Monday, August 3

Jom Kitar Semula. Jangan Main Buang Aje Tau

Salam ...

Hari ni nak ajak semua supaya recycle. Tahu tak korang dalam seminggu kita boleh dapat berbungkus-bungkus barang recycle kalau kita simpan?
pusat kitar semula
pusat kitar semula di selangor kuala lumpur malaysia. pusat recycle
 Barang recycle untuk bulan ini.
pusat kitar semula
Dulu time berdua, masa mula kawin, dalam masa sebulan ada la sebungkus dua ajer barang yang boleh dihantar ke pusat recycle. Sekarang dah berenam, dalam masa sebulan, memang ada banyak bungkus la.
pusat kitar semula
Actually BW tak la rajin nak asingkan plastik, botol, kaca, paper bagai ni. Sumbat je semua dalam plastik besar contohnya plastik diapers, bila penuh ikat dan simpan kat luar rumah. Bila dah banyak bungkus barulah hantar ke pusat kitar semula. Nanti kat pusat kitar semula, ada pekerja yang asingkan.
pusat kitar semula
pusat kitar semula di selangor kuala lumpur malaysia. pusat recycle
 Pekerja sedang asingkan barang-barang kitar semula mengikut jenis-jenisnya.
pusat kitar semula
Tahu tak korang plastik yang biasa peniaga beri pada kita warna merah, putih, oren semua tu boleh direcycle? Kalau pergi pasar malam, sekali pergi pun dah dapat banyak plastik tau.  So, jangan main buang dalam tong sampah aje kay. Simpan dan hantar ke pusat recycle. Plastik ni memang susah nak lupus, tak reput langsung. Kalau semua orang main buang aje, penuhlah sampah kat muka bumi ni.
pusat kitar semula
Lagi satu nak pesan, kepada sesiapa yang jenis pantang nampak kain baju murah, barang-barang plastik yang murah, asyik beli aje, pastu bila tak nak buang. Boleh tak hentikan? Nanti dunia ni penuh dengan sampah. Belilah yang perlu dan berkualiti sahaja supaya korang sayang nak buang. Jangan asal murah je beli, lepas tu buang. Kalau korang banyak buang tu sutera, barang organik tape la juga, senang reput. (Pesanan untuk yang berkenaan sahaja)
pusat kitar semula
pusat kitar semula di selangor kuala lumpur malaysia. pusat recycle
Actually ni pusat kitar semula persatuan buddha untuk charity diorang.
pusat kitar semula
Dulu kat area my rumah ada pusat kitar semula bandaran, memang seminggu sekali hantar. Tapi tong sampah tu bersepah-sepah, sekarang dah tutup dah pun. So, terpaksa la BW cari pusat yang lain. Pusat terdekat yang BW jumpa tu taklah dekat mana, so, kumpul banyak-banyak sebulan sekali baru hantar.
pusat kitar semula
Pusat kitar semula yang BW pergi ni persatuan buddha yang punya. Klik Sini untuk lokasi. Pandai diorang kutip duit untuk charity persatuan diorang. Kalaulah banyak persatuan lain pun ada pusat kitar semula macam ni, kan bagus. Lagi ramailah yang aware pasal kepentingan kitar semula ni.
pusat kitar semula
Jom kita sama-sama kitar semula. Kurangkan sampah. Let's Recycle :)
pusat kitar semula
Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)
pusat kitar semula

11 comments:

  1. Kenapa BW x hantar kat PKS kat putrajaya?
    boleh dapat duit lagi. hihihi...
    minyak masak terpakai pun boleh hantar.
    jangan buang tau...
    banyak juga bayarannya utk minyak masak tu.

    sbb ianya amat mencemarkan longkang dan air.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PKS putrajaya? tak pernah tahu pun. siap dapat bayaran lagi tu ... tapi, kena asingkan sendiri ke? (bab ni malas sikit) :p

      Delete
    2. yang bab minyak masak tu bagus la ... kan minyak masak takleh guna lebih dua kali sebab jadi toksin. selama ni buang aje kat sinki, walaupun tahu cemarkan longkang. sebab tak tahu nak buang mana. pasni simpan minyak masak pula la, sebab dah tahu nak hantar ke mana :)

      Delete
  2. SS biasa campak kat apek lori yg lalu depan umah aje.. He He He..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagusnya kalau ada yang datang kutip ... tak payah susah-susah nak hantar kan :)

      Delete
  3. bagus ni . recyle sambil menderma ... kat sini tak tau lah ada ke idak . Tapi tong utk charity mmg disediakan . klu nak sedekah baju , campak je dlm tong tu . itu pun charity non muslim punya ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tong charity tu memang banyak ... rasa macam persatuan yang sama aje. siap ada lori datang rumah ke rumah lagi. diorang pandai la cari duit ... sambil jaga alam sekitar kan, bagus sangat. thumbs up :)

      Delete
  4. JM pun suka kumpul botol mineral kosong tu..saya nk buang pastu masukkan kedalam tong recycle yg ada kat block umah ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang kalau tong recycle ada dekat ngan rumah kan ... sama-samalah kita jaga alam sekitar :)

      Delete
  5. selalu hantar kedai kitar semula tp tin paling mahal

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh kitar semula berbayar tu ye? ... tak pernah pergi lagi pusat kitar semula yang berbayar tu :)

      Delete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...