Thursday, October 1

Resepi Mudah Sup Lala Tidak Hanyir

Salam ...

Sape kat sini suka makan lala? BW dan anak-anak memang suka makan lala ni. Biasanya memamg masak sup aje. Kadang-kadang masak pedas. Jom masak sup lala yang tak hanyir, sedap hirup macam tu aje :)
Cara masak sup lala sedap
Resepi Mudah Sup Lala Sedap. Cara Senang Masak Lala Panas
Sup lala yang tidak ditumis bawangnya, campak ajer :)
Cara masak sup lala sedap
Actually nak masak lala ni leceh bila time cuci. Kena pilih satu-satu kay, sebab banyak lala yang ada tanah hitam ajer dalamnya. Dan untuk menghilangkan hanyir pula, rebus dulu seround lala yang telah dicuci bersih, kemudian toskan, barulah boleh dimasak.
Cara masak sup lala sedap
Bahan-Bahan;
Cara masak sup lala sedap
- 1 Kg Lala
- 1 Batang Serai (Diketuk)
- 1 Helai Daun Kunyit (Dihiris)
- 2 Ulas Bawang Putih (Ditumbuk)
- 2 Biji Bawang Kecil (Ditumbuk)
- Sehiris Halia
- 1 Sudu Minyak Masak
- Air Secukupnya
- Garam Secukup Rasa
Cara masak sup lala sedap
Cara-Cara;
Cara masak sup lala sedap
1. Panaskan minyak dan tumis bawang kecil, bawang putih dan halia sehingga naik bau.
2. Masukkan serai yang diketuk serta lala yang telah direbus dan ditos kedalamnya.
3. Masukkan air secukupnya, garam secukup rasa dan hirisan daun kunyit, kacau rata.
4. Masak hingga mendidih.
Cara masak sup lala sedap
Boleh juga rebus semuanya tanpa perlu menumis.
Cara masak sup lala sedap
Resepi Mudah Sup Lala Sedap. Cara Senang Masak Lala Panas
Yang ni pula sup lala yang ditumis bawangnya, sedikit berminyak.
Cara masak sup lala sedap
Selamat Mencuba!
Cara masak sup lala sedap
Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)
Cara masak sup lala sedap

12 comments:

  1. serai tu buat lala x bau ye?

    ena tag BW kat sini http://www.aeinnamusa.com/2015/10/fuyooo-giveaway-by-mama-darwiish.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. yups, serai bantu hilangkan bau juga ... yang penting kena rebus dulu seround dan tos sebelum masak sup :)

      Delete
  2. Dah lama tak makan lala... Rasa lebih 5 tahun dah ^-^

    ReplyDelete
    Replies
    1. uish lama tu ... diri sendiri kalau tak dapat lala 5 tahun, mau ngidam aje sentiasa :)

      Delete
  3. Kalau kerana pun boleh guna cara ni juga kan?

    ReplyDelete
  4. bab nk cuci tu yg malas.. xpenah lg makan lala bersup :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu ... leceh sikit kena pilih satu-satu :)

      Delete
  5. boleh x eh waktu kita rebus lala tu kita halia utk hilangkan bau hanyir tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang letak halia pun JM, tapi rebusan pertama memang kena buang sebab hanyir ... unless kalau kita beli direct tepi laut gerenti fresh, boleh terus masak sup :)

      Delete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...