Monday, November 16

Isu Bercinta Suami Orang. Macam Mana Nak Nasihat?

Salam ...

Entri kontroversi sikit kot untuk hari ini. Isu bercinta dengan suami orang, macam mana kita nak bagi nasihat? ...

Sekadar Hiasan
Sekadar Hiasan

Isu yang nak dibincangkan ni isu bercinta dengan suami orang. Nak nasihat supaya jaga diri dan jauhkan dari suami orang. Bukan isu kahwin dua tiga ke apa. Kalau dah kahwin memang dah tak ada apa nak dinasihatkan kan?

Macamana nak nasihat orang-orang yang bercinta dengan suami orang ni supaya hentikan dan jauhkan diri dari suami orang? Apa pun nasihat yang kita bagi, ada ajer modal nak counter back. Cer bagi idea sikit macamana nak nasihat. Ada sorang kenalan BW ni bercinta dengan suami orang.

Tau tak, suami yang baik dia tak akan bercinta dengan perempuan lain secara senyap-senyap. Suami yang baik tak akan memburuk-burukkan isteri dia walau dengan sesiapa pun. Suami yang baik walau pun dia ada alasan kukuh untuk berkahwin lain, dia tidak akan bercinta dibelakang isteri senyap-senyap. Suami yang baik kalau nak kahwin lain, dia akan berterus terang dengan isterinya.

So, yang suami jenis bercinta senyap-senyap, curang belakang isteri ni bukanlah suami yang baik. Walau apa pun alasan yang dia bagi termasuk burukkan isteri, dia bukanlah lelaki yang baik. Sebab tu nak nasihat elakkan berkenalan dengan suami orang, jangan bercinta dengan suami orang.

Bila bagi nasihat, katanya kami tak paham sebab kami isteri pertama. Ingat happy ke jadi isteri kedua? Isteri tua ke isteri muda, kalau suami jenis ni, tak bahagia juga. Rasanya isteri nombor dua pun akan nasihat jangan bercinta dengan suami orang juga. Sebab kebanyakan isteri nombor dua yang bercinta senyap-senyap dengan suami orang sebelum berkahwin, diorang akan menyesal dengan tindakan diorang.

BW nasihat bukan sebab BW dah kahwin. Dulu time single pun, BW set dalam kepala otak, jangan layan suami orang.  Sekarang dah kahwin pun kalau boleh nak set kat otak anak perempuan juga, jangan bercinta dengan suami orang.

So, perempuan bujang ke, perempuan dah kahwin ke atau janda sekali pun, kita kena set dalam kepala kita jangan bercinta dengan suami orang.

Biasanya orang tua-tua akan nasihat, jangan ambil hak orang kalau tak nak orang ambil hak kita. Tapi mana ada hak orang, mana ada hak kita, semua hak Allah S.W.T. Kita ni manusia jer. So, berfikirlah dan bertindaklah dengan perikemanusiaan, jangan bina bahagia atas sengsara orang lain.

Suami ni bukan hak milik kekal. Bukan semuanya, selamanya si suami milik si isteri. Sebab tu banyak kes penceraian kan. Dah kalau suka sangat dekat lelaki matang yang berduit, jangan lah nak kan suami orang. Ramai tau duda dalam dunia ni. Kalau nak dibandingkan dengan suami orang, duda jauh lebih baik kot. At least dia selesaikan dulu masalah dia yang satu tu. Bukan macam suami orang jenis curang ni, masalah satu tak settle, cari masalah baru. So, janganlah bercinta dengan suami orang.

Agak emosi sikit bila bercerita tentang isu ni. Maybe sebab my jiran baru dimadukan kot. Walaupun BW bukan jenis sibuk nak tanya itu ini, tapi kesian tengok dia uruskan anak seorang diri sekarang ni. Kesian dalam hati jer lah. Memang tak terkeluar dari mulut. Sebab tak tahu apa cerita sebenar kan. Tapi dah kita perempuan, mestilah kesiankan perempuan.

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

74 comments:

  1. Isu ni memang panas macam kek kuar dari oven... he he he..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe ... bukan panas macam kek lagi dah panas macam oven :)

      Delete
    2. Lagi panas neraka laa kalu camtu... Keh keh keh

      Delete
    3. haha itu takleh compare lah ... sure terpanas nya :p

      Delete
  2. Bukan aje jangan bercinta dengan suami orang... Tapi jangan juga bercinta dengan isteri orang... Ehhh... Betul tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha ... orang bujang jarang nak bercinta isteri orang ni ... kecuali sanggup jadi anak ikan :p

      Delete
    2. Sttmnt sss tu... jgn cari pasal dgn pasangan orang lain...
      Huhuhu

      Delete
    3. kadang saling meluah masalah rumahtangga..last2 terjatuh cinta plak dgn isteri/suami org... ya Allah takut nya... byk yg terjadi...

