Semalan dah cerita penglaman bersalin normal anak pertama, Klik Sini. Kali ni nak cerita pengalaman anak kedua pula. Lain anak, lain pengalamannya. Perkongsian cerita ni khas untuk bakal ibu-ibu muda.
My Second Baby - April 2011 |
Anak yang kedua lahir pada usia kandungan 36 minggu, awal sebulan dari tarikh due. So, macam tak sangka baby keluar awal sangat kan time tu. Untuk bersalin kali kedua ni BW still pilih Hospital Putrajaya, sebab dah pernah bersalin kat sini, kemudahan yang ada di sini macam hosital private juga :)
On that thay, BW takleh tidur malam. Entah la, kepala rasa macam stress. Dalam pukul 5.00 pagi rasa macam contraction. Tapi sebab malamnya tak tidur, so pagi tu walaupun ada rasa sakit contraction sikit, tapi tertidur juga. 7.00 pagi pula ada keluar cecair yang agak banyak, macam air kencing, tapi cecair tu jernih dan tak berbau. Lepas cuci-cuci dan mandi, minta encik suami urutkan pinggang dan tertidur lagi.
Bangun tengah hari, sakit contraction makin bertambah. Tapi still ada hati makan lagi tau walaupun sakit. Walaupun dah sakit contraction, BW still tak nak ke hospital lagi, padahal encik suami dah banyak kali ajak. Teringat-ingat sakit bersalin anak pertama time tu. Teringat setiap kali kena check bukaan, sakit akan bertambah-tambah teruk. So, kali ni BW plan nak pergi lambat sikit, supaya tak kena check bukaan banyak kali.
Akhirnya pukul dua lebih, BW pun setuju nak ke hospital. Encik suami drop BW dengan hospital untuk check up dan hantar my first dotter pada my kakak. Bila check up, rupanya dah 'show'. 'Show' tu medic-term, keluar lendir atau darah. Yang tadi BW cerita keluar air macam air kencing tu la rasanya 'show'. So, terus masuk labor room sambil kena advise sikit sebab datang lambat ke hospital :p
Bila nak masuk labor room tu nurse tanya, nak dia tolakkan guna kerusi roda tak? BW kate takpe boleh pergi sendiri. Walaupun ada rasa sakit contraction, tapi sakit macam senggugut biasa aje. Tak sakit mana la bagi BW. Bising la nurse-nurse dalam labor room tu bertanya, "Eh betul ke puan ni yang nak bersalin, elok je boleh berjalan macam tak sakit" :)
Masuk aje labor room terus call encik suami. Time tu nurse suntik induce. Sambil tu nurse siap terangkan, kalau baby tak keluar dalam masa setengah hari selepas induce, kena operation. Dia siap tanya la, puan ada makan tak hari ni. Memang baru makan pun sebelum datang hospital. Sebenarnya bila kita ada rasa contraction, jangan makan apa-apa, sebab risau terjadi sesuatu pada kandungan, operation kena dijalankan. Dan risiko pada si ibu jika operation dijalankan selepas si ibu baru sahaja makan. Tapi BW tak rasa cuak pun time tu, sebab BW tak tahu dan tak aware pasal induce ni, ingatkan nurse tu sekadar bebel-bebel je :p
Untuk pengetahun korang ibu-ibu muda, bersalin induce tu adalah bersalin normal sebenarnya, tapi secara paksa. Suntikan yang diberikan pada kita tu untuk memaksa supaya bukaan menjadi besar. Ini pun bergantung pada nasib, ada yang cepat bukaannya membesar, ada juga yang bukaan tak besar pun walaupun dah induce lama.
Berbalik pada cerita, hampir sejam selepas induce terus rasa contraction yang teruk. Terbayang-bayang sakit bersalin anak pertama. Terus call nurse untuk ambil suntikan epidural. Kebetulan time tu pakar epidural ada disitu. So, terus dapat suntikan epidural. Sebelum tu, nurse akan bagi pemplet pasal epidural la, suruh kita baca dan kalau kita nak juga ambil epidural kena sign surat kay.
Epidural ni suntikan tahan sakit yang tidak merbahaya, yang disuntik di tulang belakang kita. Tiada kesan sampingan kepada si ibu mahupun si anak. Ada yang kata epidural akan menyebabkan kita sakit tulang belakang. Tapi itu semua mitos, sait tulang belakang yang dialami tu disebabkan oleh kita membawa perut yang besar selama sembilan bulan tiada kaitan dengan epidural. Cuma, perlu diingat, kalau suntikan yang dibuat tersilap especially kalau yang suntik tu doktor tak berapa nak pakar atau kita tak reti diam time doktor pakar suntik, kesannya sangat dahsyat, lumpuh satu badan tau.
