Wednesday, March 2

Resepi Roti Bun Pedas. Roti Bun Sambal Bilis

Salam ...

Moh kita meroti lagi. Mood meroti sentiasa ada sebab banyak stok yis didapur. Lagipun setakat nak buat roti makan sendiri, tak la susah mana, uli ikut suka ajer :)

Roti bun dengan inti sambal ikan bilis.

Untuk inti sambal ikan bilis, BW hanya gunakan baki sambal yang ada di fridge. Yang ada hanyalah sambalnya, ikan bilis dah habis. Masih ada rasa bilis dalam sambal tu, so boleh jugalah kan letak nama resepi roti bun sambal bilis :)

Seperti biasa, adunan doh BW gunakan sama seperti sebelum ini, Resepi Asas Doh Roti, Klik Sini. Dengan resepi doh asas yang sama kita boleh buat pelbagai jenis roti. Simple kan? Jom kita buat roti bun sambal bilis. Resepi ni, boleh menghasilkan 12 biji bun bersaiz sederhana besar.

Bahan Kering;

- 1/2 Kg Tepung Roti / Gandum
- 1/2 Pack Yis Kering (5g)
- 5 Sudu Besar Gula Halus
- 1/2 Sudu Teh Bread Improver

Bahan Cair;

- 1 Cawan Susu Cair
- 1/6 Butter (40g)
- 1 Biji Telur
- 1/2 Sudu Esen Vanilla

Bahan Inti;

- Sambal Ikan Bilis
- Klik Sini untuk resepi penuh

Cara-Cara;

1. Cairkan butter dan masukkan kedalam bekas yang mengandungi susu.
2. Pecahkan telur didalamnya dan masukkan esen vanilla, kacau sebati.
3. Bahan kering dimasukkan kedalam satu bekas dan gaul rata.
4. Masukkan adunan susu tadi sedikit demi sedikit kedalam tepung.
5. Tambah lagi air jika doh keras dan tambah lagi tepung jika doh cair.
6. Kacau rata dan uli sehingga menjadi doh yang tidak melekat ditangan.
7. Biarkan doh mengembang menjadi dua kali ganda, 30minit-sejam.
8. Tekan doh supaya hilang udara didalamnya dan bulatkan doh.
9. Leperkan doh bulat tadi dan masukkan inti sambal ikan bilis.
10. Bulatkan semula dan susun diatas loyang yang telah digris.
11. Biarkannya mengembang lagi selama 15 minit.
12. Bakar pada suhu 180 celcius selama 30 minit.

Untuk kandungan susu, cawan yang kita guna mungkin berbeza saiznya. So sekiranya doh terlembik, tambahkan tepung didalamnya. Sekiranya, doh agak keras pula, tambahkan sedikit air.

Masukkan sambal bilis ditengah doh dan uli menjadi bulat.

Alamak, bila dah masak minyak sambal terkeluar la pula ;)

Beginilah rupa bahagian dalam bun.

Resepi roti bun sambal bilis ni kalau dikukus, jadilah pau sambal bilis. Pau sambal bilis pun sedap juga kan. Kalau rajin, boleh bakar 6 biji dan kukus 6 biji, dapat roti dan pau dalam masa yang sama :)

Selamat Mencuba!

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

16 comments:

  1. Sedapnye bun bilis. Feveret sue jf ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap kan sue ... feveret kami juga :)

      Delete
  2. Lepas ni tak perlu beli roti di pasaran lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. yups, tu kalau hari-hari rajin meroti la :)

      Delete
  3. Replies
    1. haha musim meroti, mood meroti tak habis lagi ni :)

      Delete
  4. memang rajin memasak lah.. hehee. suka tgk bun yg naik gebu

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila rajin makan ... haruslah rajin masak ;)

      Delete
  5. Replies
    1. alaa inti kelapa tak ada ... sebab tak gemar lah inti kelapa :p

      Delete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...