      Delete
    4. banyak kes macam ni kan atie ... so toksah nak luah kan masalah dengan jantina berlainan yang bukan muhrim kot.

      minta simpang la kan, minta dijauhkan dari diri sendiri

      Delete
    5. Hanya Saleh Yaacob yang mengenal Maniam...
      * Peribahasa SS... Keh keh keh...

      Delete
    6. hahaha sesuai sangat topik ni dengan saleh yaacob ... tapi dia semua isteri dia rela la, maybe lain kot kes dia :p

      Delete
  3. Errrrrr..... okay... singgah parking dulu....

    Nnt sambung komain...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sejam dua hengget parking sini okey :p

      Delete
    2. Dua singgit ... dua singgit ... dua singgit

      Delete
    3. Dua singgit ... dua singgit ... dua singgit

      Delete
    4. betul betul betul >> bak kata si ipin ;)

      Delete
    5. parking kat sini kalau caj lebih, tak ada yang sudi parking .... tak wanted macam parking kat blog SS hehehe :p

      Delete
  4. Jangan libatkan diri dengan isteri atau suami orang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu ... jangan libatkan diri dengan isteri atau suami orang sama ada single atau pun dah kawin kan

      Delete
  5. Replies
    1. biasa kalau kes macam ni, memang anak-anak lah jadi mangsa keadaan kan

      Delete
  6. Antaranya serahkan pada Allah banyak sabar dan doa terus..inshaAllah Dia tunjukkan jalan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni nasihat yang kita boleh bagi kat perempuan yang bercinta dengan suami orang ke apa? :)

      Delete
  7. If PURPOSELY aim nk kaco laki orang... itu mmg tak baik lah... very bad.
    And it is bad too for the spouse utk ceritakan or mereka ciptakan cerita yang memburukkan pasangan semata-mata nak menghalalkan tindakannya menggedik dgn orang ke-3... jahat sungguh...

    Tapi ketahuilah ... Allah itu tidak zalim.
    Allah itu Maha adil. Maha Pengasih . Maha Penyayang.

    Jika datangnya "ujian berat" ini ... berdoalah agar Allah beri jalan keluar; kesudahan dan gantian yg lebih baik di dunia dan akhirat.

    Insya Allah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau sengaja nak menggatal dengan suami orang, memang tak kuasa nak nasihat la

      ni nak nasihat kat perempuan yang baik, supaya tak termakan pujuk rayu kata-kata suami orang, so jauhkan diri dari suami orang dan jangan bercinta dengan suami orang.

      kalau dapat suami jenis gedik dan curang, memang berat ujian tu kan. minta dijauhkan sangat-sangat lah dari jadi kat kita semua

      Delete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sensitif ke komen ni sampai delete? hehehe :p

      Delete
    2. Dah penat2 komain.. Delete pulak! Ha ha ha

      Delete
  9. Tak abes taip ter publish... hihihi

    ReplyDelete
  10. Dan apa pula komen BW untuk orang dia "nampak" perempuan lain utk dikahwini dan dia juga tak memburukkan 1st wife ... and they get married in proper way? Dengan persetujuan 1st wife?
    Will it be counted as ambik hak orang juga?

    Hmmm ntah lah...

    Tapi AGREE sanngat2 ... sedapat boleh ELAK kan dan JAUHI lah rapat dengan pasangan orang lain...

    Dan para suami pun plissa stop menggedik ngan perempuan lain...
    Ramai je perempuan yg desperate dgn persekitaran yg akhirnya go into it i.e kawen dgn laki orang walaupun dh blh jangka kesan buruknya.... just sbb faktor persekitaran yg sungguh menekan ...