Berbalik pada cerita lagi, walaupun BW dah tahu kesan suntikan tersilap suntik epidural, tapi dek kerana takut dengan sakit yang teramat, takut jadi macam bersalin anak pertama, BW sanggup ambil risiko. Time tu contraction yang dahsyat dah rasa dah, tapi BW berusaha tegakkan badan, tak bergerak time doktor pakar suntik epidural. Cuak tau, takutnya kalau tersilap suntik. Alhamdulillah setengah jam lepas tu hilang semua rasa sakit contraction yang teramat tu.
Time tu BW sembang-sembang aje dengan encik suami. Tak rasa takut pun dengan 'induce' sebab tak tahu apa-apa kan. Walaupun nurse dah warning berkali-kali, kalau baby tak keluar sampai malam ni, kena operation. Tapi BW tak rasa bahaya pun. Inilah masalahnya kalau kita tak aware pasal kebarangkalian bersalin secara paksa ni. Setengah jam selepas hilang rasa sakit, tiba-tiba rasa ada sesuatu keluar, tapi tak dapat dikenalpasti keluar dari mana sebab dah kena epidural kan, memang tak ada rasa sangat la.
BW pun panggil nurse "nurse, saya rasa macam ada sesuatu yang keluar, saya terbuang air besar kot, sorry" Bila dah masuk labor room, kita tak boleh nak kemana-mana walaupun pergi toilet dalam labor room tu. Nak kencing ke berak ke kena panggil nurse. Sebab tangan kita dah kena cucuk sana-sini. Bila BW cakap macam tu, nurse tu kata "takpe puan, biaslah". Dia pun datang la dengan segala alatan nak cuci najis kononya, tapi bila check, terus dia jerit doktor. Sebenarnya yang BW rasa terkeluar tu bukanlah sebab terbuang air besar, tapi kepala baby dah keluar. Patutlah sangat dinasihatkan bersalin tanpa ambil sebarang ubat tahan sakit. Disebabkan tak ada rasa sakit langsung, kita tak sedar pun kepala baby dah keluar.
Dan disebabkan tidak ada rasa sakit langsung juga, proses meneran amatlah susah. Berkali-kali teran, susahnya nak keluar. Serious tak sama dengan bersalin anak pertama. Bersalin anak pertama, disebabkan sakit yang teramat amat sangat, BW teran sekuat hati, terus keluar. Tapi kali ni, disebabkan tak rasa sakit langsung, teran berkali-kali tak keluar juga. Kepala baby keluar masuk, keluar masuk akibat kita teran tarik nafas dan teran. Sampai dah tak ada tenaga. Nurse pun bagi warning, puan kena teran sekuat hati walaupun dah tak larat, nanti baby puan lemas dalam kandungan. Tersu cuak time tu, rasa macam nak nangis. Dah tak ada tenaga dah nak meneran. Akhirnya teran juga sekuat-kuatnya sebab taut baby lemas. Alhamdulillah baby selamat dilahirkan, dengan berat 2.75kg. Arisya nama diberi :)
Selesai baby dimandikan dan diiqamatkan, encik suami pun disuruh tunggu diluar. Mulalah proses menjahit luka dibawah. Kali ni tak rasa apa-apa dek kerana epidural. Selepas lebih enam jam bersalin pun still tak rasa sakit, BW gerak macam biasa, terlupa yang diri ni baru bersalin dek kerana epidural. So, bersalin kali kedua ni, adalah bersalin paling tak sakit. Rasa sakit sikit dan sekejap ajer. Rasa cuak pun tak ada sebab tak aware pasal 'induce' ni. So, kepada sesiapa yang nak bersalin kena aware segala macam kemungkinan dan kaedah bersalin tau, google banyak-banyak kay.
Untuk kali ni, BW still pilih wad yang ada empat orang selepas bersalin. Walaupun bilik single lebih selesa, ada attach toilet dan ada TV, tapi BW still pilih bilik empat orang. Sebab teringat-ingat masuk bilik yang single anak pertama dulu, kesakitan dan ketakutan :p
Best juga pilih wad yang ada empat orang, kita boleh berkongsi pengalaman dengan orang lain. Ada yang lebih dahsyat pengalaman diorang. Pengalaman BW ni tak seberapa kaau nak dibandingkan, Alhamdulillah, syukur sangat.
Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)
Ya Allah, terkejut wawa baca cerita bw ni.. Hihi
ReplyDeleteApa pun, lain anak lain pengalaman nan..
betul, lain anak lain ceritanya. better ambil tahu banyak benda kan :)
Deleteada kawan aiza pernah cerita dia bersalin kena suntik epidural tu, sekarang tulang punggung dia selalu rasa sakit..
ReplyDeleteye ke, teruk tak? ... kalau tanya doktor, dia akan kata tu bukan kesan epidural
Deletekatanya kalau dia duduk lama-lama mesti rasa sakit..
