Thursday, January 28

Cara Buat Homemade Serbuk Lada Hitam Sedap

Salam ...

Siapa kat sini suka kisar serbuk lada hitam / blackpepper powder sendiri? Memang terbaiklah rasa serbuk lada hitam yang dikisar sendiri berbanding beli dalam botol yang siap tu kan.

Cara Buat Homemade Serbuk Lada Hitam Sedap. Cara Buat Homemade Blackpepper Powder Sedap. Cara Black Pepper Powder / Serbuk Lada Hitam Dikisar Sendiri Dirumah.
Homemade serbuk lada hitam memang kick ;)

Actually sebelum ni BW beli jer yang dah siap, macam tak rajin sangat nak proses sendiri. Tapi disebabkan tukang masak bujang fendi dari rancangan dapur bujang, channel hypp inspirasi  ada beritahu, serbuk lada yang yang beli dikedai tu ada antaranya ditambah dengan tepung. Tu yang terasa nak kisar sendiri tu :)

Memang lainlah rasa serbuk lada hitam yang dikisar sendiri. Baunya lebih wangi dan rasanya lebih kick lah, memang terasa sangat pure lada hitam. Tapi yang BW buat ni ditambah sedikit perasa, nak bagi rasa sedap seperti lada hitam aji shio juga :)

Yang penting dalam nak hasilkan serbuk lada hitam yang sedap, kita haruslah pilih biji lada hitam yang cantik. Pilihlah biji lada hitam dalam pack yang ada brand berbanding biji lada hitam timbang tu yer. Untuk sebotol kecil serbuk lada hitam, perlukan satu pack kecil biji lada hitam.

Bahan-Bahan;

- 50 Gram Biji Lada Hitam
- 1 Sudu Gula Perang
- 1/2 Sudu Serbuk Perasa
- Secubit Garam

Cara-Cara;

1. Kisar semuanya sedikit demi sedikit sehingga hancur dan halus.
2. Masukkan kedalam botol kecil atau botol lada hitam yang telah habis.

Untuk serbuk perasa, boleh gunakan apa sahaja brand yang korang suka. Macam BW gunakan meggi cukup rasa. Memang tak elok pun penggunaan bahan perasa yang mengandungi MSG kan, cuma sekali sekala, kuantiti pun sedikit sahaja, apa salahnya :p

Cara Buat Homemade Serbuk Lada Hitam Sedap. Cara Buat Homemade Blackpepper Powder Sedap. Cara Black Pepper Powder / Serbuk Lada Hitam Dikisar Sendiri Dirumah.
Kisar sehingga betul-betul hancur.

Selamat Mencuba!

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

15 comments:

  1. Lebih jimat buat sendiri. Kalo kat pasaran mahal ni sebotol kecil je harga bermula dr rm7++

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu sue ... tak sangka bila blend dapat sebotol, memang jimat, sedap pula tu. pasni tak beli dah, blend sendiri ajer :)

      Delete
  2. Assalamualaikum tuan rumah...still remember me? lama betul tak singgah sini..byk story JM terlepas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam ... mestilah ingat JM oii ;) ... JM busy travel semenjak dua menjak ni kan :)

      Delete
  3. di tambah tepung? x kick lah...JM pun malas nk kisar..beli je yg ready made tu...skrg ni masak kurang guna lada hitam..biasa guna lada sulah..kalau nk guna pun terus tumbuk je

    ReplyDelete
    Replies
    1. katanyalah ... patutlah kadang-kadang beli serbuk lada hitam dalam botol ada yang tak sedap.

      wahhh JM lagi rajin, kalau nak guna terus tumbuk, sure sedap

      Delete
  4. letak gula perang? mcm sedap je kalau mkn ngan nasi panas..ehh..penah di buat org tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha JM lah tu yang makan serbuk lada hitam dengan nasi panas :p

      tapi encik suami kat rumah ni pernah cakap makan nasi panas dengan serbuk lada hitam dan ikan masin, sedap katanya. saya tak pernah lak makan macam tu :p

      Delete
  5. salams jumaat, boleh cuba:) tq share info

    ReplyDelete
  6. guna juga yg dh siap.. hehe
    MSG pakai sikit kalau mkn kt kedai memang banyaklah masuk badan

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sangat ... kalau kat kedai memang banyak lah moto moto msg masuk dalam badan kita kan :)

      Delete
    2. sbb dh masuk byk kena makan supplement utk buang tu semua. hehehe

      Delete
    3. hehe ... tu pasal kena minum air detox bagai kan :)

      Delete
  7. Nak buat perasa bbq..macamana ye?

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...