Tuesday, November 3

Resepi Mudah Nasi Daging Dan Daging Berempah

Salam ...

Untuk penggemar daging macam encik suami dirumah ni, boleh la masak nasi daging dan lauk daging berempah yang simple ni, mudah sangat boleh masak selalu :)
nasi daging berempah simple sedap
Resepi Mudah Nasi Daging Berempah Simple. Cara Masak Nasi Daging Special. Resepi Daging Berempah Simple Sedap Senang.
Nasi daging dengan lauk daging berempah dan kubis goreng.
nasi daging berempah simple sedap
Resepi nasi daging diambil dari Resepi Asas Nasi Special Simple, Klik Sini. Hanya perlu tambah sedikit hirisan daging dan air rebusan daging. Memang mudah nak masak nasi daging dan lauk daging berempah ni. Nasi dikacau dan dibiarkan masak dalam rice cooker. Lauk daging dikacau dan dibiarkan masak dalam pressure cooker. Antara menu yang kerap BW masak sebab senang ;)
nasi daging berempah simple sedap
Bahan-Bahan (Nasi Daging);
nasi daging berempah simple sedap
- 2 Cawan Beras
- 3 3/4 Cawan Air Rebusan Daging
- 3/4 Cawan Hirisan Daging
- 1 Sudu Minyak Masak
- 1 Ulas Bawang Putih (Dihiris)
- 1 Biji Bawang Kecil (Dihiris)
- 1 Hiris Halia
- Sedikit Rempah 4 Sekawan
- Garam Secukup Rasa
- 2 Helai Daun Pandan
nasi daging berempah simple sedap
Cara-Cara (Nasi Daging);
nasi daging berempah simple sedap
1. Panaskan minyak masak kemudian  tumis bawang, halia dan rempah 4 sekawan.
2. Masukkan hirisan daging dan kacau rata sehingga daging separa masak.
3. Masukkan beras, air rebusan daging, garam, daging dan bahan tumis dalam rice cooker.
4. Basuh bersih daun pandan, masukkan dalam rice cooker juga.
5. Kacau rata semua, on rice cooker dan biarkan masak
nasi daging berempah simple sedap
Resepi Mudah Nasi Daging Berempah Simple. Cara Masak Nasi Daging Special. Resepi Daging Berempah Simple Sedap Senang.
Nasi daging feveret encik suami ;)
nasi daging berempah simple sedap
Bahan-Bahan (Daging Berempah);
nasi daging berempah simple sedap
- 1/2 Kg Daging (Dihiris)
- 1 Sudu Minyak Masak
- 2 Ulas Bawang Putih (Dihiris)
- 2 Biji Bawang Kecil (Dihiris)
- Sedikit Rempah 4 Sekawan
- 3 Sudu Besar Sos Cili
- 3 Sudu Besar Kicap
- 3 Sudu Besar Rempah Kari
- Garam Secukup Rasa
- Sedikit Daun Kari
nasi daging berempah simple sedap
Cara-Cara (Daging Berempah);
nasi daging berempah simple sedap
1. Tumis bawang, halia, daun kari dan rempah 4 sekawan hingga wangi.
2. Masukkan daging yang dihiris dan dicuci bersih kedalam pressure cooker.
3. Masukkan sos cili, kicap dan serbuk kari kedalam pressure cooker.
4. Masukkan bahan tumis dan garam pula kedalam pressure cooker.
5. Kacau rata semua, masak di atas api sederhana selama 30 minit.
6. Biarkan dia menyejuk selama 30 minit dalam pressure cooker.
7. Hidangkan bersama nasi daging.
nasi daging berempah simple sedap
Resepi Mudah Nasi Daging Berempah Simple. Cara Masak Nasi Daging Special. Resepi Daging Berempah Simple Sedap Senang.
Zoom sikit. Anak-anak pun sama macam ayahnya, suka daging ;)
nasi daging berempah simple sedap
Untuk sayur pula sesuai dimakan dengan kubis goreng atau carrot goreng. Sesuai juga dimakan bersama acar timun nenas. Makan dengan ulam-ulaman dan timun sahaja pun ok.
nasi daging berempah simple sedap
Selamat Mencuba!
nasi daging berempah simple sedap
Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)
nasi daging berempah simple sedap

28 comments:

  1. sedapnya..tak pernah mkn nasi daging lg

    ReplyDelete
  2. semua jenis daging boleh ke? or lembu shj?

    ReplyDelete
  3. TQ sharing resepi sis..
    hubby sy pun penggemar daging... nak cuba masakkan nasi daging ni jugak :)

    ReplyDelete
  4. sedapnya kak zie oiiii..
    hehehe...

    xpernah buat..x pernah cuba lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. cubalah nanti ... resepi nasi daging ni tanpa santan atau susu, so boleh makan selalu :)

      Delete
  5. Replies
    1. acar nenas lagi sedap kan ... kalau ada nenas sure buat acar nenas :)

      Delete
  6. Haaaa yang ni i loike...

    Haha... tgh lapar ni... tp dh kol 1130mlm...

    Cari nahas lh kalo cari nasik skrg...

    Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1130 malam memang time lapar ... jangan huda jangan cari nasi, nanti bambam nanti :)

      Delete
  7. Sedapnya tak pernah makan nasi daging

    ReplyDelete
  8. baru lepas makan briyani kambing.. hehehe. daging tu mesti boleh guna daging apa2 je kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedapnya briyani kan ... daging tu boleh guna kambing juga kalau suka :)

      Delete
  9. kalau guna pressure cooker mudah dan cepat sbb daging cepat empuk kalau guna dapur gas biasa...bercinta lah tunggu kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu JM ... memang sesiapa yang suka masak daging, wajib ada pressure cooker, memang cepat dan memudahkan :)

      Delete
  10. jgn kata en suami je suka...JM yg tengok ni pun dah terliur ni

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...