Wednesday, September 13

Resepi Mudah Ikan Rebus Ala Stim Menu Berpantang

Salam ...

Lama dah BW tak upload resepi. Sejak dah jarang berblogging. Pageview pun dah drop banyak sangat ni. So hari ni BW nak share menu berpantang, ikan masak ala-ala stim tapi guna teknik rebus ajer. Mudah tau, suami pun boleh sangat sediakan ni.

Resepi Mudah Ikan Rebus Ala Stim Menu Berpantang. Cara Masak Ikan Stim. Ikan Merah Ikan Siakap Ikan Kerapu Ikan Kerisi Masak Stim. Lauk Simple Sedap Dalam Pantang
Ikan rebus ala stim yang mudah disediakan.

Ni masak time bukan dalam pantang, tu yang add on lala. Kalau dalam pantang jangan sesekali letak lala tau. Cili pun tak perlu letak juga. Sebab dalam pantang tak boleh makan pedas. Tiba-tiba jer teringin nak menu dalam pantang. Padahal bila dalam pantang rasa muak asyik-asyik makan rebus, bakar, rebus bakar :p

Kenapa rebus? Kenapa tak stim ajer? Dah nama pun menu dalam pantang. Yang masak pun encik suami. Takde lah dia rajin nak kukus. Nanti nak kena cuci periuk kukus lagi. So, BW ajar encik suami teknik rebus jer lah. Yang penting rasa sama macam masak stim ;)

Untuk menu ni boleh guna apa-apa ikan yang korang suka, yang korang tak alergik. Macam BW akan guna ikan kerisi atau ikan merah atau ikan siakap. Gilir-gilir lah supaya tak rasa bosan asyik menu sama ajer sepanjang berpantang.


Resepi Mudah Ikan Rebus Ala Stim Menu Berpantang. Cara Masak Ikan Stim. Ikan Merah Ikan Siakap Ikan Kerapu Ikan Kerisi Masak Stim. Lauk Simple Sedap Dalam Pantang
Masuk semua bahan dalam kuali, mudah sangat ;)


Bahan-Bahan;

- Ikan (Dicuci Bersih)
- Bawang Putih (Dihiris)
- Bawang Holand (Dihiris)
- Halia (Dihiris)
- Lobak Merah (Dihiris)
- Limau Kasturi (Diperah)
- Daun Ketumbar (Dihiris)
- Sedikit Air
- Garam Secukup Rasa


Resepi Mudah Ikan Rebus Ala Stim Menu Berpantang. Cara Masak Ikan Stim. Ikan Merah Ikan Siakap Ikan Kerapu Ikan Kerisi Masak Stim. Lauk Simple Sedap Dalam Pantang
Masak hingga mendidih. Siap. Dah boleh makan.

Cara-Cara;

1. Masuk ikan, bawang, halia, lobak merah dan daun ketumbar kedalam kuali non-stick.
2. Masukkan sedikit air, perahan air limau kasturi dan garam secukupnya.
3. Masak hingga mendidih

Untuk kuantiti bahan tu boleh letak ikut suka. Biasa yang nak makan menu pantang ni sorang ajer kan, so letaklah sekadar cukup untuk sorang makan :)

Bagi yang tengah berpantang, atau akan berpantang, boleh bagi menu ni pada encik suami masing-masing kay. Selamat mencuba :)

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

10 comments:

  1. Thank you very much for sharing information that will be much helpful for making coursework my effective.

    ReplyDelete
  2. mmg nampak macam makanan org berpantang nih.. hehehe

    ReplyDelete
  3. Boleh try ni. Kebetulan tengah berpantang 😂 asyik makan ikan bakar je 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. try sis try ... variety sikit kan ... asyik makan ikan bakar ajer pun bosan juga. selamat berpantang :)

      Delete
  4. Boleh try ni. Kebetulan tengah berpantang 😂 asyik makan ikan bakar je 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. try sis try ... variety sikit kan ... asyik makan ikan bakar ajer pun bosan juga. selamat berpantang :)

      Delete
  5. JM suka masak rebus mcm ni kurang kolestrol

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM diet ke? Saya pulak suka makan yang goreng, det's y "kurus" hahaha ;)

      Delete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...