Sunday, December 1

Pengalaman Teruk Hantar Anak Pada Pengasuh

Salam ...

Bila baca pasal penderaan di taska dan pengalaman ibu-ibu lain hantar anak ke taska, BW pun nak share pengalaman sedikit la especially buat ibu-ibu yang baru melahirkan anak pertama :)

Sekadar Hiasan

Ni pengalaman hantar my 1st dotter, namanya Aqila. 1st time Aqila kena tinggal, time dia umur 1 tahun 3 bulan. Sebelum tu BW jaga sendiri (sayang anak punya pasal berhenti kerja lepas bersalin :p)

Bila Aqila dah besar sikit, BW decide kerja semula. So, BW pun iklan la 'Mencari Pengasuh'. So sorang kakak ni call, umur dia dalam 35 tahun ada anak perempuan sorang umur 2 tahun. BW survey la rumah dia, bersih lepas tu kakak ni mulut manis la, cakap nak ajar anak BW itu ini la. So BW pun hantar la anak kat dia. Yuran sama je dengan taska tapi makanan kena bawa sendiri.

Tiap-tiap kali hantar Aqila menangis sekuat hati. Balik bila nak ambik pun meraung je cam nak mengadu sesuatu tapi tak pandai cakap. Dah sebulan macam tu jugak. Me & Hubby heran jugak la tengok dia menangis je walaupun dah sebulan.

Nak dijadikan cerita, satu hari tu bila ambik Aqila balik rumah, cek cek, nampak kat telinga dia darah beku timbul. Nampak macam kena pulas dgn kuat je telinga dia. Bila tanya pengasuh, dengan cuaknya pengasuh kata, kena gigit serangga kot. Penipu sangat, merah kena gigit serangga memang lain.

BW buat keputusan tanak dah hantar kat pengasuh tu. Eesoknya, balik kerja terus ambik semua barang Aqila, settle yuran bagitau la nak cuba hantar taska pulak. BW tak inform awal pun, takut dia buat anak BW lagi. Bila cek barang, MasyaAllah puting botol susu Aqila hitam berlendir macam tak berus sebulan. Teruk betul, patut la selama ni bila BW kata nak ambil botol, dia kata tape dia basuhkan, rupanya dia takut kantoi botol kotor.

Pastu, sabun mandi yang baru je BW ganti seminggu tinggal sikit dan dicampur dgn air, agaknya dia bagi anak dia guna. Yg ni BW tak kisah pun. Tapi terpikir la. Ntah-ntah sebelum ni dia bagi susu dengan bubur Aqila tu kat anak dia. Sbb tu la bila balik rumah je, Aqila menangis nak susu lepas tu makan banyak sangat macam lapar giler. Penat je masak bubur sebelum pergi kerja, last last bukan Aqila yg makan. Pastu serik dah nak hantar dekat pengasuh. Herankan manusia sekarang ni, makanan dan susu orang lain pun sanggup ambil tanpa kebenaran lepas tu bagi makan kat anak sendiri, sabar aje lah.

So, kepada ibu-ibu yang baru anak satu, instead of hantar anak pada pengasuh yang kita tak kenal, better hantar kat taska. Tapi taska pun kena survey mendalam tau. Nanti BW share pengalaman hantar anak ke taska pula yer.

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

10 comments:

  1. hmm.. mcm2 zaman sekarang ni.. mak saya keje sebagai pengasuh. sekadar ambik upah dari org2 kampung sini je.. dalam kampung x de masalah sangat. masing2 kenal sesama sendiri.. dah lama dah mak jadi pengasuh, smpai ada yg sekarang ni dah sekolah menengah. kadang2 budak tu mai tidur rumah kami. saja.. sebab dah terbiasa.. mak pun x kisah... dah macam adik beradik antara kami..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la orang kampung kenal satu sama lain. So kalau nak hantar ke pengasuh diorang akan cari makcik-makcik yang penyayang. Mak Pha Is penyanyang, sebab tu diorang bagi anak diorang :)

      Orang bandar kan tak kenal. Ada je yang baik, bukan semua macam ni. Tapi, kalau tak kenal, tak payah la hantar, ramai yang jenis pentingkan duit je, bukan penyayang pun.

      Delete
  2. ex pengasuh BW itu mesti nak ambil kesempatan..nak jaga anak orang biarlah betul-betul jaga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la kan... rasanya dia nak duit je, dia bukan jenis penyayang yang suka budak. Dah tau garang, tak payah la nak jaga anak orang lain. Geram pulak. Nasib baik hantar sebulan je, kalau lama, tak dapat nak bayangkan macam mana anak BW membesar.

      Delete
  3. wahh .. takot nye.. sekarang memang kne berhati2 ..
    =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, memang kena berhati-hati. hantar pengasuh risiko, hantar taska pun risiko. tapi sesiapa yang dah jumpa pengasuh yang penyayang, baik hati, jaga la hati pengsuh tu yer, bukan senang nak cari :)

      Delete
  4. Ermm... kesiannya anak BW tu... sebelum ambik dia tu.. mesti dia kelaparankan... bayangkan kalau BW overtime balik lewat... camana la dia lapar gak nya...

    Sebenarnya tak kira la.. pembantu rumah ke, taska ke.. baby sitter ker... kalau dah tak ikhlas tu sama jer problemnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la pasal... susu sebotol penuh, yg panjang tu dia sedut cepat betul, dah macam kebuluran pun ada ...

      kan.. nak jaga anak orang tu kena la ikhlas, make sure ada sifat penyayang

      Delete
  5. Emm. IM tak tahu apa perasan pengasuh yang sanggup dera anak orang lain. Mak sedara IM pengasuh jugak tapi tak pernah sanggup nak buat sesuka hati. Dia siap anggap budak2 yang dijaga dia macam anak sendiri lagi. Alhamdulillah dah banyak budak yang dijaga dan semuanya takda masalah apa apa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. untung la sape yang hantar anak dia kat mak sedara IM. bukan senang nak cari pengasuh yg penyayang dan ikhlas kat area bandar ni.

      Delete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...