Pages

Tuesday, July 14

Resepi Cornflakes Madu. Gerenti Rangup & Sedap

Salam ...

Dah siap ke buat biskut raya? Jom buat cornflakes madu pula. Mudah sangat nak buat. Last minute pun sempat ni. Yang penting gerenti rangup dan sedap ;)
konflake cornflakes madu sedap rangup
Resepi Cornflakes Madu Rangup & Sedap. Cara buat konflake madu best lemak berkrim
Cornflakes madu biskut pilihan kami sepanjang tahun. Nyum Nyum~ ;)
konflake cornflakes madu sedap rangup
Gerenti sedap sebab guna nestle cornflakes. Kalau korang guna kelogs atau cornflakes takde brand, rasa dia memang tak sama la dengan guna nestle cornflakes. Gerenti rangup pula sebab dibakar. Jangan malas tau, jangan masuk cup terus simpan fridge pulak :p
konflake cornflakes madu sedap rangup
Resepi Nestle Cornflakes Madu Rangup & Sedap. Cara buat konflake madu best lemak berkrim
Mesti guna nestle cornflakes tau. Barulah gerenti sedap :)
konflake cornflakes madu sedap rangup
Bahan-Bahan;
konflake cornflakes madu sedap rangup
- 1 Pack Nestle Cornflakes (500g)
- 3/4 Buku Buttercup (250g)
- 1/2 Tin Susu Pekat
- 5 Sudu Besar Madu
- 5 Sudu Besar Gula (Membukit)
- 1/2 Sudu Teh Esen Vanilla
konflake cornflakes madu sedap rangup
Cara-Cara;
konflake cornflakes madu sedap rangup
1. Masukkan buttercup kedalam kuali dan kacau sehingga cair.
2. Masukkan susu pekat, gula, madu dan esen vanilla, kacau rata.
3. Kacau dan kacau sehingga berbuih-buih dan tutup api.
4. Biarkan seketika supaya suhu menurun, so cornflakes tak lembik.
5. Masukkan cornflakes dan kacau rata, makesure semuanya digaul.
6. Masukkan kedalam cup dan taburkan hiasan yang disukai.
5. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 5-7 minit.
konflake cornflakes madu sedap rangup
Resepi Cornflakes Madu Rangup & Sedap. Cara buat konflake madu best lemak berkrim butter
Masak sampai keluar buih dan kacau-kacau sehingga buih mengembang baru tutup api.
konflake cornflakes madu sedap rangup
Resepi Cornflakes Madu Rangup & Sedap. Cara buat konflake madu best lemak berkrim
Inilah rupanya bila dah siap gaul dengan cornflakes.
konflake cornflakes madu sedap rangup
Resepi Cornflakes Madu Rangup & Sedap. Cara buat konflake madu best lemak berkrim
Masukkan dalam cup dan hias la dengan apa saja yang korang suka.
Boleh guna chocolate rice, semua jenis kekacang, ceri kering yang dipotong pun boleh.
konflake cornflakes madu sedap rangup
Resepi Cornflakes Madu Rangup & Sedap. Cara buat konflake madu best lemak berkrim
Untuk resepi ni, boleh dapat 3 balang sederhana besar macam ni.
konflake cornflakes madu sedap rangup
Nota: Buttercup adalah sejenis marjerin yang ditambah butter. Kalau budget lebih, seelok-eloknya guna 100% butter. Nak guna marjerin sahaja pun boleh, cuma rasa biskut kurang sedap. Boleh juga buat campuran sendiri marjerin 200g dan butter 50g.
konflake cornflakes madu sedap rangup
Selamat Mencuba!
konflake cornflakes madu sedap rangup
Entri Berkaitan;
konflake cornflakes madu sedap rangup
1. Resepi Asas Doh Biskut Raya
2. Resepi Adunan Asas Cheese Cake
3. Resepi Asas Doh Roti, Donut & Pau
4. Resepi Asas Muffin / Cupcakes
5. Resepi Asas Kek Simple & Senang
konflake cornflakes madu sedap rangup
Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)
konflake cornflakes madu sedap rangup

75 comments:

  1. Satu2 nya kuih raya yg saya reti buat sebab easy breezy hehe. Selamat Hari Raya buat tuan blog :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu easy sangat ;) ... selamat hari raya :)

      Delete
    2. Masa nak bakar tu hanya susun plastik paper je ke atas dulang tu then bakar? Atau ada acuan lain kemudian letak plastik paper tu baru bakar?

