Wednesday, March 25

Resepi Mudah & Simple Bubur Cacar Bersagu

Salam ...

Resepi bubur cacar bersagu ni boleh ditambah dengan kentang, ubi atau keladi Kalau nak rasa sedap tambah pisang atau jagung. Paling sedap kalau tambah nangka ;) Resepi asal Resepi Pengat Sagu, Klik Sini.

Ni bubur cacar ditambah jagung. Sejukkan dulu dalam fridge maru makan :)

Kalau boleh gantikan santan dengan susu segar. Biasa BW ganti dengan susu tepung dibancuh air aje. Kurangkan gula kay. Sekali sekala makan ok la, kalau selalu mau kena kencing manis ni :p

Bahan-Bahan;
- 3 Cawan Susu / Santan
- 1 Cawan Bubur Cacar
- 1/3 Cawan Sagu
- Air Sekucupnya
- Gula Secukup Rasa
- 3 Helai Daun Pandan

Cara-Cara;

1. Masukkan bubur cacar, daun pandan dan sagu bersama air kedalam periuk. Masak sehingga mendidih, sehingga bubur cacar dan sagu kembang.
2. Masukkan susu atau santan bersama gula dan kacau sebati. Masak sehingga didih. Gaul sentiasa.

Ni la rupanya bila dah masak. Biarkan sejuk dan simpan dalam fridge.

Ni pula bubur cacar ditambah kentang. Jemput makan ;)~

Entri Berkaitan;

1. Resepi Asas Bubur / Pengat Sagu
2. Resepi Asas Kek Sukatan Cawan
3. Resepi Adunan Asas Cheese Cake
4. Resepi Asas Muffin / Cupcakes
5. Resepi Asas Puding Kastard

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)


12 comments:

  1. Zumal belum pernah makan bubur camni ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh la cuba nanti.. tapi bubur cacar tu kena pilih stok baru sikit. kalau stok lama rasa tak sedap :)

      Delete
  2. Salam..
    Bunda selalu buat tambah ubi keledek jer...kalu tambah jagung cam gini lg sedap kan...nak pulak makan bulan puasa...sejuk je tekak ..

    Maaf Bunda nak tanya bubur caca ke cacar?..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam ... sedapnya makan burbuka puasa :)

      ada yang panggil cacar ... ada juga yg panggil cha cha. sendiri panggil cacar (macam nama penyakit pun ada) :p

      Delete
  3. Mcm mane nk taw bubur tu stok baru atau lama?isteri sy dh masak..tp rasa mcm pahit je..kuahnya sedap..bubur je kurang

    ReplyDelete
    Replies
    1. susah juga nak tahu stok lama ke baru sebab time kering tu sama ajer rupa dia ... maybe next time rebus seround dulu, kemudian toskan ... barulah start masak bubur :)

      Delete
  4. sedapnya..nk cuba resepi inilah.terima kasih, jemput singgah blog saya juga :
    http://dirawanhartawan.blogspot.my/

    ReplyDelete
  5. Tgok gambar tu pun dah rasa xsabar nak cuba resipi tu...tq sis

    ReplyDelete
  6. Tgok gambar tu pun dah rasa xsabar nak cuba resipi tu...tq sis

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...