Wednesday, January 27

Resepi Mudah Rendang Kerang Dan Pulut Kuning

Salam ...

Kepada penggemar kerang, moh kita masak rendang kerang dan pulut kuning. Rendang kerang dan pulut kuning memang kombinasi yang match :)

Resepi Mudah Rendang Kerang Dan Pulut Kuning. Cara Masak Pulut Kuning. Cara Masak Rendang Kerang. Rendang Kerang Sedap Simple Senang
Rendang kerang sedap dimakan bersama pulut kuning.

Bahan-bahan, kuantiti dan cara masak pulut kuning sama seperti resepi pulut serawa durian, Klik Sini. Cuma disebabkan namanya pulut kuning, warnanya haruslah kuning kan, so just tambah serbuk kunyit sahaja. Kalau korang nak tambahkan pewarna kuning pun boleh juga, ikut suka :)

Bahan-Bahan (Pulut Kuning);

- 1 Cawan Pulut
- 13/4 Cawan Santan
- Sedikit Serbuk Kunyit
- Sedikit Garam
- Daun Pandan

Cara-Cara (Pulut Kuning);

1. Pastikan pulut telah dibersihkan dan ditos airnya.
2. Masukkan semua bahan dalam rice cooker, kacau rata.
3. On rice cooker dan biarkannya masak sendiri.
4. Hidangkan bila pulut sudah sejuk.

Resepi Mudah Rendang Kerang Dan Pulut Kuning. Cara Masak Pulut Kuning. Cara Masak Rendang Kerang. Rendang Kerang Sedap Simple Senang
Masukkan kerang dan masak sehingga pekat.

Manakala untuk masak rendang kerang, resepinya sama seperti rendang daging yang BW pernah share sebelum ini, Klik Sini. Cuma kali ini, daging digantikan dengan kerang, ditambah pula dengan asam keping dan tidak menggunakan kerisik.

Bahan-Bahan (Rendang Kerang);

- 1 kg Kerang (Dibuang Kulit)
- 1 Cawan Santan Pekat
- 1 Keping Asam Kering
- 3 Sudu Besar Serbuk Kari
- Sedikit Rempah 4 Sekawan
- 1/2 Cawan Minyak Masak
- 5 Helai Daun Limau Purut
- 1 helai Daun Kunyit (Dihiris)

Bahan Kisar (Rendang Kerang);

- 10 Batang Cili Kering
- 3 Biji Bawang Besar
- 3 Biji Bawang Kecil
- 3 Ulas Bawang Putih
- 3 Batang Serai (Diracik)
- 3 Sudu Besar Jintan Manis
- Sehiris Halia
- Sehiris Lengkuas

Cara-Cara (Rendang Kerang);

1. Panaskan minyak dan tumis rempah empat sekawan sehingga keluar bau wangi.
2. Masukkan semua bahan kisar, asam keping, gula perang, serbuk kari dan daun limau purut.
3. Masukkan kerang dan masak sehingga kuah menjadi pekat. Jangan lupa gaul sekali sekala.
4. Masukkan santan pekat, garam dan hirisan daun kunyit. Masak lagi seketika dan tutup api.
5. Hidangkan bersama pulut kuning yang telah dimasak tadi.

Resepi Mudah Rendang Kerang Dan Pulut Kuning. Cara Masak Pulut Kuning. Cara Masak Rendang Kerang. Rendang Kerang Sedap Simple Senang
Rendang kerang ferevet encik suami ;)

Resepi Mudah Rendang Kerang Dan Pulut Kuning. Cara Masak Pulut Kuning. Cara Masak Rendang Kerang. Rendang Kerang Sedap Simple Senang
Sedap juga dimakan bersama nasi lemak dan nasi serai.

Rendang kerang ni selain sedap dimakan bersama pulut kuning, ianya juga sedap dimakan bersama nasi serai dan nasi lemak. Klik Sini untuk resepi nasi serai dan Klik Sini untuk resepi nasi lemak.

Selamat Mencuba!

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

8 comments:

  1. pulut,... sue tak berapa pandai masak, hehe

    makan je pandai ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe ... masak guna rice cooker jer sue senang, bila dah masak, biarkan sejuk dalam sejam dah boleh makan :)

      Delete
  2. rendang kerang!!! part yg paling JM malas adalah semasa nk kopek kerang tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang leceh kalau nak kopek ... nak senang, beli yang dah siap kopek ;)

      Delete
  3. tak pernah makan lg BW..hehe
    selalu raya makan daging dgn ayam jelah. tak pakai kerisik pon sedap. wahh

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti boleh cuba nina ... encik suami ni ha suka rendang kerang. kalau saya suka rendang daging :)

      Delete
    2. daging lebih sedap ! hehehe
      raya pun lambat lg :)

      Delete
    3. samalah kita, saya pun suka rendang daging ... tapi encik suami suka rendang kerang :)

      Delete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...