Friday, September 25

Cara Simpan Ubat Dan Insulin Dengan Betul

Salam ...

Sekadar perkongsian, C&P entri ni dari blog Nhhas (Huda). So, lepas ni jangan salah simpan ubat kay. Sesiapa yang ada ibu ayah dan sedara mara yang consume pelbagai ubat, bolehlah share info ni dengan mereka, especially yang ambil insulin, baca dan fahami betul-betul :)

Perhatikan gambar betul-betul yer.

Picture 1: Ubat yang dibiarkan dalam sampul bersama label adalah BETUL. Tetapi ubat yang dah siap asing dalam pillbox adalah SALAH. Dulu pegawai farmasi memang galakkan pakai pillbox tetapi kita perhatiikan banyak keburukan guna pillbox. Eg; ubat terdedah kepada kelembapan which will compromise its stability & ubat yang berlainan jenis dibiarkan dalam 1 bekas dalam mudah berinteraksi antara satu sama lain. This eventually will reduce its efficacy. makan ubat pun tak optimized.

Picture 2: Ini contoh yang BETUL ubat dibiarkan dalam sampul bersama label yang dah lengkap dengan info asas ubat tu. Jadi akan kurangkan medication errors; konsep 5B- pesakit yang BETUL. Ubat yang BETUL, dos yang BETUL, cara pengambilan yang BETUL dan masa yang BETUL.

Picture 3: Ini contoh pesakit yang sangat bagus & BETUL. Sepatutnya as a child, we should assist our parents to store medications properly. Sometimes elderly tend to consume wrong medications. ini common scenario yang kami jumpa dengan pesakit tua di hospital & klinik kesihatan.

Picture 4: Gambar ini sangat sangat SALAH. Ubat yang dalam kotak-kotak tu sebenarnya stok insulin. Ubat insulin yang belum guna sepatutnya kena simpan dalam peti sejuk sebab kalau simpan dalam suhu bilik akan tahan selama 1 bulan sahaja. insulin sangat sensitif kepada suhu. sesiapa pernah belajar sains boleh kaitkan dengan struktur protein yang akan denatured jika suhu tidak sesuai. insulin ni guna untuk kawal gula pesakit kencing manis. Yang kotak biru tu sebenarnya pen insulin yang guna untuk cucuk insulin ke dalam badan kami jumpa ramai pesakit yang tak faham cara penggunaan & simpan insulin yang betul. This is one of biggest challenge for pharmacists. Ini mungkin sebab pesakit-pesakit kencing manis ni biasanya orang tua. Too many info during counseling session. jadi, farmasi pun banyak terima insulin yang tak dapat digunakan lagi yang sangat waste of money.

Picture 5: Kotak insulin tu betul dah letak dalam peti sejuk tapi sebab pesakit ni letak kat pintu peti sejuk kita bagi SALAH untuk caranya. kalau letak di pintu peti sejuk, insulin ni akan terdedah kepada perubahan suhu bila kita buka & tutup pintu tu...yang paling bagus letak insulin di bahagian dalam peti sejuk..tempat yang kita biasa letak2 tupperware.

Picture 6: Yang macam pencil box biru tu adalah pen insulin, kesian makcik ni sepatutnya pen insulin tak perlu simpan dalam peti sejuk, boleh letak pada suhu bilik & jauh dari kanak-kanak ye. Pernah ada pesakit datang bawa pen cakap pen rosak walaupun baru je pakai, bila selidik rupanya pak cik tu letak dalam peti sejuk. Dalam pen ada ada skru & tiny parts yang dibuat dari besi, jadi bila terdedah kepada suhu yang ekstrem, macam konsep pengembangan & pengecutan akhirnya akan buat pen jadi rosak sebab mekanisme dia dah rosak.

Picture 7: BETUL. Pesakit ini sangat-sangat BAGUS.

Picture 8: BETUL. Pesakit ini sangat-sangat BAGUS.

Picture 9: Ini la bentuk ubat insulin dalam cartridge. Pesakit ni saya rasa dia keluarkan cartridge once dia dah guna. Sebenarnya cara ini SALAH. Ini kerana cartridge insulin ni akan terdedah kepada udara yang mana terdedah kepada bakteria. Ingat, insulin ni akan msuk directluy kedalam badan, jadi kita perlu pastikan cartridge yang dah guna perlu sentiasa ada dalam pen insulin. Boleh buka once insulin dalam cartridge dah habis. Selalunya 1 cartridge insulin ada 300 unit, average pesakit guna yang basal insulin hanya kurang dari 10 unit sekali sehari. Jadi 1 cartridge boleh tahan sampai sebulan.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua. Lepas ni, pastikan simpan ubat dengan cara yang betul kay :)

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

11 comments:

  1. Alhamdulillah ... sebar2 kan...
    Semoga bermanfaat buat semua ...
    Insya Allah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga bermanfaat kan ... diri sendiri ni pun bab ubat tu tahu juga la, sebab setiap kali check up kandungan nurse akan nasihat ... tapi bab insulin tu satu apa pun tak tahu, baca artikel huda barulah tahu :)

      Delete
  2. ubat perlu disimpan dengan sewajarnya agar senag nak ambik balik dan juga dijauhkan dari kanak-kanak

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu ... especially untuk pesakit-pesakit yang memang consume banyak ubat kan, kena label dan susun elok-elok :)

      Delete
  3. baru aiza tahu nak simpan ubat dan insulin pun ada caranya.. ingatkan insulin tu boleh simpan dalam suhu bilik je.. rupa-rupanya kena simpan dalam peti sejuk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah kita aiza, memang tak tahu juga bab insulin ni, tengok pun tak pernah ... time si huda buat teka-teka tu kan, tak tahu pun yang tu insulin, haha ... ingatkan ubat cecair biasa ajer macam ubat demam anak-anak ;)

      Delete
  4. amat berguna.. ubat2 mak selunya simpan tempat kedap udara dan dilabel takut gak slh mkn ubat. nice tips :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus la mak nina ... kat rumah ni simpan dalam bekas ubat khas juga kalau pil, tapinya malas melabel :p

      Delete
  5. dh baca dan jawab d blog huda tu dan secara x langsung belajar cara simpan ubat tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah kita ... saya bab insulin satu apa tak tahu, insulin pun tak kenal :p

      Delete
  6. insulin yg tgh guna,ada pada pen,perlu letak dalam peti ais ke..

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...