Semalam dah share resepi kulit pai atau pie crust, resepi sukatan cawan, Klik Sini. Hari ni nak share resepi inti pula, resepi pai cendawan lada hitam atau mushroom black pepper pie.
resepi pai ayam cendawan pie sedap
Pai cendawan lada hitam saiz mini :) |
Resepi dibawah ni resepi inti sahaja kay. Untik resepi penuh kulit pai Klik Sini.
resepi pai ayam cendawan pie sedap
Bahan-Bahan:
resepi pai ayam cendawan pie sedap
- 1 Tin Cendawan Butang (Didadu)
- Isi Ayam / Chicken Ball (Didadu)
- 1 Biji Lobak Merah (Disagat)
- 1/2 Biji Bawang Holland (Dicincang)
- 1 Ulas Bawang Putih (Dicincang)
- 1 Biji Bawang Kecil (Dicincang)
- 3 Sudu Besar Minyak Masak
- 3 Sudu Besar Sos Lada Hitam
- 3 Sudu Besar Kicap Manis
- 1 Keping Cheese Cheddar
- Serbuk Lada Hitam
- 3 Sudu Besar Air
- Garam Secukupnya
resepi pai ayam cendawan pie sedap
Cara-Cara;
resepi pai ayam cendawan pie sedap
1. Panaskan minyak masak dan tumis bawang kecil, putih dan holland hingga wangi.
2. Masukkan lobak merah yang telah disagat dan tumis hingga lobak jadi lembut.
3. Masukkan isi ayam / bebola ayam dan cendawan butang, gaul dan masak lagi.
4. Masukkan kicap, sedikit serbuk dan sos lada hitam kemudian kacau rata.
5. Panaskan sedikit air dan cairkan kepingan cheese cheddar dalam periuk lain.
6. Masukkan cairan cheese dan garam secukup rasa dan gaul hingga sebati.
7. Masak hingga pekat dan tutup api kemudian biarkan sejuk.
resepi pai ayam cendawan pie sedap
Cendawan ditumis seketika sebelum dimasukkan lada hitam dan kicap. Masukkan cairan cheese last sekali dan kacau hingga sebati. |
Untuk Penyediaan Pai; Sediakan doh kulit pai, Klik Sini, uli dan masukkan dalam acuan pai. Doh kulit pai perlulah sedikit tebal dan tidak perlu dilubangkan seperti kulit tart. Masukkan inti hingga penuh dan tutup dengan doh yang telah dileperkan. Lubang-lubangkan menggunakan garpu dan sapukan telur diatasnya. Bakar pada suhu 180 celcius selama 30-40 minit, sehingga pai berwarna golden brown dan nampak garing.
resepi pai ayam cendawan pie sedap
Doh diuli dan ditekan kedalam acuan. Doh kulit pai perlu tebal sedikit berbanding kulit tart dan tidak perlu dilubangkan. |
Masukkan inti cendawan black pepper hingga penuh. |
Leperkan doh dan letakkan atas acuan untuk tutup pai tu. |
Lubangkan kulit pai diatas menggunakan garpu dan sapukan telur. |
Bakar sehingga golden brown dan nampak garing. |
Encik suami lebih suka karipap berbanding pai. Bila tanya anak-anak, semua kata sedapnya pai dan suka pai. Inti yang lebih tu BW buat karipap esoknya. Then BW tanya semula, mana lagi sedap, karipap ke pai? Masing-masing jawab karipap. Nampak sangat kemelayuan tekak tu kan ;)
resepi pai ayam cendawan pie sedap
Selamat Mencuba!
resepi pai ayam cendawan pie sedap
Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)
resepi pai ayam cendawan pie sedap
nice sharing
ReplyDeleteAlahai comel sangat...rajin nyer...
ReplyDeletecomel kan letak dalam acuan tart mini :)
Deletesedappp nya pie lama gk kaknoor tk buat
ReplyDeletekak noor mesti dah expert kan ... sy sejak ada loyang muffin dengan acuan tart mini ni baru la buat pai :)
DeleteSaya lebih suka kedua-duanya..susah nak pilih yang mana satu lebih sedap
ReplyDeletekannn dua-dua pun sedap ... karipap dan pai :)
Deletesedapnyaa... rajin la BW..")
ReplyDeleterajin makan rajin la membuanya hehe :)
DeleteWaaaa sedap dap dap.... nyum nyum.
ReplyDeletehehe nyum nyum~ :)
Deletekih kih kih karipap tetap di hati iyeee
ReplyDeletetu la pasal ... penat ibu dia buat pie, western la konon ... tapi tetap suka karipap :)
Deletebahagianyalah klu saya jadi anak zie ... mcm2 resepi ada . tak jemu ...
ReplyDeleteanak buah vee pun apa kurangnya ... bahagia dapat mak usu rajin masak macam vee :)
DeleteNampak sedap tu.. ;)
ReplyDeleteyummy~ :)
Deletememang nampak sedap.. hehee
ReplyDeletejemput tengok nina :)
DeleteTerima kasih resepinya... Moga Allah limpahkan rezeki puan sekeluarga..hari ni saya jumpa resepi ni 🤲
ReplyDelete