      Delete
    3. guna paper cup sahaja tak perlu acuan lain :)

      Delete
  2. saya dah buat tapi gunakan bubble rise ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah lain dari lain ... belum pergi lagi guna buble rice, next year nak cuba la :)

      Delete
  3. BW... ianya lebih sedap kalau dikongsikan dengan saya....
    hihihi... cepat... bak mai sikit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaks ... kongsi gambar ajelah nampaknyer sebab dah habis settle semuanya ;p

      Delete
  4. suka biscuit cornflake ni lebih kepada biscuit kanak2...simple je nk buat...kalau lah JM rajin

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang simple ... bukan kanak-kanak je suka, org dewasa pun suka gak kan :)

      Delete
  5. Kena masukkan butter dulu atau gula dulu yer? Biasa saya letak butter dulu, xjd huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. masukkan butter dulu untuk cairkan, make sure api perlahan ... kalau masukkan gula dulu nanti jadi gula hangus pula :)

      Delete
  6. Kena masukkan butter dulu atau gula dulu yer? Biasa saya letak butter dulu, xjd huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. masukkan butter dulu untuk cairkan, make sure api perlahan ... kalau masukkan gula dulu nanti jadi gula hangus pula :)

      Delete
  7. Replies
    1. perlu ... memang perlu bakar supaya rangup dan tak melekit. bakar sekejap sahaja dalam 5-7 minit :)

      Delete
  8. Replies
    1. perlu ... memang perlu bakar supaya rangup dan tak melekit. bakar sekejap sahaja dalam 5-7 minit :)

      Delete
  9. Kalau tak letak susu pekat, jadi rangup tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. rangup tu sebab dibakar ... cuma kalau tak letak susu pekat rasa conflakes madu tu kureng sedap, tak berlemak lah :)

      Delete
  10. Klau tk letk esen vanilla jdi tk ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. jadi ... esen vanilla nak bagi bau wangi time bakar :)

      Delete
  11. kalau tak letak susu pekat boleh tak??

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh juga, tapi kurang sedap nanti ... better letak susu pekat lah kalau nak confirm sedap :)

      Delete
  12. salam kak. Butter tu guna 250g ke 3/4 daripada 250g buttercup ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam. guna 3/4 dari 250g butter ... actually kalau nak guna 250g pun boleh juga, cuma nanti bila dah siap bakar, ada adunan yang melekat di bawah cup. dari segi rasa sama ajer :)

      Delete
  13. Apa maksud gula (membukit)? ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. waktu sukat tu biarkan gula tu berbentuk bukit ... kalau ratakan gula tu, kuantiti kena lebih kan atau double kan.

      Delete
  14. Kalau takde oven boleh guna microwave tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh rasanya ... sebab nak bakar cornflake madu ambil masa sekejap ajer tak macam bakar biskut. tapi saya belum pernah cuba guna microwave lagi, cubalah :)

      Delete
  15. ½ tin susu pekat tu ikut sukatan tin besar ke tin kecil sis?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tin kecil sis ... saya tak pernah beli susu pekat tin besar sebab tu tak inform :)

      Delete
  16. Sedap resepi tu..nak cuba juga!

