Thursday, October 17

Yeay! Yonanas Dah Sampai. Tapi Ciplak Da!

Salam Khamis buat semua ....

Yonanas? Korang pernah dengar tak? Ni semua akibat terpengaruh ngan youtube, meh tengok video bawah ni kalau nak tau ape tu yonanas.


Amacam? Tertarik tak dengan Yonanas ni?? BW yang memang suka dengan segala macam dessert ni tertarik nak beli. So bila nampak iklan dari Mydeal BW pun tersangat la teringin nak beli lagi lagi bila nampak ada diskaun kan.



 Save RM200 la sangat! Penipu Sungguh!

Stated kat situ harga asal RM289. Memang la harga Dole Yonanas. Gambar and video attach dalam iklan Mydeal pun ada logo Yonanas. So BW pun rasa wow Yonanas buat sale 69% tu. So apa lagi, order la kan.

Gambar dalam Mydeal. Tengok la logo Yonanas tu.

Tadi, excited sangat tadi bila dengar posmen hon dari luar rumah. Terus bagitau hubby 'Yeay! Yonanas dah sampai'. Sekali bila tengok ......

Ciplak! Logo ungu tu tak sama langsung dengan logo item yang di display dalam deal tu!

Alamak! Yonanas ciplak da! Diskaun 69% konon. RM89 tu dah memang la harga barang ciplak kan. Yang claim harga asal RM289 tu kenapa?? Aduhai peniaga zaman internet ni la, ramai yang tak state clearly item yang diorang jual. 

So kepada sesape yang nak beli Yonanas, double confirm dulu betul ke yang diorang jual online tu Yonanas. Kalau tak, luangkan la masa untuk beli kat kedai yer. Bila usha Yonanas Malaysia punya web, kat Jusco pun ada jual. Adess :(

Apa pun, still bernasib baik sebab BW beli harga RM89. Kalau beli harga RM200+ ke, memang bengkek la sangat. Kat Mudah.My banyak je jual, harga antara RM130-RM250, semua guna gambar Yonanas. Hati-hati yer. Jangan jadi macam BW, ingat item yang tak berapa nak famous takde barang ciplak :p

Tunggu entri yang akan datang kay, BW akan review Yonanas Ciplak ni ;)

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

2 comments:

  1. saya rasa sini kena letak button follower..mcm mana saya nak tahu perkembangan..hmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde la eyma, BW pilih Google+ Follower sebab ianya loading cepat compare Follower tu ;)

      Delete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...