Saturday, October 31

Pendapatan Nuffnang VS Innity. Banyak Beza Ke?

Salam ...

Sebelum ni BW pernah cerita permohonan innity blog Buat Wanita dah diluluskan dan BW dah pun pasang iklannya, Klik Sini. Now dah tiba masanya untuk share pendapatan Innity VS Nuffnang ;)

Pendapatan Nuffnang VS Pendapatan Innity. Banyak Beza Ke? Cara Buat Duit Dengan Nuffnang dan Innity.
Capture on 31/10/2015

Untuk comparison ni BW compare masa sekarang ni jer la. Tak boleh la nak compare dengan earning Nuffnang sebelum ni kan. Sebab sebelum ni pageviews blog ni tak sebanyak sekarang. So, comparison dibuat dari mula Innity dipasang iaitu dari 12 Oktober 2015 hingga 31 Oktober 2015.

Sebelum pasang Innity tu, BW cepat-cepat cashout Nuffnang. So, fair and square la kan. Start dari 12 Oktober earning Nuffnang dan Innity zero. Comparison yang BW buat ni untuk 20 hari. Lagi satu, iklan Innity yang BW pasang exactly sama macam Nuffnang; large record, leaderboard dan skyrapper.

Sebelum share pendapatan Nuffnang VS Innity, BW nak share dulu pendapatan Nuffnang Glitterati VS Non Glitterati. Sejak pasang iklan Innity, status Nuffnang ofcoz la dah tak glitterati. Bila kita pasang iklan lain, automatic status glitterati kita hilang. For me la kan, macam tak ada beza pun Glitterati dengan Non Glitterati tu, earning lebih kurang ajer. Sebelum ni pun, walaupun Glitterati, pendapatan purata terakhir, sebulan dalam RM12. Sekarang ni dalam masa 20 hari dapat RM11 dengan status Non Glitterati. So, macam tak ada beza kan? :)

Ok sekarang kita berbalik pada tajuk, compare pendapatan Nuffnang VS Innity. Untuk Innity tak boleh nak print screen kat korang. Sebab ada agreement dengan Innity. Disebabkan BW malas baca apa yang boleh share dan apa yang tak boleh share, BW ambil keputusan tak nak lah print screen, sat lagi langgar agreement, kena ban pula, susah kan :)

Sepanjang 20 hari ni pendapatan Nuffnang dari 0 menjadi RM11.41. Manakala pendapatan Innity sepanjang 20 hari pula ialah RM19.02. Pendapatan Innity almost double dari pendapatan Nuffnang. No wonder la ramai blogger otai inform pendapatan Innity lagi masyuk compare dengan Nuffnang. Beza agak banyak la juga kan :)

Apa yang BW perhatikan, nilai kempen yang dibayar oleh pengiklan di Nuffnang dan Innity jumlahnya lebih kurang sama especially yang kempen bedasarkan cost per visitor. Cuma iklan Innity lebih kerap keluar di blog berbanding Nuffnang, tu pasal la earnings Innity lebih sikit kot :)

Untuk pengetahuan korang, iklan Innity ni banyak pilihan. Selain large record, leaderboard dan skyrapper, ada lagi jenis iklan yang lain. Tapi disebabkan BW nak experiment dulu, nak compare dengan Nuffnang, pasang tiga tu jer la, biar sama macam Nuffnang, barulah fair nak compare. Pasni nak tukar skyrapper tu jadi universal tag, nak ber experiment ;)

Apa pun, thanks buat Nuffnang dan Innity kerana beri peluang dan kepercayaan kepada blog Buat Wanita ni. Thanks juga buat semua readers :)

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

24 comments:

  1. Masih menanti saat layak berdaftar dengan Innity

    ReplyDelete
  2. nuffnang pun xbrapa nak ada.. hehe.. sbbnya time rajin je update.. xrajin.. mmg bersawang lah blog tu..:)

    *salam kenal

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe ... blog ni update setiap hari, bila time rajin buat draf banyak-banyak atau buat auto publish, tu yang sentiasa update :p

      salam kenal :)

      Delete
  3. Replies
    1. kalau blog dah menepati syarat innity ... jangan lupa try :)

      Delete
  4. Dah dapat jawapan untuk soalan tadi.. Nampaknya innity lagi menguntungkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu innity lebih menguntungkan :)

      Delete
  5. Waaaahhh bagus bagus...

    Bila kita nk try gak ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe ... huda punya nuffnang earning dah up lom? :)

      Delete
  6. nak daftar innity pun mencabar jgk so berbaloi lah dgn pulangan tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la ... bila dah daftar pun mencabar kena maintain update setiap hari :)

      Delete
  7. Wah satu perbandingan yang menarik. Boleh cuba kedua-duanya. kalau kena pada cara pasti masyuk :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba lah apply nanti kay ... kalau rajin tingkatkan hits blog, sure masyuk :)

      Delete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...