Deleteoh tu bukan sebab epidural kot ... dulu bersalin anak pertama, tak ambil epidural sakit punggung juga, ni sebab time bersalin, time meneran terangkat punggung tanpa sedar (tak boleh sebenarnya, nurse dah nasihat dah) :)
Deleteooo mummy pun tak tau, kalo bersalin amik epidural tak rasa sakit.. waktu hero kecik.. mummy lewat seminggu dr due deliver, pastu tak sakit sgt pun bersalin kan hero kecik..relax je.. push pun sekali. semua senanglah.. jaga pun senang... hehehehe bila dh besaq je byk ragam..hehehe
ReplyDeletebagusnya semua senang, kalau tak sakit sangat memang tak perlu epidural pun kan. hopefully bersalin yang akan datang senang macam mummy julia juga (tak serik lagi ni) :)
DeleteAduh..besar sungguh pengorbanan seorang ibu
ReplyDeletesuami-suami yang selalu teman isteri bersalin mesti diorang tahu macamana keadaannya kan :)
Deletelepas suntikan epidural tu hilang akan ada rasa sakit x?
ReplyDeletelepas rasa kebas suntikan epidural tu hilang, memang rasa sakit la, baru la sedar diri ni baru ajer bersalin, mulalah start jalan kepit macam orang jepun :)
Deleteaduhh..part kena jahit tu ya Allah...bukan senang menjadi seorang ibu...JM yang baca ni plak rasa ngeri da ngilu...
ReplyDeletememang ngeri sebenarnya, tapi dek kerana epidural, rileks rileks ajer, tak rasa sakit langsung, rasa segan ajer hehe :p
Deletebujang mcm saya ni , bila baca benda camni , rasa semacam je . tapi sungguh teringin nak merasa ...
ReplyDeletememang kalau time bujang, bila baca pengalaman bersalin orang lain rasa semacam, rasa takut pun ada ... bila tiba masanya nanti, vee akan merasa juga :)
DeleteAKak bersalin hospital swasta ke? Hospital mana kak? Teringin betul saya nak rasa bersalin epidural... bersalin anak pertama tersangat la sakit...
ReplyDeletehospital government, hospital putrajaya ... kalau hospital swasta semuanya ada epidural, cakap ajer dengan nurse, sure ada doktor pakar datang suntik:)
DeleteAKak bersalin hospital swasta ke? Hospital mana kak? Teringin betul saya nak rasa bersalin epidural... bersalin anak pertama tersangat la sakit...
ReplyDeletehospital government, hospital putrajaya ... kalau hospital swasta semuanya ada epidural, cakap ajer dengan nurse, sure ada doktor pakar datang suntik:)
DeleteSamalah pengalaman kita. Dua-dua anak amik epi. Untuk no 3 insha Allah tak nak amik epi. nak rasa sakit tu :)
ReplyDeletesaya anak kedua jer ambil epidural, sebab masih terbayang sakit teramat bersalin anak pertama.
Deletepasni cubalah bersalin secara normal yer, mesti rasa apa yang mak kita rasa kan :)
Oh cucuk blkg tu pgil epidural ea. Sy cser kne cucuk tu la. Lumpuh spruh bdn ms cser tu
ReplyDeleteczer tu bukan epidural, epidural kesan dia dalam 30 minit selepas cucuk baru rasa ...
Deleteyang czer tu terus rasa lumpuh. saya pun dah lupa nama dia, anak ke-4 saya czer, sama juga kekdahnya cucuk tulang belakang :)
Ohh abz lw cucuk jrum kt tgn tu.. lpstu ad dy maokkn cm air tau.. skali inject kt jarum tgn uh.. tp sy kiri knn ad jarum.. haha.. bgkak biru kbas tgn nk taut kaki xley.. bslin normal.. ank ptame.. xtau tu pggil inject ape.. sy cume ckp ikotlah y pnting sy nk cpt bslinπππ sy serahkn 100% ap y tbaik.. sbb sy pn xtau lw nurse tu ckp ap2π π π
ReplyDeleteHihi kalau saya nampak nurse nak buat something akan tanya nak buat apa? untuk apa? nak tahu untuk akan datang :)
Deletesaya pun tak sure suntikan apa yang sampai bengkak biru tu, sebab belum kena lagi. actually better tanya dan fahamkan apa yang diterangkan.
kita kena tahu kondisi kandungan kita juga. kandungan ketiga, saya dah ada info sikit, saya akan tolak kalau saya tak nak doktor pecahkan air ketuban ke, tak nak induce ke, tak nak epidural ke. doktor dengan nurse sebenarnya dia akan ikut jer apa yang kita nak selagi tak bahayakan kandungan :)
Ingt nnt nak ambik induce and epidural..sbb bimbang baby besar sngt..dah week 39 nnt...tapi takut kesan sampingan..plan mmg swasta la nanti ni
ReplyDelete