Friday, November 6

Adakah Blogger Juga Menghakimi Blogger Yang Lain

Salam ...

Salam jumaat buat semua. Topik sembang santai untuk hari ni. Seperti yang kita maklum, manusia memang suka menghakimi. Dalam berblogging pun ada yang menghakimi. Adakah blogger juga menghakimi blogger yang lain?

Sekadar Hiasan. Adakah Blogger Juga Menghakimi Blogger Yang Lain. Renungan Bersama Di Hari Jumaat
Sekadar Hiasan

First of all, nak tanya siapa reader blog korang? Adakah rakan-rakan office mate, sedara mara, jiran tetangga korang tu readers korang? Kalau yer, pernah tak korang dengar dia mengutuk blog korang ke, menyindir korang ke? Lumrah manusia, especially yang saling mengenali suka menghakimi.

Antara persepsi biasa mereka-mereka yang tak ada blog kepada mereka-mereka yang ada blog.

1. Blog Resepi

"Eleh resepi bongok macam tu pun nak upload". "Nak menunjuk pandai masak la tu". "Nak show off set pinggan mangkuk dia la tu". "Buat malu jer blogging guna pinggan free".

2. Blog Travel

"Show off sangat, travel 3 hari blogging sampai 3 bulan". "Setakat travel dalam Malaysia pun nak blogging". "Siap tunjuk kos semua, ingat orang lain tak mampu ke".

3. Blog Makanan

"Makan kat gerai pun nak blogging ke". "Eleh makan kat restoran mewah sekali sekala jer pun, tu pun nak blogging". "Blogging siap tunjuk bill, nak menjuk ke apa".

4. Blog Cerita Anak

"Nak tunjuk anak dia comel la tu asyik upload gambar anak dia". "Nak tayang satu dunia agaknya yang anak dia bijak pandai". "Asyik-asyik cerita anak dia ajer, macam lah comel sangat anak dia".

5. Blog Tazkirah

"Hari-hari upload tazkirah, macam baik sangat". "Tazkirah diri sendiri dulu la, sibuk nak blogging tazkirah orang". "Aku tengok dia tu tak baik mana, poyo sangat nak tazkirah orang lain".

Dan macam-macam jenis lagi blog yang ada, yang serba serbi tak kena di mata sesetengah orang. Biasanya inilah kata-kata atau sindiran negatif dari orang-orang yang mengenali kita dan membaca blog kita. Normally mereka-meraka ni akan kutuk di status FB mereka. Tapi adakah blogger juga menghakimi blogger yang lain?

Orang yang tak ada blog, agak normal la kalau mereka-mereka ni menghakimi orang yang berblogging. Tapi, kalau blogger sendiri pun menghakimi blogger lain, "paroh mung paroh".

Biasanya blogger lebih memahami blogger yang lain. Sebab tujuan kita sama. Sekadar nak berkongsi maklumat. Sekadar simpanan untuk masa depan. Sekadar berkongsi cerita. Sekadar nak berkongsi pengalaman. Sekadar nak ingat mengingati. Sekadar suka-suka. Masing-masing nak dapatkan visitors dengan target keyword masing-masing.

Blog Buat Wanita ni sendiri, readers tergolong dari rakan-rakan blogger dan juga silent readers yang tidak mengenali secara real life siapa penulisnya. So, setiap kali ada status-status negatif  tentang blogging dari rakan-rakan di FB, sikit pun tak sentap. Sebab my frenz tak tahu kewujudan my blog :p

Enjoy jer lah berblogging kan. Buat jer apa pun entry yang kita suka, walaupun orang lain tak suka. Sebagai blogger janganlah kita menghakimi blogger yang lain. Sama-samalah kita support each other dan kunjung mengunjung sesama kita ;)

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

61 comments:

  1. Betul tu..hak kita nak tulis apa kn..alasan apa yg kita kongsi tu boleh beri manfaat yg lain.bkn bfg negatif kn..biarlah apa org nk kata..mulut org mmg xkn berhenti berkata-kata

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn ... we cannot please everyone ... so blogging jer apa yang kita suka asalkan bukan benda lucah dan fitnah :)

      Delete
  2. salam sis... memang biasa terjadi situasi spt di atas.... huhu..
    bagi sy, senang je jangan layan....klu kat office ni ada gak yg kutuk2.. sy buat bodoh jer.. skrg bila berblogging sy diam2 je... so depa tak tahu perkembangan blog sya....
    sebab nak menulis sekadar suka-suka.. tak perlu adanya isu jeles.. kan? :):)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam atie ... teringat dulu kat ofis, kononnya nak start blogging time tu. ada sorang office mate asyik tanya apa url blog, asyik intai jer bila start menaip, sabo ajer la. terbantut niat blogging time tu ... memang payah la kan kalau office mate tahu blog kita especially yang kaki kutuk :)

      Delete
    2. Dlm hidup sentiasa ada yg dengki.... kadang kita tak nyusah hidup dia pun nk dengki bukan2... confius btl

      Delete
    3. confuse plus hairan juga ... sampai kadang-kadang kita pula nak kena pikir apa salah kita

      Delete
  3. nina pernah kena hentam dgn anony yg tak tahu apa2 dan suka komen tak tentu hala. marah2 di blog org dan tak sopan. kalau kutuk2 tu biarkan je, at least banyak lg org yg baca blog kita. happy blogging dear ! keep smile. selalu ignored je :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. uishhh sape la tu kan? ada masalah jiwa gamaknya marah-marah kat blog orang... kalau kutuk ok lagi kot ... confuse dengan orang yang perangai macam tu

      Delete
  4. Ada di antara orang yang pasti tidak suka kita walaupun kita berbuat baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang ni tak leh kata apa la kan ... kita buat baik pun tak kena

      Delete
    2. Tu lah pasal... mmg psycho...