    Huhuhu ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu pasal dah inform awal-awal, tak nak kupas isu kahwin dua ke tiga ... sebab dalam kes poligami ni, ada banyak kebarangkalian. salah satunya suami sendiri yang beritahu pada isteri, isteri pun rela, tu lain kes dia. itu memang suami baik, isteri pun nak payung emas, memang tabik spring la kat pasangan macam ni ...

      tapi, topik ni kupas tentang bercinta dengan suami orang. suami yang baik dia tak akan curang dibelakang isteri. so point topik ni, nak bagitahu pada semua perempuan, yang this kind of suami, memang tak baik, so jauh kan diri dari suami orang ;)

      Delete
    2. agak susah nak suruh si suami yang gedik dan perempuan perampas yang gedik untuk jangan menggedik ...

      so, lebih baik kita nasihatkan perempuan yang tak gedik supaya jangan terpedaya dengan suami yang gedik. so, set kat kepala masing-masing jangan bercinta dengan suami orang, cari nahas namanya.

      tapi kalau suami orang datang meminang dengan baik dan si isteri pun setuju datang pinang sekali, tu rezeki la kot namanya :p

      Delete
    3. Haha.... betul betul betul...

      Delete
  11. “Saya mengenali seorang sahabat yang hidup berpoligami. Kerana kerap menahan rasa dia selalu berdoa agar dia tidak dijodohkan kembali dengan suaminya jika ditakdirkan menghuni syurga. Bolehkah doa yang begitu? Jika ustazah ada peluang berkongsi pandangan.”

    Saya membaca persoalan yang diselit sedit kisah di atas dengan senyuman pahit bersama rasa simpati, mengerti dan memahami bahawa jiwa seorang wanita bernama isteri, saat emosi menguasai diri, bicaranya biasa begitu; agak melulu, tidak menentu.

    Meneliti kisahnya dari mesej yang agak panjang lebar, saya merasakan suami wanita itu bukanlah seorang lelaki yang cenderung menzalimi isteri, bahkan ada sikap baiknya yang disenaraikan, yang pada saya cukup untuk meletakkan suami itu dalam senarai lelaki yang baik.

    Begitu juga si isteri yang masalahnya dikisahkan kepada saya dari mesej tadi, pastinya seorang suri yang baik juga. Jika tidak, dia tidak akan mengandaikan dirinya menghuni syurga. Cuma, mungkin kerana ada selitan peristiwa pedih dan mengusik jiwa kewanitaannya, dia justeru enggan ‘bertemu jodoh’ semula dengan suaminya itu di syurga.

    Petikan dicedok dari seorang isteri tokoh agama terkenal tanah air yg juga hidup berpoligami...

    http://ummuhusna99.blogspot.my/2015/02/nikmati-sekarang.html?m=1

    ReplyDelete
    Replies
    1. hidup poligami ni kalau isteri tua tak setuju, memang payah la kan, isteri tua tak bahagia, isteri muda pun tak bahagia. suami pun akhirnya pening nak jaga dua-dua. jadilah makan hati macam tu.

      lain ceritanya kalau si suami inform isteri awal-awal, si isteri pun redha. poligami jenis ni kebarangkalian nak bahagia tu tinggi la kot

      Delete
    2. so tak kisah lah kalau si suami tu memang ada baiknya ... tapi kalau menggedik, bercinta dengan perempuan lain senyap-senyap, curang dengan isteri ... saya still anggap suami tu tak baik.

      walaupun apa pun masalah dia dengan isteri, selesaikan dulu, curang dan bercinta dengan perempuan lain bukan cara selesaikan masalah.

      so set kat kepala kita, jangan bercinta dengan suami orang. simple as that ;)

      Delete
  12. Cedokan kisah ini juga menarik untuk dibaca :
    http://ummuhusna99.blogspot.my/2014/06/menyintaimu-kerana-allah.html?m=1

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni cerita poligami ke? ... tak berminat la huda. sebab diri ni bukan ustazah yang mendambakan payung emas. hehehe :p

      Delete
  13. Okay... out of topic sikit ... cer baca artikel ni pulak...
    Maksudnya : “Orang-orang yang saling mencintai, pada hari itu (kiamat) sebahagian mereka menjadi musuh bagi sebahagian lainnya, kecuali orang-orang yang bertakwa.” (Az-Zukhruf: 67)

    http://ummuhusna99.blogspot.my/2014/05/masih-adakah-pertemuan.html?m=1

    Lets be together in jannah ... lets make love for the sake of Allah... insya Allah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sungguh tertarik huda dengan topik ni ... adakah huda complicated? hahahaha :p

      topik ni simple jer huda, set dalam kepala jangan bercinta dengan suami orang. single ke berkahwin ke, janda ke, jauhi suami orang, jangan bercinta dengan suami orang ;)

      Delete
    2. Haha... rilex2... bertenang...

