Monday, February 22

Tips Dan Petua Nak Dapat Anak Kembar Seiras

Salam ...

Ini bukanlah tips dan petua bedasarkan pengalaman yer. Sekadar simpanan untuk diri sendiri sebab teringin nak merasa mengandung dan membesarkan anak kembar walaupun tak ada genetik kembar :p

Tips Nak Dapat Anak Kembar Seiras Jika Tiada Genetik Kembar. Tips Nak Hamil / Mengandung Anak Kembar Petua Nak Dapat Anak Kembar Seiras Dan Bukan Seiras.
Yang ni kembar lain tahun namanya ;)

Sebelum ni pernah lah share teringin nak anak kembar, Klik Sini. Kali ni nak simpan tips dan petua nak dapatkan anak kembar. Diambil dari FB Persatuan Ibu-Ibu Comel Mengandung. Credit buat mereka.

Antara Tips Dan Petua Nak Dapat Anak Kembar.

1. GENETIK.

Jika dalam salasilah keluarga anda terdapat pasangan yang mempunyai anak kembar, kemungkinan besar anda juga mampu mendapat anak kembar. Ini kerana trait sedemikian mungkin telah diturunkan pada diri anda. Trait yang dimaksudkan ialah penghasilan dua ovum secara serentak dalam satu masa.

2. UMUR.

Perempuan yang berumur 35- 40-an dan ke atas, mempunyai potensi yang lebih besar untuk mendapat anak kembar. Pada ketika ini, kebanyakan wanita akan mengambil rawatan untuk kesuburan. Tambahan pula, mereka akan lebih cenderung untuk menghasilkan lebih dari satu ovum semasa proses ovulasi, kerana proses tersebut telah terganggu oleh proses perimenopause.

3. BILANGAN ANAK.

Lagi banyak bilangan seseorang individu pernah melahirkan anak, lagi tinggi peluang beliau untuk melahirkan anak kembar selepas itu.

4. BERAT dan KETINGGIAN.

Perempuan yang tinggi atau perempuan yang lebih berat mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk mendapat anak kembar.

5. DIET.

Pengambilan makanan tertentu yang mengandungi kandungan estrogen yang tinggi mampu meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar.

6. PENGAMBILAN FERTILITY DRUG.

Pengambilan ubat kesuburan boleh meningkatkan kebarangkalian seseorang untuk menghasilkan dua ovum dalam satu proses ovulasi, sekaligus meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar.

Nanti bila nak mengandung lagi, BW nak cuba tips-tips ni, kecuali tips nombor satu. Manalah tahu dapat anak kembar kan. Belum cuba belum tahu kan, verangan tak sudah ;)

Lagi best kalau dapat anak kembar seiras. Tapi agak susah lah kan, sebab kalau tak silaplah, kembar seiras ni, satu ovum dengan dua sperm yang lekat serentak. Kalau dua ovum ni, belum tentu kembar seiras. Tu BW punya pemahamanlah. Seiras ke tidak, asal kembar memang best lah :)

Bagi yang masih single dan teringin nak anak kembar, bolehlah cari pasangan yang ada genetik kembar. Start dengan tips nombor satu. Lagi tinggi kebarangkalian nak dapat anak kembar kan.

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

8 comments:

  1. teringin nak anak kembar, tapi takut tak mampu nak jaga nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun tak tahulah mampu ke tidak ni, tapi teringin nak anak kembar ;)

      Delete
  2. Seronok tengok mereka yang kembar seiras macam Ra Yul dan Ra Hui dalam Oh my baby tu.
    Mrs. A dah tutup kilang hiks!

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok kan tengok baby kembar seiras, sampai rasa teringin nak anak kembar :)

      bestnya mrs. A dah tutup kilang. saya lama lagi nak tutup :)

      Delete
  3. atok ada kembar seiras tp mak lahir anak tak kembar pon. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. atok nina kembar? bestnya ... possibility nina dapat anak kembar tinggi lah kot ... sepupu nina mesti ada yang kembar kan :)

      Delete
    2. Ha'ahh.. sepupu mak ada kembar. nina takde :)
      hehehe

      Delete
    3. syok lah ... so possibility nina nak dapat kembar tinggi berbanding kami yang tak ada gen kembar langsung ni :)

      Delete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...