      Delete
    3. sesuai sangat kalau dipanggil psycho :)

      Delete
  5. blog sy adalah diari sy. catatan sy. bukan nak show off pun. biarkan mereka2 yg selalu berfikir luar pd kotak tu.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu ... blog kita, kita punya suka la entry apa nak publish :)

      Delete
  6. Kita buat apa yg kita suka... Orang lain tak suka itu masalah orang tu... Bukan masalah kita...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni best ... bukan masalah kita kan ... kita happy jer blogging :)

      Delete
  7. Replies
    1. mesti ada pengalaman kena kutuk ni :)

      Delete
    2. ahaksss....biasalah Zie bukan semua org suka

      Delete
    3. bukan senang nak puaskan hati semua orang kan :)

      Delete
    4. JM... patut buat ayat gini...
      "Biasalah blogger fames... " ..

      Hihihi... jgn berenti JM...

      2 HATERS VS 2000 LOVERS... abaikn je 2 ketul yg pelik itu... hihihi

      Delete
    5. Terbaekk topik ni.. mummy suka. Tapi mummy suka ignore je.. suka baca,tak suka pejam mata..hehhee :P

      Delete
  8. kalau bab menghakimi tu JM pernah kena..kena kutuk lagi tapi JM asrah sbb kalau dia x suka beratus lagi suka aa yg kita tulis..so x perlu nk pening2 dan sedih kerana dia yg sorang tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam lah blog kita ganggu hidup dia kan, siap nak kutuk ... tapi tu la, biarkan jer la yer orang jenis tu

      Delete
    2. betul kalau di layan sakit hati je

      Delete
  9. jikalau komen tu komen membina boleh jadikan panduan dan tauladan kan...bg JM lak x suka lah nk komen kutuk2 blogger lain ni...kita pun bukan perfect..buat pe lah nk tambah dosa yg sedia byk tu kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju 100% ... blog kita pun tak perfect, jangan nak judge blog orang lain kan :)

      Delete
  10. dulu ruang komen JM x letak 'comment moderation' t sejak ada je org nk iklan produk lah pastu tinggakan komen yg x de kaitan...so JM terus add comment moderation tu..so jika ada komen yg bersifat mengutuk ke x perlu publish

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh patut lah ... erm, blog ni belum dapat komen kutukan lagi. iklan banyak la. kalau ada dapat komen kutukan nanti buat comment moderation juga la kot ;)

      Delete
    2. Samalah... sejak mula ada komen with nasty word . tu terus ltk approval needed...

      Ntah lah... tp sekali sekala duduk lh muhasabah diri... bagus juga... mungkin 1 dlm 1000 yg haters sebut tu ada kebenaran nya... wallahualam...

      Delete
    3. pernah tak terpikir yang 1 dalam 1000 yang komen kutuk di belog tu orang yang kenal tuan empunya blog sebenarnya ???

      agak menghairankan orang yang tak mengenali penulis tiba-tiba tak puas hati dengan entry yang di publish dan terus komen kutuk-kutuk ni. psycho sungguh kalau dia memang tak kenal sebenarnya.

      Delete
  11. JM sentiasa pegang prinsip ni "we as a blogger we support each other"

    ReplyDelete
    Replies
    1. yezze ... support each other :)

      Delete
    2. JM support wawa juga ye.. hihi

      Delete
    3. baru semalam serang blog Wawa tu..i'm support who's support me hikss

      Delete
    4. Haha... JM go JM go go go... #kipidap

      Delete
  12. sorry Zie Has..di sbbkan toik ni menarik..byk plak JM komen heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. komen JM komen, nak juga merasa komen bertingket-tingket macam blog JM :)

      Delete
    2. ehehehehe....tapi blog Zie PV tinggi walaupun komen kurang

      Delete
    3. PV tinggi sebab banyak resepi :p

      Delete
  13. tak elok macam tu.. seharusnya kita sokong antara satu sama lain..

    ReplyDelete
  14. usah ambil peduli ape org kate, janji kte happy.. kan.

    ReplyDelete
  15. Lantak dia situ.... dia dengki bin jeles petala 8 tu...
    Abaikan dia seperti isipadu gas okay...

    Kata benci tp baca juga blog kita...
    Tak ke psycho namanya tu...

    Hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn sesuai di gelar psycho ... tak suka tapi sibuk nak ambil tahu :p

      Delete
  16. Bagi mummy , tak pernah kisah pun blogger lain nak tulis apa.. itu hang masing2 yang penting bahagia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah kita ... siapalah kita nak kisah blog orang lain kan, blog kita pun tak perfect ... masing-masing dengan minat sendiri dan target keyword sendiri :)

      Delete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...