Tuesday, April 14

Cara Buat Rumah Cendawan Untuk Tanam Makan Sendiri

Salam ...

Semalam dah cerita pasal Misi Tanam Cendawan Dirumah, Klik Sini. Kali ni nak story pasal rumah cendawan pula.

 Rumah cendawan BW dibuat dari kotak aje, 5 bongkah je kan ;)

Cendawan ni memerlukan rumah yang;
1. Gelap
2. Lembap
3. Pengaliran udara yang baik.

Tak ada ruang yang memenuhi 3 kriteria tu kat rumah. So, BW plan nak tutup dengan kotak supaya gelap. Letakkan kain lembap diatas cendawan suapaya sentiasa lembap. Dan lubangkan kotak bagi memberi ruang pengudaraan kepada si cendawan.

 Kotak dipotong dan di tape supaya kemas. Ini adalah ruang udara si cendawan :)

 Atas kotak kita lekatkan plastik kay, suapa bila letak kain lembap, kotak tidak berkulat.

 Beginilah rupanya rumah cendawan BW. Letak kat area yang tak panas tau.

Amaran: Ini adalah idea pembuatan rumah cendawan dari penternak / penanam cendawan yang tak bertauliah. Sekiranya korang tiru, tapi cendawan tak tumpuh, risiko adalah tanggungjawab sendiri ;p

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

8 comments:

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...