Lagi food review yang tak berbayar :p Kali ni nak share pasal Mamee Chef. Betul ke Mamee Chef ni sehebat masakan chef? :)
sedap ke mamee chef
Mamee Chef perisa laksa kari. |
Untuk review kali BW guna Mamee Chef perisa laksa kari. BW dah cuba beberapa perisa Mamee Chef antaranya Mamee Chef perisa sup cendawan shitake dan Mamee Chef perisa lontong. Yang lontong tu kauhnya sedap, sebab BW orang johor kan ;)
sedap ke mamee chef
Mamee Chef ni harganya agak mahal compare dengan mee segera yang lain. So, setiap pack mini Mamee Chef ni didatangkan dengan bahan extra seperti paste, serbuk santan (untuk perisa yang bersantan) dan sayuran kering selain daripada bahan perasa macam mee segera yang lain.
sedap ke mamee chef
Didalamnya ada mee segera berbentuk bulat, paste kari, serbuk perasa, serbuk santan dan tauhu cili kering. |
Betul ke Mamee Chef ni sehebat masakan chef? Erm, memang tak la yer, dah nama pun mee segera, mee segera la juga rasanya cuma ada sedikit add on sahaja. Dari segi harga worth it la kalau sekadar nak mencuba. Tapi kalau korang selalu sangat makan mee segera especially student, lebih berbaloi beli yang biasa-biasa ajer ;)
sedap ke mamee chef
Macam mee segera biasa la juga bila dah masak ;) |
Sama macam mee segera yang biasa-biasa tu jer bila dah masak. Cuma dari segi rasa, lebih sedap sedikit kuahnya berbanding mee segera biasa. Yang kurang sedap tu sayuran kering dia, kecil sangat dan rasa bahan pengawet pada sayuran tu macam kuat jer. Kalau sekadar nak cuba try test, best juga la kan. Next time nak cuba lagi perisa yang lain. Nak cuba sampai habis semua perisa yang ada pastu stop dah la beli ;)
sedap ke mamee chef
Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)
sedap ke mamee chef
mummy paling suka makan maggi waktu hujan2, tak tau kenapa.. mungkin hujan sejuk, maggi panas..serasi bersama..hahaha :P
ReplyDeletebetul tu mummy ... kalau time hujan memang feel habis la makan megi :)
DeleteSalam singgah petang sini sis....sedapnya maggi tu sis tapi paling Diana suka mee sedap...hihi
ReplyDeletesalam diana ... mee sedap goreng ke? yang tu memang sedap :)
DeleteBetul betul... de only yg kita suka mee goreng cap mee sedap... terbaekkk
Deletememang terbaik mee sedap goreng tu kan :)
DeleteX pernah try lg chef ni...
ReplyDeleteSbb x suka sgt mkn mee segara... rasa muak.
Tp ada je megi saji kt umah ni... simpan buat stok kecemasan... huuhuhu
mee segera ni selalu makan kat hostel dulu ... la ni dah kawin pun rajin juga beli mee segera, terbiasa agaknya ;)
DeleteTau tak kita teringat apa?
ReplyDeleteHihi... kita teringat iklan megi kari kt tv tu... dialog anak perempuan dia... "pandai mak ajar megi buat mee kari"...
Haha... kesian anak... kck2 kna kelentong ngn mak mkn megi... haha
hahaha kannn ... tapi kat rumah ni biasanya makan mee segera berdua ajer dengan encik suami, makan senyap-senyap, tak nak lah ajar anak makan megi :p
DeleteHaha... sama lh kt sini pun... mkn kna nyorok2 dr anak sedara...
DeleteDepa yg x berkhasiat tu mmg suka...
Eh bukan depa ja... kita pun sama...
Hihihi
yang tak berkhasiat tu sedap ... kita yang dah tau buruk mee segera pun ngidam juga :)
Deletepernah makan...tapi MAMEE perisa Hot Kari tetap di hati
ReplyDeletebetul tu ... perisa kari yang biasa tu lagi sedap kan :)
DeleteKalau brnd mamee ni yg sedap kn kari laksa ke asam laksa..pnh cuba..mmg sedap!
ReplyDeletekannn ... mamee kari yang biasa tu sedap :)
DeleteAiza tak suka sangar mamee.. Maggi kari tetap aiza suka.. ;)
ReplyDeletekalau saya suka dua-dua ... mamee dan maggi :)
Deletesedap pula tgk maggi.. lama xmkan.. hehe
ReplyDeletelama tak makan? bagusnya la ... kat rumah ni mee segera sentiasa ada, jadi tabiat lak :p
Delete