Friday, December 13

Resepi Lasagna Daging Sedap, Mudah & Simple.

Salam ...

Kali ni baru nak update resepi ni :) Banyak kali dah buat tapi tak update. Resepi Lasagna ni sangat mudah dan bahan-bahan pun simple je.

Kalau teringin nak makan seafood lasagna, boleh pergi Pizza Hut je kan, kalau ngidam chicken lasagna, cari je kat Domino's Pizza. Tapi kalau ngidam beef lasagna, susah kan nak cari, nak kena pergi Delifrance ke, bukan ada kat semua tempat lak tu. So, tayah susah-susah cari, jom buat sendiri ;)

Lasagna yang dah ready untuk masuk oven :)


Bahan-Bahan Utama;

- 10 Keping Lasagna
- 1 Pack Mozarella Cheese (150g)

Bahan-Bahan Beef Bolognese;

- 1 Botol Kecil Spaghetti Sos
- 1/2 Biji Bawang Holand (cincang)
- 1 pack Daging (cincang)
- 1 Tin Cendawan Butang (hiris)
- 2 Sudu Minyak masak

Bahan-Bahan Sos Putih;

- 1 Kotak Susu Dutch Lady
- 3 Sudu Mozarella Cheese
- 3 Sudu Butter
- 2 Sudu Tepung Gandum

Cara-Cara (Beef Bolognese);

1. Panaskan minyak masak dan tumis bawang.
2. Masukkan daging kisar dan goreng garing.
3. Masukkan cendawan yang telah dihiris.
4. Masukkan Sos Spaghetti.
5. Gaul dan masak seketika.

Cara-Cara (Sos Putih);

1. Cairkan butter, kemudian masuk susu untuk dipanaskan.
2. Masukkan Mozarella Cheese dan kacau sebati.
3. Masukkan tepung gandum yang telah dibancuh dengan sedikit air.
4. Kacau hingga pekat.

Cara-Cara (Melayer);

1. Ambil 5 kepingan lasagna yang sudah direndam, susun di bahagian bawah loyang.
2. Masukkan separuh dari beef bolognese ke atas susunan tu dan ratakan.
3. Tuang separuh dari sos putih di atas beef bolognese tadi.
4. Tabur rata 1/3 pack mozarella cheese.
5. Ulang langkah 1 hingga 3. Kemudian tabur baki 2/3 mozarella cheese tadi.
6. Bakar dalam oven pada suhu 180c selama 45 minit.

Dah siap dibakar. Anak-anak menunggu kat loyang ni, tunggu sejuk ;)

Tips Tambahan;

1. Rendamkan kepingan lasagna dalam air suam terlebih dahulu, dalam 5 min macam tu, untuk elakkannya jadi keras apabila siap dibakar.
2. Jangan masuk terlampau banyak bahan seperti bunga cengkih ke, tomato cincang ke atau pun carrot cincang ke, ini bagi mengekalkan keaslian rasa sos spaghetti.

Selamat Mencuba!

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

31 comments:

  1. dulu adik saya pernah buat.. boleh tahan la.. dia ambik resepi kat internet je.. nnti dia balik rumah nk bagi dia resepi yg ni plak la.. suruh dia buat.. hehehe.. (untung abang bujang ada adik perempuan suka masak)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagi resepi bagi fulus sekali, baru la laju dia masak .. hehe ... skang ni beruntung la, nanti adik tu kawin, dia masak tuk laki dia je :p

      Delete
    2. kalau dia kahwin, saya pun nk kena cari bini la.. heheh

      Delete
    3. kiki.. bagus ler tu pha is.. suh ler bakal isteri buat resepi dari BW ni.. :)

      Delete
    4. hehe.. amin yer phas is :) ..

      L.. kalau bini mane leh bagi resepi, order je, pandai-pandai la dia nanti :)

      Delete
    5. hahaha.. x pe.. kalau dia x pandai masak pun x pe.. boleh nnti sama2 belajar masak.. baru sweet gitu.. hehehe (verangan)

      Delete
    6. iyo lah... baru kawin boleh la nak belajar sesame... nanti dah lama pinggan sebiji pun tanak tolong basuh. hehe :p

      Delete
    7. erk..? insyaAllah nnti akan cuba jadi suami yg baik,

      Delete
    8. ramai la yg terpikat bila baca statement ni nanti. hehe

      Delete
    9. hahahaha... pha Is... #VeranganIsFree...

      ko teruskan je verangan tu dik... hahaha

      Delete
    10. hahaha ... pha is memang selalu berangan kawin. blogging pun cerita nak kawin :)

      Delete
  2. Dekat Secret Recipe pun ada beef lasagna...

    Idah baru jer tahun nie belajar makan mendalah nie.. dah pandai makan gler2 plak suka.. hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ada eh kat secret recipe... nanti bila ngidam n malas buat, boleh la cuba :).... BW selalu gi secret recipe beli kek je, sbb kek dia sedap giler tak sama buat sendiri ke, beli tempat lain ke. main dish dia pernah la order 2 kali, tapi rasa cam biasa je, tak berbaloi ngan harga :)

      Delete
  3. fuhh terliur. Nak cuba buat lah nanti. Minta share ye resipi ini hehehe. Btw nanti kalau ada masa singgah2 lah blog saya ye http://www.mamafisya.com/ :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba jangan tak cuba. boleh no prob :) nanti BW singgah kay

      Delete
  4. Wow...sungguh jelas step step yg diberikan...
    More simple utk sy yg baru nak belajar masak..... thank u BW.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe .. details gitu :) ... sama-sama

      Delete
  5. Replies
    1. asal ada cheese memang sedap :) cuba la

      Delete
  6. Susu tu 1 kotak besar atau kecil ?

    ReplyDelete
  7. Susu tu 1 kotak besar atau kecil ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. satu kotak kecil... kalau resepi lasagna atau kek atau apa-apa untuk satu loyang sahaja, so kotak kecil kay :)

      Delete
  8. Agak-agak, berapa kos untuk buat lasagna ni eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. erm ... anggaran RM20-RM25 seloyang. berbaloi la. kalau kat restoran sepotong dalam RM10-RM15. Seloyang ni sama macam saiz empat potong :)

      Delete
  9. BW... kita CnP ye...

    tengs share resepi

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...