Sunday, November 26

Karnival Upin Ipin Luar Biasa 2017 Maeps Happening

Salam ...

Korang join Karnival Upin Ipin tak? Start jumaat yang lepas, sampailah hari ahad ni. Macam karnival yang lepas juga, memang ramailah pengunjung, happening sangat tau.

Karnival upin ipin maeps serdang 2017. Karnival U&I luar biasa best ke. Harga tiket karnival upin ipin. Best meriah happening. Persembahan ultraman ribut
Karnival Upin Ipin #upinipinluarbiasa 2017 

Karnival upin ipin ni tak sesuai untuk yang tak suka sesak. Actually BW pun tak suka juga sesak. Tapi anak-anak suka sangat, terpaksalah pergi. Karnival upi ipin yang lepas tahun 2015, kami pergi juga Klik Sini. Time tu rasa tak nak gi dah. Tapi still pergi lagi. 2016, si kakak berdua tu pergi lagi join upin ipin kat MAHA dengan ayah dia, sanggup dia tinggal ibu dan baby dalam pantang kat rumah. Tahun ni join lagi. Dah macam acara wajib setiap tahun lah pulak :)

Tapi tahun ni dah ready awal tau. Dah beli tiket siap-siap, beli online. Nasib baik sangat. Punyalah panjang line nak beli tiket tu, mau sejam dua lah beratur baru dapat tiket. Serik dah lah, karnival lepas tu beratur time panas lebih sejam. Berpeluh menunggu. sabor ajerlah.

Karnival upin ipin maeps serdang 2017. Karnival U&I luar biasa best ke. Harga tiket karnival upin ipin. Best meriah happening. Persembahan ultraman ribut
Dulu ikat si kakak, tapi ikat dengan getah ajer, gegirl kan still boleh control.
Kali ni ikat si abang pula, tapi dengan safety harness lah, ikat getah confirm cabut ;)

Karnival upin ipin maeps serdang 2017. Karnival U&I luar biasa best ke. Harga tiket karnival upin ipin. Best meriah happening. Persembahan ultraman ribut
Ni dah pukul 6 lebih, dah letih dah semua baru ingat nak bergambar.

Actually pagi tu kami gi KLIA dulu, melawat my kakak nak gi umrah. Lepas tu baru gi karnival upin ipin ni. Kira lambat sikit lah kami pergi. Parking gate 1 dah full, rela yang jaga parking suruh pergi gate 2, tapi encik suami malas nak pusing jauh, so ikut jalan short cut, sekali gate tutup daaa. Pusing semula, ikut short cut yang lagi satu, pun gate tutup. Tapi takpe parking jer kat bangunan tu, sebab dah dekat dengan hall upin ipin. Lagipun masing-masing dah dengar bunyi persembahan, tak sabar dah :)

Karnival upin ipin maeps serdang 2017. Karnival U&I luar biasa best ke. Harga tiket karnival upin ipin. Best meriah happening. Persembahan ultraman ribut
Persembahan puteri yang pagi dah terlepas, terpaksa tunggu yang petang pulak.

Memang datang karnival ni, semata-mata nak tengok persembahan. Masuk ajer dewan, diorang tak nak pun bergambar ke, pusing booth ke, terus nak tengok persembahan. Tapi persembahan puteri dengan pada zaman dahulu dah lepas dah pun. Dapatlah tengok persembahan upin ipin dan kawan-kawan serta ultraman ribut.

Tapi kan, kami dapat port yang tak best. Ada stroller kat depan, walaupun stroller tu tak lah dekat sangat, tapi menghalang pandangan. So anak-anak tak puas hati. Sebab tak nampak sangat, tak jelas. So, diorang nak tengok yang petangnya pulak. Adoi, satu hal nak kena tunggu. Anak oh anak :)

Karnival upin ipin maeps serdang 2017. Karnival U&I luar biasa best ke. Harga tiket karnival upin ipin. Best meriah happening. Persembahan ultraman ribut
Puas hati dapat tengok ultraman ribut dan raksasa besar dua kali.

Ni nak tempek jadual sikit lah. Kot tahun akan datang nak pergi lagi, dah ready. Bukan ready tiket ajer, timing pun nak kena ready juga kan. Kalau tak bercinta lah menunggu lagi :)

Persembahan Pagi 11.00am - 1.00pm
(Puteri, Pada Zaman Dahulu (PZD), Upin Upin Luar Biasa, Ultraman Ribut)

Persembahan Petang 2.30pm - 6.00pm
(U&I The Musical, Maskot U&I Dan Kawan, PZD, U&I Luar Biasa, Ultraman Ribut, Puteri)

Karnival upin ipin maeps serdang 2017. Karnival U&I luar biasa best ke. Harga tiket karnival upin ipin. Best meriah happening. Persembahan ultraman ribut
Si baby dengan ayah dok pusing-pusing dewan ajer.

Rasa nak tercabut pinggang ni menunggu sampai pukul 6.00 petang. Yang ayah dok tolak baby pusing dewan, dia memang tak suka tunggu dekat main stage sebab bising yang amat. Actually BW pun jauh sikit, perhati anak-anak dari belakang. lagipun dah ikat diorang semua dengan si kakak. Si kakak pun dah besar pandai tengok adik-adik, oklah kot. Bising sangat speaker tu, tak tahan telinga ni. Tapi bosan lah menunggu sorang-sorang dari jauh sikit tu. Nasib baiklah ada makanan :)

Karnival upin ipin maeps serdang 2017. Karnival U&I luar biasa best ke. Harga tiket karnival upin ipin. Best meriah happening. Persembahan ultraman ribut
Air U&I wajib beli. Kalau nampak botol tu, semua mesti nak lah.
Yang lain ibu punya, sambil menunggu sambil kunyah, sebab tu 'kurus' hihi ;)

Tahun ni Lescopaque sewa dua dewan. So teratur sikit. Tempat makan ada dalam dewan. Selesa lah sikit, makan dalam aircond dengan anak yang ramai ni. Tak macam dulu, tempat makan kat luar, panas tak ingat. Surau perempuan pun ada disediakan dalam dewan. Ibu-ibu yang nak bagi susu kat baby senang lah. Ayah-ayah ajerlah yang kena keluar gi surau.

Karnival upin ipin maeps serdang 2017. Karnival U&I luar biasa best ke. Harga tiket karnival upin ipin. Best meriah happening. Persembahan ultraman ribut
Goodies bag. Beli satu ajer, kongsi, sharing is caring gitew :)

Fuhhh dari pagi sampai ke petang. Adoiii lah, letih betul badan. Bila tanya anak-anak, "Penat tak?" Semua jawab tak, seronok katanya. Hurmmm terpaksa pergi lagi lah lain kali ni. Nasib baik lah diorang tak tahu ada dewan upin ipin yang lagi satu yang ada rumah opah tu. Kalau diorang tahu, alamatnya pagi sampai ke malam. Oh tidakkk :)

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

4 comments:

  1. Yang penting anak-anak happy.
    Bertungku-bertangga pun redho ajelah ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, redho jer lah kan ... Lagipun nanti diorang dah besar kita tak merasa dah macam ni, kita akan rasa aman jer tapi sunyi lah pulak :)

      Delete
  2. ahakss..kalau tanya bebudak itu la jawapan nya..time JM budak2 dulu pun sonok hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha kannn ... dulu kita sonok jer tau. mak pak kita penat la gamaknya hihi :)

      Delete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...