Thursday, December 26

Kisah Benar - Mempergunakan Anak Yatim Untuk Kutip Derma

Salam ...

Mesti ada antara korang yang dah baca satu artikel kat FB ni, berkaitan layanan buruk yang diterima dari penganjur sebuah majlis yang merupakan seorang Dato', Dato' Wira namanya.

"Disember 8, 2013, kami seramai 36 orang menghadiri jemputan Majlis Makan Malam Yayasan Anak-anak Yatim Sultanah Haminah di hotel Shangri-La Kuala Lumpur. Itu kali pertama untuk anak-anak kami dijamu di sebuah hotel mewah bertaraf 5 bintang. Namun semuanya berakhir tidak seperti yang dijanjikan." Baca artikel penuh disini.


Bagi BW la, untuk majlis yang gempak macam tu ada kenamaan, lagi lagi lah kalau ada Sultan Sultanah, memang dah jangka dah, penganjur akan layan macam ni. Kalau yang diajak buat persembahan tu budak sekolah ke, atau orang kampung ke, memang macam ni la layanan yang diberi. Takde tempat rehat yang sesuai, makanan pun bagi lambat, time majlis bagi meja hujung sekali. Diorang akan utamakan orang lain yang diorang rasa lagi penting. Lain kali, tayah layan sangat jemputan macam ni, semua tu janji kosong je.

Tapi bab hidang makanan tak sama dengan jemputan lain, hidang yang gorengan je, pastu tak tambah pula, memanglah tak patut. Bukan mahal sangat kot, kenapa kena double standard macam tu sekali. Budak-budak kan makan banyak, at least tambah la. Lebihkan makanan kat VVIP tu buat apa, bukan diorang makan sangat pun, tau membazir je.

Dan yang paling tak patut, Dato' Wira dan Yayasan ni menggunakan anak-anak yatim untuk mengutip derma. Hampeh. So, kepada semua pengasas anak-anak yatim, berhati-hatilah jangan sampai dipergunakan.

Ni petikan dari artikel tu lagi yer ....

"Di dalam ucapan Dato’ Wira yang juga orang kuat kepada Yayasan Anak-anak Yatim Sultanah Haminah, beliau menyatakan highlight program-program sepanjang tahun yang lalu;

1. Lawatan ke rumah anak yatim
2. Pembelian baju kelengkapan sekolah untuk 200 orang anak yatim
3. Sunat beramai-ramai (50 orang)

Dengan kutipan derma berjumlah RM2.3 JUTA diumumkan pada malam itu, kami sebagai pentadbir Rumah Pengasih Warga Prihatin dengan 109 orang warga berani katakan kesemua program di atas itu sepatutnya tidak menelan belanja lebih dari RM100,000."


Lepas ni tayah la kita bersimpati dengan Yayasan sebegini. Kalau nak derma bagi direct je kat pengasas rumah anak-anak yatim tu.

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

12 comments:

  1. adus kesian adik adik tu semua, anak yatim jg di aniayai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. belum tahap di aniaya kot, just dipergunakan untuk kutip derma, padahal duit derma tu bukan semuanya dapat kat diorang pun

      Delete
  2. sedih nya tengok anak-anak yatim yg msih kecil.. tp tak pae. ada balasan untuk org mkn harta anak yatim ni =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan...nak cepat kaya sangat sampai tak pikir hukum hakam ni.

      Delete
  3. Salam,
    sis, kongsikan entry kat FB tu.
    hehehee...orang tak ada FB tak leh ler baca....

    btw, hmmm itu bahagian orang yang buat aniaya dan yang dianiaya...
    semoga kita tak tergolong di dalam nya...
    dan jom kita Tanya - kita ne ; apa pula sumbangan nyer? apa yang kita dah buat utk bantu anak2 yatim secara konsisten? ke kita pun 2*5 juga = rasa anak yatim tu wujud time bulan ramadhan dan time nak diperalatkan kutip derma jer atau time nak buat event panggil menteri, kita pun jemput anak yatim sebab nak "Nampak baik"?
    hmmmmntah ler labu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam nhas, panjang sangat entri nyer ;) share point penting jer.

      kalau tanya diri sendiri, erm, tak banyak mana la sumbangan pun, setakat derma sedikit je kot. hehe. tapi tak 2*5 la kan, sebab tak pernah guna anak yatim untuk kutip derma.

      bagi BW, biarkan lah orang-orang yang nak nampak baik, panggil makan bila ada event, atau bila ada buffet ramadhan, at least anak-anak yatim ni dapat makan mewah selalu. diorang sekadar nak dapat nama je bukan pergunakan pun.

      TAPI YANG TAK PATUT SANGAT TU PERGUNAKAN ANAK YATIM UNTUK KUTIP DERMA, DUIT TAK SAMPAI PUN KAT DIORANG.

      Delete
  4. la ni habit dan normal practising sekarang mempergunakan agama untuk kepentingan diri.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la... kebanyakan nya la kan, bukan semua.. tau nak senang je

      Delete
  5. Replies
    1. bagi BW tak sedih pun... biasa la dapat layanan buruk. pengajaran juga untuk anak-anak yatim, hidup bukan semuanya mudah...

      tapi BW geram bila baca yang part mempergunakan anak yatim untuk kutip derma, duit yang dapat kat diorang sikit je kot

      Delete
  6. kesian budak2 tu jadi mangsa keadaan... huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ntahnya diorang yang gila duit gila nama ... perguna anak yatim pulak. geram tengok

      Delete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...