Bila jenguk pintu dapur, "Wah, sama lah macam kedai, kita pernah makan kan dulu" kata kakak lagi. 
Kalau bab makan ingat aje.

Sabar menunggu sup mendidih. Buat kuah sup instead of tomyam, so anak-anak pun boleh makan banyak.

Nanti korang pun boleh cuba dirumah kay. Makan dirumah pun anak-anak tetap suka. Yang best tak ada gangguan. Anak BW, si abang setahun lebih tu letak atas baby chair dan beri dia makanan, senyap la dia, lagipun baby chair tinggi dia tak berani turun. Si baby pula masuk dalam walker dan beri mainan, diam la dia. Baru feel nak menikmati kan ;)

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

16 comments:

  1. Jimat kos mkn steamboat di rumah aje ;)

    ReplyDelete
  2. Salam singgah sini sis...sedapnya sis...Diana tak pernah lagi cuba ni...

    ReplyDelete
  3. guna rice cooker ker steamboat tu? nice idea boleh cuba nanti=))

    ReplyDelete
  4. makan di rumah lebih terjamin kbersihan..kadang2 ada kedai steamboat tak cuci pun bebola atau sayur :-((

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang ta cuci pun. tengok staff dia buka pack terus tuang aje :p

      Delete
  5. makan di rumah lebih seronok..cuma letih buat persediaan sahaja

    ReplyDelete
  6. Sampai sekarang saya cuba buat sos macam kat Johnny tapi tak jadi-jadi .

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. samalah. pernah juga cuba buat sos, tapi tak pernah jadi cam sos kedai :p

      Delete
  7. Sedapnya...nanti puteri kongsi resepi na :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. steamboat ni main rebus-rebus je, sos pun sos cili botol je, takde resepi yg nak dikongsi :)

      Delete
  8. Bestnya buat kat rumah je,,,

    Jemput mai blog saya juga

    Lalabiestory.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat kat rumah je senang kan ... will visit you soon kay :)

      Delete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...