Wednesday, October 21

Resepi Doh Kulit Pai / Pie Crust Sukatan Cawan

Salam ...

Resepi dan cara buat kulit pai atau pie crust buat semua. Bahan-bahan nak buat kulit pai lebih kurang sama ajer dengan bahan-bahan kulit tart. Cuma cara atau teknik uli doh jer lain sikit. Jom buat :)


Resepi Doh Kulit Pai Sukatan Cawan. Cara Buat Pie Crust Mudah. Kulit Pai / Pie Crust Simple Senang Sedap.
Ramas buttercup dan tepung hingga menjadi seperti serbuk roti.
Masukkan telur atau air sejuk dan uli hingga jadi doh.

Bahan-Bahan;

-  1/2 Biji Buttercup (Potong Kiub)
- 2 Cawan Tepung Gandum
- 1 Biji Telur / Air Sejuk
- 1/2 Sudu Teh Baking Powder
- Sedikit Garam / Gula

Cara-Cara;

1. Masukkan tepung gandum, baking powder, garam / gula ke dalam bekas dan gaul rata.
2. Masukkan ketulan kiub buttercup dan ramas hingga tepung menjadi seperti serbuk roti.
3. Masukkan sebiji telur atau beberapa sudu air sejuk dan uli hingga jadi doh.
4. Doh bolehlah di uli lagi untuk dimasukkan dalam acuan.

Butter atau marjerin yang digunakan mestilah sejuk baru keluar fridge dan dipotong kiub. Telur pula optional, kalau tak nak guna telur gantikan dengan beberapa sudu air sejuk. Kalau nak buat pai inti manis, masukkan gula. Kalau nak buat pai savory pula, masukkan garam kay.

Kalau korang tak ada acuan pai macam BW juga, boleh guna acuan muffin atau acuan tart mini. Kalau rajin boleh beli acuan aluminium foil khas untuk pai tu.

Resepi Doh Kulit Pai Sukatan Cawan. Cara Buat Pie Crust Mudah. Kulit Pai / Pie Crust Simple Senang Sedap.
Untuk buat pai menggunakan loyang muffin,
Leperkan doh guna roller dan tekan menggunakan gelas plastik.

Resepi Doh Kulit Pai Sukatan Cawan. Cara Buat Pie Crust Mudah. Kulit Pai / Pie Crust Simple Senang Sedap.
Pai inti prawn chips, mix vege dan telur dalam loyang muffin.

Resepi Doh Kulit Pai Sukatan Cawan. Cara Buat Pie Crust Mudah. Kulit Pai / Pie Crust Simple Senang Sedap.
Untuk buat pai menggunakan acuan tart mini,
Hanya perlu bulatkan, leperkan dan tekan menggunakan jari.

Resepi Doh Kulit Pai Sukatan Cawan. Cara Buat Pie Crust Mudah. Kulit Pai / Pie Crust Simple Senang Sedap.
Pai inti cendawan black pepper dalam acuan tart mini.
Klik Sini untuk resepi penuh.

Selamat Mencuba!

Thanks For Viewing! By: BW (Buat wanita)

24 comments:

  1. nasib baik masa tengok ni perut dah kenyang. kalau x boleh mengidam nih.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe betul tu ... kalau perut lapar tengok menu apa semua teringin kan :)

      Delete
  2. semua sedap, kalo berjiran buat muka x malu mintak sikit..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha .. kalau berjiran biasanya bila masak lebih hantar sepinggan kan kat jiran :)

      Delete
  3. Allah sedapnya .kene cari acuan ni..mmg salute rajin msk dapur ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. cari jangan tak cari ... better beli acuan tart mini, macam-macam boleh buat :)

      Delete
  4. thanks 4 sharing... sy mmg tgh berkira2 nk buat pie ;-)

    ReplyDelete
  5. berapa lama masa di ambil untuk buat ni eh Zie

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak uli doh tu sekejap ajer ... nak menekan dalam acuan kecil-kecil tu ambil masa sikit la ... pastu nak tunggu bakar lagi, lama gak la JM.

      bila dah beli oven nanti pastikan buat kek dulu tau, senang dan cepat, kacau-kacau masuk loyang bakar, siap. baru lah rasa tak penat sangat pun membaking :)

      Delete
  6. Replies
    1. kulit pai ni goreng buat karipap pun sedap juga :)

      Delete
  7. mcm2 makanan BW dh buat.. hehehe
    semua nampak sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat rumah ni ramai pemakan .. tu yang macam-macam buat tu :)

      Delete
  8. Nk tny kulit pie tu bakar dulu ke boleh bakar sekali dgn inti ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa buat pie bakar sekali dengan kulit pie ... so inti meresap sikit dalam kulit pie, moist didalam :)

      Delete
  9. Slalu beli jer. Tgok BW buat cm senang. Nk tryla buat sndri😄

    ReplyDelete
  10. Terima kasih resipinya. Saya mohon share ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama ... boleh sis, semoga bermanfaat :)

      Delete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...