      Belum lg bump into husband orang insya Allah...

      Hihi... belum desperate lg...

      Masih waras memikirkan...

      Masih bijak menepis ancaman2 lelaki pelik dan gedik tu... alhamdulillah

      Delete
    3. Cuma share some tots and experience from others. .

      Akk ina ni.. dia pun pnh d ty ttg persoalan poligami ni lamaaaa sblm husband dia berpoligami... her view point tu buat sy respect...

      Itu sahaja....

      Delete
    4. Allah dah janji "lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan begitu sebalik nya"...

      So bila berlaku masalah ... kna sama2 muhasabah ... di mana kekurangan etc.

      Delete
    5. Sorry BW .. isu sensitif ni... hihi... rilex2... tenang2 aje .. doa yg baik2 ye...

      Delete
    6. yezze ... katakan 'no' untuk bercinta dengan suami orang walau desperate sekali pun. set kat otak :)

      my kenalan yang bercinta dengan suami orang adalah jenis yang join geng usrah, join charity, join geng niqab bagai ... kalau terlampau terdedah dengan poligami pun payah juga nampaknya ... dia bercinta dengan suami orang macam tak ada rasa bersalah pula.

      Delete
    7. for me, semuanya simple. malas nak peduli view & experience orang lain tentang poligami. just set kat otak, jangan bercinta dengan suami orang walaupun kita bujang berkahwin atau janda.

      yang penting kita jangan buat orang ... tapi kalau orang buat kita, ermmm tu nanti dah kena baru pikir ... so, selagi belum kena, banyakkan berusaha dan berdoa sebab bahagia kita yang bina. asal jangan bina bahagia atas duka orang lain sudah. tak gitew? ;)

      Delete
  14. allahu... isu hot ni sis... kat sini byk sgt isu ni terjadi...berlaku di sekitar sy sis... ada diantara nya kawan2 baik sy... kesian lah... sentiasa berdoa yg baik2..moga kita dijauhkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. minta dijauhkan dari diri kita semua kan atie ... bila tengok orang yang kita kenal, suami dia curang belakang dia, memang kita rasa kesian kat dia kan. tak dapat bayangkan apa pula yang dia rasa.

      Delete
  15. susah nk kata sbb x kawen lg... ;-) benda sebegini melibatkan hati dan perasaan... errr...x tau nk explain cm ne

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe ... kalau belum kahwin lagi jangan banyak buat statement kan, bahaya, akan datang tak tahu macam mana.

      just set kat otak senyap-senyap jer jangan bercinta dengan suami orang. kalau kita dah set kat otak insyaallah kita akan jauhkan diri dari suami orang yang 'something' ni kan :)

      Delete
  16. alamak...kurang arif bab nak beri nasihat ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. senyap senyap jer JM ... jangan bagi statement ... bahaya :p

      Delete
  17. Aiza pernah berhadapan lelaki begitu.. Rasa meluat bila dia asyik kutuk isteri dia.. Terbayang dalam otak, agaknya kalau dia dah kahwin dengan kita nanti, mesti kita pun akan terima nasib yang sama macam isteri dia.. Apa-apa pun berpunca dari kita juga.. Bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi.. So, jangan layan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu aiza, jangan dilayan ... lelaki spesis ni memang hampeh. mula-mula sembang kosong dengan kita. pastu nak rapat sikit. pastu cerita masalah rumahtangga, pastu kutuk isteri. hampeh spesis ni kan.

      Delete
  18. Ada dua orang kawan aiza menerima nasib yang kurang baik bila dah kahwin dengan suami orang.. Dah kahwin, tapi hidup sama je macam takde suami.. Selalu menangis mengadu suami tak adil.. Besarkan anak seorang diri.. Raya balik kampung bawa anak, tapi suami tak ikut sebab balik rumah isteri tua.. Nasihatkan kawan zie has, baik hindari sebelum menyesal di kemudian hari..

    ReplyDelete
    Replies
    1. susah betul nak nasihat, sebab katanya saya dah kahwin sebab tu tak setuju hubungan dia dengan suami orang.

      tapi saya ni nak nasihat sebab kesian kat dia. memang kebanyakan isteri kedua macam tu lah nasib dia. lelaki kalau dia tak cerai isteri dia memang sebab dia sayang isteri dia dan anak-anak dia. dia curang just sebab nak penuhi nafsu seks dia ajer. nanti yang jadi mangsa perempuan juga, isteri tua dan isteri muda.

      so kita sendiri lah kot kan kena set kat otak kita jangan bercinta dengan suami orang sama ada kita bujang ke janda ke, kalau berkahwin lagi lah kena ingat kan.

