Monday, December 14

Percubaan Buat Roti Loaf Guna Tepung Gandum

Salam ...

Hari ni nak mencuba buat roti loaf a.k.a roti potong, hanya menggunakan tepung gandum sahaja. BW dah pusing merata kat supermarket tak pernah terserempak dengan tepung roti / tepung high protein. So, macam biasalah, guna tepung gandum ajer.

Percubaan Buat Roti Loaf Guna Tepung Gandum. Jadi Ke Tidak. Resepi Asas Doh Roti. Cara Buat Roti Loaf Guna Tepung Gandum
Tepung loaf bentuk bulat, ikut suka ajer kan :p

BW plan nak beli acuan roti lah. So, sebelum beli tu test dulu buat roti loaf. Yang ada kat rumah ni tepung gandum ajer, so cuba buat roti guna roti gandum ajer lah kan. Nak tengok jadi ke tidak.

Sebelum ni banyak kali dah meroti. tapi biasanya buat roti bun lah, roti ditambah serbuk coklat lah, roti goreng lah. Roti loaf tak pernah buat langsung. So, moh kita test sebelum beli loyang roti, sat lagi tak guna pula loyang tu kan kalau tak jadi.

Percubaan Buat Roti Loaf Guna Tepung Gandum. Jadi Ke Tidak. Resepi Asas Doh Roti. Cara Buat Roti Loaf Guna Tepung Gandum
Sebelum dan selepas dibakar.

Untuk resepi loti loaf ni, BW guna resepi yang biasanya diguna lah, resepi asas doh roti, Klik Sini. Memang buat plain punya, sekadar yis dan tepung sahaja. Ditambah sedikit bread improver dan doh softener untuk melembutkannya.

BW pun test buat dengan cara paling malas. Uli doh kemudian terus masukkan dalam loyang. Biarkannya kembang berganda terus bakar. Sepatutnya teknik buat roti, bila dah kembang tu kena buang anginnya uli lagi then baru masukkan dalam loyangkan. Ni nak test buat dengan cara cepat :)

Percubaan Buat Roti Loaf Guna Tepung Gandum. Jadi Ke Tidak. Resepi Asas Doh Roti. Cara Buat Roti Loaf Guna Tepung Gandum
"Besarnya roti ni ibu, roti arab ke?" Kata my dotter :)

Percubaan Buat Roti Loaf Guna Tepung Gandum. Jadi Ke Tidak. Resepi Asas Doh Roti. Cara Buat Roti Loaf Guna Tepung Gandum
Roti loaf guna tepung gandum, padatlah dalam dia.

Ok lah bila dah masak tu, agak lembutlah bahagian dalamnya, luar sedikit keraslah. Yang tak best tu bahagian dalam roti terlampau padat. Memang tepung gandum tak sesuai dibuat roti loaf la kot.

Bila dipotong, sapu dengan jem atau butter, rasanya tak sedap pun. Tapi cicah milo ke horlick ke sedap lah. Anak-anak yang perhabiskan roti ni. Nasib habis, kalau tak bazir jer :p

So, cancel la niat nak beli loyang roti. Maybe nanti kalau dah terjumpa tepung berprotin tinggi, boleh lah cuba lagi buat roti loaf ni. Sesiapa yang pernah beli tepung roti / tepung berprotin tinggi, cer korang komen kat mana korang beli tepung tu :)

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

28 comments:

  1. kena cari tepung tu dekat kedai yg jual alat2 baking kot rasanya pasti ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah cari kat kedai bahan bakeri kat my rumah, tak ada. maybe kat kedai bahan bakeri yang besar-besar kot. nanti nak try cari kedai lain :)

      Delete
  2. roti tu cicah kopi o panas..sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kita yang makan cicah kopi la kan kak yon :)

      Delete
  3. Ini kes sebab tak cucuk dulu kot ?

    Jumlah Yis cukup ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. cucuk lidi tu kalau buat kek, nak tahu dah masak ke tidak.

      cukup jumlah yisnya, memang selalu buat roti, cuma tepung gandum tak sesuai buat roti jenis loaf kot :)

      Delete
  4. rajinnyerr., nmpk sedap loaf tuuuuh., ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. nampak jer sedap wak, tapi padat, kureng jer rasa dia :)

      Delete
  5. Replies
    1. tu bukan gebus gebas, tu padat kembang semangkuk :p

      Delete
  6. dah berjaya kembangkan roti pun satu kejayaan

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu ... nak menguli doh tu dah satu hal :p

      Delete
  7. Mcm kek ada.. mcm roti boy pun ada...

    Terbaekkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. roti boy comel gebu jer huda ... ni kembang padat semangkuk :p

      Delete
  8. Haha.. betul lh kan... tpg gandum kan kita guna buat kek.

    Eh tp buat roti guna tephng apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau roti bun ke, roti yang saiz kecil-kecil, sesuai juga lah guna tepung gandum, roti loaf ni tak sesuai langsung :p

      buat roti guna tepung high protein, tapi tak pernah jumpa lagi ni

      Delete
  9. di kedai jual brg kek ada jual BW.. hehehe
    boleh la cari lepas ni sbb tepungnya tak sama dgn gandum

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ok, lepas ni nak cari lah bila ke kedai barang kek ... memang rasa roti tepung gandum ni lain lah :)

      Delete
  10. tak pernah buat roti sendiri.. tak pasti mana nak beli.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau sorang yang nak makan, macam letih ajer nak buat roti sendiri ni aiza :)

      Delete
  11. ingatkan tepung gandum tu sama dengan berprotein tinggi tu.. lain rupanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lain lah kot aiza ... saya pun tak pernah beli lagi ni :)

      Delete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...