Kepada penggemar ice blend, jom buat ice blend dirumah. Hari ni BW nak share cara buat ice blend guna blender yang ada dirumah sahaja tanpa perlu beli blender khas. Dan cara yang BW guna ni juga tidak akan merosakkan mata pisau blender korang :)
cara buat ice blend guna blender dirumah
Ice blend boleh dibuat dirumah guna blender sahaja. Masuk dalam cup plastik dan letak whipping cream, macam beli jer kan ;) |
Caranya mudah sahaja. Korang hanya perlu bekukan susu. Boleh guna susu apa sahaja, susu segar, susu kotak, susu tepung dan susu tin yang dibancuh. Bekukan semalaman. Bila nak buat ice blend, keluarkan susu beku, biarkan selama lima minit supaya ice jadi lembut. kemudian ketuk-ketuk dan hancurkan susu beku tu sehingga jadi macam snow ice. Masukkan dalam blender, masukkan gula dan perisa yang disukai kemudian blend hingga hancur. Siap :)
cara buat ice blend guna blender dirumah
Susu dibekukan dan dihancurkan menjadi snow ice. |
Masukkan susu snow ice kedalam blender. Kemudian masukkan gula dan perisa yang disukai. |
Ice blend coklat, Klik Sini untuk resepi penuh. |
Ice blend teh hijau latte, Klik Sini untuk resepi penuh. |
Korang boleh juga bekukan terus perisa ice blend yang korang nak. Contohnya bila nak buat ice blend milo, bancuh air bersama susu, milo dan gula kemudian bekukan. Esoknya hancurkan dan terus blend tanpa tambah apa-apa. Mudahkan?
cara buat ice blend guna blender dirumah
Selamat Mencuba!
cara buat ice blend guna blender dirumah
Thanks for Viewing! By: BW (Buat Wanita)
cara buat ice blend guna blender dirumah
sedap tu
ReplyDeletesedap sedap :)
Deleteya..macam senang je kan..
ReplyDeletememang senang ... suami pun boleh buat sendiri ni :)
DeleteSalam singgah pagi sis....sedap dan nak buatnya pun sedap....hihi
ReplyDeletesalam diana ... hehe senang ajer nak bua ni, guna blender ;)
Deletemudah sesgt ni! nk buat dgn x je ni ;-)
ReplyDeletememang mudah kan :)
DeleteHaaa betul betul betul... guna susu... jgn guna air mineral lak... lingkup blander tu nnt
ReplyDeleteair mineral kalau bekukan, keras kejung ...memang lingkup mata pisau blender tu :)
Deletenampaknya perlu beli satu lagi blender x kan nk guna blender cili tu kan...semudah ABC...nk cuba jgk yg ni
ReplyDeletebetul tu, kat rumah ni pun ada dua jug blender, satu jus satu cili... senang je kan nak buat :)
DeleteBli terus yg blander ada 2 blade 2 bekas tp 1 motor tu...
DeleteSenang... blh guna both n multi purpose
betul jgk ckp huda tu
Deletebetul tu huda ... multi purpose
Deletepasni JM boleh la beli jug blender lagi satu :)
DeleteSedapnya.. Jimat tak payah beli di luar..
ReplyDeletekannn ... memang jimat nak nak kalau anak ramai semua pun nak ;)
Deletexpayah beli.. buat sendiri lg puas hati
ReplyDeletememang puas hati boleh dapat banyak :)
Deletesalam akak boleh tak ws saya 01119307427. saya nak tanya lebih lanjut untuk cara buat green tea tu. please... #urgent :(((((((((((
ReplyDeletesalam ... sila klik pada link green tea tu untuk resepi penuh yer dik. selamat mencuba :)
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeletesorry! ads not allowed!!!
Delete