Sunday, February 28

Percubaan Pertama Buat Kuih Serabai Lempeng Nasi

Salam ...

Siapa kat sini tak pernah tahu tentang kewujudan kuih serabai? BW pun first time tahu pasal kuih serabai ni time tengok rancangan makan-makan di TV. Teringin nak merasa tapi tak tahu nak beli kat mana, so buat sendiri ajer lah :)

Kuih serabai bersaiz lempeng. Jadilah lempeng nasi :)

Antara bahan yang disebutkan oleh makcik pembuat kuih serabai dalam TV ialah nasi, tepung beras, yis, santan dan gula. BW pun buat ikut sukatan sendiri ajer. So, resepi kuih serabai ni di upload lebih kepada simpanan sendiri manalah tahu next time nak buat lagi :)

Bahan-Bahan;

- 1 Cawan Nasi
- 2 Cawan Tepung Beras
- 1/2 Sudu Teh Yis
- 1 Cawan Santan
- 2 Sudu Gula
- Secubit Garam
- Air Secukupnya.

Cara-Cara;

1. Blend nasi bersama santan dan masukkan kedalam bekas.
2. Masukkan tepung beras, yis, gula dan garam kemudian kacau rata.
3. Masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau sebati.
4. Kacau hingga menjadi seperti adunan lempeng.
5. Biarkannya selama sejam / sehingga yis berbuih.
6. Bakar pada kuali non stick.

Actually kan kuih serabai ni ada kuali khas dia, so saiz kuih serabai ni comel ajerlah kat TV tu. Tapi BW guna jerlah kuali yang ada kat rumah. Tu pasal dah jadi lempeng nasi namanya, sebab besar macam lempeng kan :)

Adunan kuih serabai ni kepekatannya sama seperti adunan lempeng.

Bila dan kering bahagian atas, dah masak lah ni sebenarnya.

Kalau sukakan yang garing atas bawah, terbalikkan dan bakar lagi.

Kuih serabai sepatutnya dimakan dengan kuah santan ataupun kaya cair ataupun serawa durian. Tapi disebabkan ini adalah percubaan pertama,buat pun sekadar nak merasa ajer, so kami cicah dengan krimer pekat manis ajer :)

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

8 comments:

  1. yang ni feveret sue, suka makan dgn kuah durian. tapi nak buat dia susah la kena guna nasi, huhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap kalau dapat makan dengan kuah durian kan yummy :)~

      Delete
  2. pandainya buat kuih..mesti sedap ni..tak pernah try lg serabai ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. first time buat ni. sebab teringin bila nampak kat TV. selama ni tak tahu pun kewujudan kuih ni :)

      Delete
  3. lama xmakan memang sedap makan panas2

    ReplyDelete
  4. dpt serawa durian tu yg plg best warrghhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang terangkatlah kalau makan dengan serawa durian .. superb :)

      Delete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...