Wednesday, March 18

Resepi Kacang Bilis Tempe Pedas

Salam ...

Korang suka makan kacang pedas dan kerepek pedas tak? Kalau suka tu mesti korang suka juga la kacang bilis tempe pedas ni.

Suami pun suka sangat ni. Anak-anak suka makan kacangnya aje :)

Bahan-Bahan Goreng Garing;
- Tempe Dihiris Halus
- Kacang Tanah Berkulit
- Ikan Bilis Dikopek

Masak banyak-banyak pastu simpan. Boleh makan dua tiga hari :)

First sekali masak sambal, macam masak sambal bilis nasi lemak tu. Cuma jangan tambah air. Tumis dengan minyak agak banyak sehingga garing. Masukkan lebih gula dari biasa. Tumis lagi sehingga pekat likat dan warna menjadi sedikit gelap. Tutup api dan biarkan sejuk dalam 10 minit. Masukkan kacang, bilis dan tempe yang telah digoreng garing kedalam sambal dan gaul sehingga rata. Boleh lah terus dimakan ataupun simpan dalam bekas kedap udara bila dah sejuk.

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

2 comments:

  1. sedap ni...saya selalu msk,suami pun suka..salam perkenalan..sudi2 singgah blog saya

    http;//housewifearts.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan ... samalah citarasa suami kita :) ok will visit your blog

      Delete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...