      Delete
  19. tak pernah lg bercinta dgn suami org.. takutnya baca

    ReplyDelete
    Replies
    1. minta dijauhkan lah kan nina ... bahaya bercinta suami orang ni. lagi bahaya hidup bermadu, merana :p

      Delete
  20. Sakit bercinta dengan suami org... Betul, laki jenis macam ni jenis x baik..saat ni sy sedang google blog pasal bercinta dgn suami org sbb sy da alami nya,da putuskan pun,skang ni tgh healing process, biasalaa nk move on kena cari jalan.
    salah satu nya baca entry entry blog la.. Share sket, mmg ungkapan mereka manis dan mencairkan.. Sampai kita rs mcm betul ape dia ckp walaupun sebelum tu kita konon konon da berhati hati utk tidak percaya pada apa yg mereka ungkapkan bagi mencairkan hati kita, tapi, hati kan cpt tersentuh dan menafikan kewarasan otak berfikir walaupun da tau logic dan kesannya. Hubungan berjalan lancar, syg rimdu toksah ckpla.. Tp Allah tu kan Maha Berkuasa , Dia beri apa yang kita betul betul minta. Saya hari hari doa suapaya lindungi saya dari benda ni andai x elok tuk kami.. X lama pastu kuasaa doa, mmg putus sbb dia mendingin secara tiba tiba..mmg sakit tapi itu yang terbaik sbb kita da doa kan.. Saya anggap ni semua Allah uji... Mmg bersalah pada istri dia dan diri sendiri.. Tp kita maanusia lemah, sbb tu kena selalu doa sbb kita tatau Allah nk bg ujian dalam bentuk mcm mane , sama ada kita terus leka atau cpt cpt kuar dr perkara mcm ni, mmg kena selalu doa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dah putus ... nasib baik kan. kalau dah terkahwin, tak ke naya... setuju sangat, kita kena kesiankan isteri dia dan diri kita sendiri juga. semoga awak tabah yer.

      Delete
    2. sy bercinta dgn suami org, baru je putus. just nk share untuk semua. umur sy 27 dia 39, kami satu office. sblm bercinta kami dh kenal selama setahun tapi as a colleague.kisah ni bermula dec 2015 bila kami byk berkomunikasi disebabkan hal kerja. and one day dia ajk kluar untuk karoke and makan2 je. and dsebabkan sy pn free malam tu,jdnya sy keluar je. after malam yg kami keluar tu,sy xde rasa apa2 perasaan rindu ke apa jauh sekali. hari seterusnya dia hantar msj tpi berkenaan kerja sambil selit2 jugak bnda kosong untuk sembang. dan sy reply shj tanpa ada ape2 niat. lps tu kami makin byk share,sembang jd rapat.smpai la die selalu ajk sy keluar. tanpa sedar hubungan kami makin rapat and die luah perasaan kt sy.kami bercinta,sy sgt sygkan dia,selalu rindu.selama 8 bulan lebih bercinta byk juga gaduh, dan kami cuba untuk berpisah, namun salah seorang akan cari balik. sy syg dia dan sy nmpk dia pn cuba yg terbaik utk hubungan kami termasuk cari duit lebih.bila sy cuba berpisah, sedih tak terkata,sy xdpt tanggung,sy akn cri die balik dan dia pn sama.kalau nk ckp dia hanya suka2 and ambik kesempatan kt sy,tak jugak sbb dia byk tolong sy bila tgh susah. tak pernah ambik kesempatan dr segi kewangan dan yg lain.sy pernah ajk dia kawin tpi die ckp duit xcukup lgi.lately,sbb sy dah tak mampu lgi nk asyik memendam rasa sorang2,sy selalu doa kt tuhan kalau die bkn jodoh sy jauhkan dia dr pandangan mata dan hati ini. mungkin tuhan dah makbulkan walau dh lambat.entah kenapa lelaki yg selama ini sy syg,sy rindu, bila dh sy lepaskan dia, perasaan sy lega.xde air mata lagi keluar,mgkn sy selalu menangis wktu bercinta dlu. Tuhan bg sy kekuatan. ramai kenalan kami dh tau psl hubungan kami.

