Friday, October 16

KitKat Green Tea. Demam Teh Hijau Melanda?

Salam ...

Dah macam demam teh hijau lak. Sana sini orang upload ice blend teh hijau. Sana sini orang share khasiat teh hijau. KitKat pun keluarkan coklat teh hijau. Nak tahu apa rasa KitKat Green Tea ni?
coklat kitkat teh hijau green tea
Rasa Coklat KitKat Teh Hijau / Green Tea Sedap Ke?
Nestle KitKat Green Tea
coklat kitkat teh hijau green tea
Rasa Coklat KitKat Teh Hijau / Green Tea Sedap Ke?
Bahagian dalam KitKat teh hijau.
coklat kitkat teh hijau green tea
Rasa Coklat KitKat Chunky Teh Hijau / Green Tea Sedap Ke?
Si baby tak sabar, ganggu ibu snap gambar nak review ;)
coklat kitkat teh hijau green tea
Demam teh hijau sekarang ni. Kat TV pun banyak iklan produk teh hijau termasuklah coklat teh hijau KitKat ni. So, encik suami balik rumah, bawa balik coklat teh hijau. Dia beli dua ajer, satu KitKat biasa unuk anak, satu Kitkat Chunky untuk isteri, nak cuba rasa green tea katanya. Sebab dia tengok BW dan anak-anak suka minum ice blend green tea, Klik Sini.
coklat kitkat teh hijau green tea
Sedap ke tidak coklat Nestle KitKat Green Tea ni? Jawapannya ialah TIDAK. Tak sedap la pada my tekak. Anak-anak pun semuanya bluek, semua tak nak. Selalunya kalau bagi coklat walaupun beli banyak, asyik tak cukup ajer, berebut-rebut. Yang ni semuanya bagi balik pada ibu. So, si baby yang setahun yang tak tahu beza rasa sedap dengan tidak tu yang habiskan coklat teh hijau ni ;)
coklat kitkat teh hijau green tea
Nasib baik KitKat Chuncky Hazelnut tu plastik ajer yang hijau, dalamnya coklat biasa. Memang tak akan beli dah la KitKat Green Tea ni. Dan nasib baik juga, encik suami beli satu untuk rasa dulu, kalau tak, rasa macam membazir ajer ;)
coklat kitkat teh hijau green tea
Lain orang lain tekaknya kan. Tak tahulah kalau korang suka dengan coklat Nestle KitKat Green Tea ni. Punyalah lama tau tunggu coklat teh hijau ni masuk pasaran Malaysia, last-last rasa dia sungguh menghampakan :p
coklat kitkat teh hijau green tea
Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)
coklat kitkat teh hijau green tea

14 comments:

  1. Wuit wuit... sedap lah kit kat green tea tu...

    Kita 1st time mkn kt jepun... versi jepun...

    Sedapppppp

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap eh ... maybe tekak kita tak samalah ... ke kitkat jepun dengan malaysia rasa tak berapa nak sama :p

      Delete
    2. Ha ah kn... nnt kna try versi msia lh... tgk apa rasa dia

      Delete
    3. cer cuba cer cuba ... hairan juga bila tengok orang lain review kata sedap :)

      Delete
  2. aiza tak pernah cuba lagi.. tapi nampak macam sedap.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nampak macam sedap ... tapi tak sedap pada my tekak :p

      Delete
  3. Mummy dah cuba... ok bole la sedapnya! tapi suka lg yg ori punya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah kita mummy ... kitkat ori tetap paling sedap ;)

      Delete
  4. tak SEDAP? baby yang kecik pun cakap x SEDAP? pesal JM dgr beriya dorang mkn dan cakap sedap...ye lah kan tekak org kan x sama...klau semua ckp x sedap..tutup lah kilang kan heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang tak sedap pada my tekak ... biasanya orang lain review yang sedap-sedap ajer kan, kalau tak sedap diam kan ajer ... ni gigih mereview ketidaksedapan tu :p

      Delete
    2. Haha... sedap JM... berkampit2 kita beli kt jepun hrtu... mstu x de jumpa lg kt msia...

      Delete
    3. my frenz pun kata sedap kitkat green tea jepun, dia beli banyak, sedap dan murah katanya ... tapi apesal yang malaysia punya ni tak sedap pada my tekak yer :p

      Delete
  5. JM pun x pernah try mkn lagi kit kat green tea ni..nanti nk try pastu leh kabo ke Zie..sedap ke idok..klau x sedap kita boleh geng heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. try JM try ... confuse juga bila ramai yang kata sedap, tapi my anak tekak rasa tak sedap ;)

      Delete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...