Tuesday, March 15

Resepi Lamb Chop / Steak Kambing Sos Cendawan

Salam ...

Hari ni nak share resepi lamb chop / lamb steak feveret encik suami. Apa beza lamb chop dengan lamb steak? Bagi BW yang tak arif bab daging ni, sama ajerlah, dua-dua pun kambing yang dibakar ;)

Lamb chop / lamb steak dengan sos cendawan.

Semalam dah share resepi brawn sauce yang diolah menjadi sos cendawan, Klik Sini. Resepi tu BW follow rancangan Dapur Bujang Western channel HyppInspirasi. So, tak perlu dah kot nak type kat sini lagi. Korang boleh Klik Sini untuk resepi penuh mushroom sauce yang sangat simple dan senang menggunakan kombinasi sos-sos dipasaran sahaja :)

Daging kambing yang telah diperap, dibakar diatas pan.

So, jom kita sediakan daging kambing pula. Hanya perlu perap sekurang-kurangnya setengah jam ataupun perap semalaman kemudian bakar. Mudah sangat :)

Bahan-Bahan (Lamb);

- Mutton Shoulder Slices
- Sedikit Garam
- Sedikit Black Pepper
- Sedikit Mix Herbs
- Sedikit Minyak Masak

Cara-Cara (Lamb);

1. Perap kamping dengan semua bahan selama 30 minit atau semalaman.
2. Grill atas non stick pan sehingga masak kedua-dua bahagian.
3. Hidangkan bersama spaghetti, salad dan sos cendawan.

Hidangkan bersama spaghetti dan salad.

Untuk spaghetti pula, BW just goreng spaghetti ala-ala spaghetti aglio olio tu, tapi tak letak pun seafood bagai, just spaghetti kosong ajer. Walaupun simple tapi mengenyangkan :)

Tuangkan mushroom sauce diatasnya.

Untuk side dishes tu, boleh letak apa sahaja yang korang suka ataupun letak apa sahaja yang ada di dapur, sendiri punya menu, ikut suka lah kan. Nak makan begitu sahaja pun ok juga :)

Kalau korang tak berapa suka makan kambing, boleh lah cuba Chicken Chop, Klik Sini dan Chicken Grill, Klik Sini.  

Selamat Mencuba!

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

26 comments:

  1. Replies
    1. huda pun suka daging kambing yer ... jemput tengok ;)

      Delete
  2. menu ni feveret hubby juga. sue tak leh nak telan daging kambing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah kita sue ... saya pun tak suka daging kambing, tapi boleh lah telan sikit :)

      Delete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  4. Sedapnyaaaaa ... Boleh try nie, tq share resepi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. try lah ... bahan-bahan pun simple ajer :)

      Delete
  5. Tensen masak daging kambing nie , selalu jadi macam tak cukup masak .

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah kan ... api kena perlahan jer

      Delete
  6. saya klu dpt daging korban , memang buat steak ... fresh gitu .

    ReplyDelete
    Replies
    1. daging korban memang terbaiklah ... segar dari ladang :)

      Delete
  7. perghhh lamb chop....kegemaran ...boleh cuba nanti...terima kasih berkongsi

    ReplyDelete
  8. sedapnyaaaaa alahaiiiiiiiiiiiiiiii

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...