    ReplyDelete
    Replies
    1. gerenti sedap sis ... sebab resepi ni guna dari zaman saya sekolah menengah ... cuba tau :)

      Delete
  17. Replies
    1. yups bakar biskut memang api atas bawah, loyang pulak letak tengah-tengah :)

      Delete
  18. Replies
    1. yups bakar biskut memang api atas bawah, loyang pulak letak tengah-tengah :)

      Delete
  19. Replies
    1. gula pasir boleh, gula perang pun boleh :)

      Delete
  20. Sy x ada oven.. Ade microwave je.. Blh Bakar kt microwave ke? Atau x pyh bkar..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. microwave tak boleh bakar biskut ... so tak perlu bakar, just simpan fridge. Tapi kalau tak bakar, kurang rangup, melekit dan tak bercantum :)

      Delete
  21. sis, dah ada susu pekat, madu dan gula tak terlalu manis ke bila dah bakar dan sejuk ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. resepi ni tak terlalu manis ... kalau nak lagi kurang manis, kurangkan gula satu sudu :)

      Delete
  22. Assalamualaikum. Kak mcm mna nak kire 3/4 dari 250g buttercup tu ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tinggalkan sikit dlm suku 3jari je...klu nak pakai sebuku boleh.tam bah je sikit lagi cornflaks segengam.

      Delete
    2. Tq Anonymous tolong jawabkan :)

      Lluvia Hasanah selamat mencuba ;)

      Delete
    3. Saya dah repeat 2 kali.. ni pun anak2 minta buatkan lg... memang sedap.. Tq sis..

      Delete
    4. Alhamdulillah ... anak-anak memang suka cornflakes madu yang rasa lemak manis macam ni kan ... sama-sama :)

      Delete
  23. Assalammualaikum w.b.t sis :) mintak halalkan resepi..saya dah cuba buat. Super duper sedap rangup lazat bkrim dsukai seisi keluarga :') saya save ya blog sis:') untuk pertanyaan yg atas madu,gula susu semua bahan di atas tidak terlalu manis..sebab nya cornflaks nya bnyak n sesuai sukatan nya...ribuan tetima kasih sis:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam ... Alhamdulillah seonok baca kalau semua pun suka. Yer betul, resepi ni tak terlalu manis. Sama-sama :)

      Delete
  24. hi. sudu tu guna sudu makan ke atau sudu senduk nasi yang besar tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi ... sudu makan sis, sebabnya sudu makan ada dua saiz, satu saiz besar, satu saiz kecil (sudu teh)

      yang nasi tu senduk sis, jarang orang panggil sudu.

      Delete
  25. nak campur adunan time gula sejuk ke time panas2 tu... klau panas2 x lembik ke corn flake?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tutup api, masuk time panas pun boleh. tak kembang sis sebab takde air. lagipun lepas tu akan bakar semula kat oven.

      Delete
  26. nak campur adunan time gula sejuk ke time panas2 tu... klau panas2 x lembik ke corn flake?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau biarkan sejuk, adunan terlampau pekat susah sikit lah nak gaul sebati dengan cornflakes tu nanti.

      Delete
  27. Resepi ni mmg menjadi sangat2.. sedapppp.. last year buat rasa tak balance

    ReplyDelete
  28. Thank you kak share resepi2 kuih raya

    ReplyDelete
  29. sy nak tanya kalau butter, madu dan susu tak dipanas kan atas api boleh x? just gaul dengan cornflakes pastu trus bakar?

    ReplyDelete
  30. perkongsian yang bermanfaat.. terima kasih.. sy nak try buat yaa..hihihi

    ReplyDelete
  31. Why cornflakes i lpas siap bakar je ada yg melekat kat papercup๐Ÿ˜‚ada tips tak

    ReplyDelete
  32. Sebelum bakar , kena panaskan oven x? Untuk panaskan oven suhu berapa Dan berapa min eh?

    ReplyDelete
  33. Letak dlm microwave bole? If tkde oven tu. Hehe

    ReplyDelete
  34. Resipi ni mmg sedap.. x terlalu manis..dh buat byk kali.. tq sis share resipi sedap ni..๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

    ReplyDelete
  35. Kalau jd keras sangat. Kenapa ekk

    ReplyDelete
  36. Setiap tahun mmg refer resepi ni even banyak blogger yg famous ada buat juga, tapi resepi ni lain dari lain mmg sedap sangat, family dgn org yg dtg beraya pon kata sedap sangat.

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)