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
    4. sambungan...

      nasihat sy,jgn lah bercinta dgn suami org. anda hanya menyakitkan diri sendiri bkn org lain, mgkn isteri dia turut kecewa tpi tak seteruk anda, sbb nk tak nk dia masih yg sah. walaupun lelaki tu baik atau jahat sekalipun, anda tetap orang yg kecewa dan sakit diakhirnya.rindu tapi tak dpt buat ape2 sbb die tgh spend time dgn family dia.bukan nk ckp lucah, tapi sy pernah memendam rasa cemburukan dia dan isteri dia,dan lagi sakit bila terfikir dgn sendiri dia tgh bersama dgn isteri dia.malam2 isteri die peneman dia,anda? dia dan isteri dia hubungan yg halal, anda?
      keduanya pergi mana2 ada limit,ada tmpt tak boleh pergi sbb tkut kantoi.
      ketiganya keluarga die tetap utama.walaupun dan berbulan janji,tiba2 ada hal keluarga die yg tak dpt elak.anda ttp ditinggalkan.sentap?

      betul jodoh tuhan dah tentukan,tapi selagi kita boleh elak,kita elak. tapi bila dh elak sentiasa ada je jalan untuk bersatu utk hubungan yg halal,nk buat mcm mana. poligami tak dilarang dlm agama.tapi wanita mana yg sanggup berkongsi. dan ada je yg bahagia hidup berpoligami. tapi mungkin bahagia itu ada, tapi derita juga dtg sama. betul, kahwin dgn lelaki bujang tak semestinya bahagia atau jodoh pjg,tapi sekurang kurangnya anda tidak menyakiti byk pihak. hidup itu satu perjudian yang mana anda sendiri tak tau dimana kisah anda berakhir, jodoh itu rahsia Allah, jgn desperate risau tak de org nk.ada tempat utk kita meminta,ada tempat untuk kita mengadu, kembali pada Allah s.w.t, yang maha mengetahui segala benda ghaib. kalau waktu ini ada yg tgh baca ni tgh bercinta dgn suami org,hentikanlah.tak mudah yer mmg,tapi sekurang2 nya cuba. sayang diri anda melebihi segalanya.ingt keluarga. sebaik mana pn dia,kalau dia betul2 ikhlas dia akan berterus terang dgn semua org,isteri dia dan keluarga anda.kalau teruskan jgk anda yg akan kecewa dan patah hati, lelaki tak kan tinggalkan isteri pertama dia, sbb yg tu la dh susah snang dgn dia. dan yg pling dia syg. dia akan fikir anak2 dia lebih dr anda. anda fikir balik dia mahukan anda sbb apa,mungkin sbb nafsu seks shj. tak lain dr itu. mmg ada yg ikhlas sbb dia jatuh cinta lgi, tapi kena ingt tak semua. pilihan di tgn anda,pilih bahagia atau derita.

      percayalah bila semua dh berakhir,dh putus,anda akn menyesal. mcm sy skarang ni. sbb mengkhianati kaum sndiri dan tanpa sy sedar sy tgh menyakiti diri sndiri.

      sekian.
      wallahualam
      sy tulis berdasarkan pengalaman dan apa yg sy rasa.jika ada yg terguris, maafkan sy,tak salah share jika utk kebaikan.

      Delete
    5. good to share.
      tak semua yg indah itu indah belaka.

      Delete
    6. kannn cik rose, tak semua yang indah itu indah selamanya

      Delete
    7. kepada anonymous, terima kasih atas perkongsian. semoga bermanfaat buat semua wanita diluar sana.

      ingat satu jer, jangan bina bahagia atas derita orang lain. derita isteri dia, derita anak-anak dia.

      walaupun masa bercinta rasa suami orang tu baik, sebenarnya tak ada baiknya dia kalau dia bercinta senyap-senyap macam tu. kalau betul-betul dia baik, dia akan inform isteri dia dan datang masuk meminang.

      jodoh memang Allah yang tentukan. andai kata dah ditentukan jodoh dengan suami orang, biarkan suami orang tu sendiri datang meminang dengan persetujuan isteri dia.

      lagi teruk kalau ada perasaan nak kahwin senyap-senyap dengan suami orang. andai kata tak nak pikir pasal perasaan isteri dan anak-anak dia, hanya pikir diri sendiri yang tengah kemaruk bercinta, cuba pikir apa perasaan ibu ayah, macamana diorang nak hadapi tomahan masyarakat nanti. pikir juga perasaan bakal mertua, rasanya diorang akan terima ke?

      renung-renungkan :)

      Delete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...