Thursday, December 12

Addict Dengan Drama Korea

Salam ...

Kali kedua dah ni BW tak update blog selama seminggu. Ni gara-gara addict dengan drama bersiri korea. Last few week asyik tengok "Sungkyunkwan Scandal". Kali ni addict dengan "My Girlfriend is Gumiho"

Teringat dulu-dulu. Time sekolah rendah addict dengan drama china. Bila sekolah menengah addict dengan drama jepun sampai la masuk uni. Bila tahun ke-2, time tu drama korea meletop-letop, tu la start addict dengan drama bersiri dan movie korea. Sampai la ni, dah ada anak pun addict lagi, macamana ni? :p Nasib baik tak minat kpop. Haha.

My Girlfriend is a Gumiho


My Girlfriend is a Gumiho. Cerita pasal sorang mamat ni accidentally terjumpa dengan seorang awek gumiho. Gumiho ni adalah musang berekor 9. Sebab dah jantu cinta, si gumiho ni nak terus jadi manusia... so.. erm tengok la sendiri kalau berminat. Satgi panjang lak membebel :p

Sungkyunkwan Scandal

Sungkyunkwan Scandal
, cerita pasal 4 sekawan dekat uni. Seorang daripadanya adalah perempuan yang menyamar jadi lelaki ... ni cerita classic, hero yang jadi 'Red Writer' handsome kay, moh ler layan ;)

Kalau korang nak tonton online boleh cari di youtube.com atau viki.com kay.

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)


7 comments:

  1. ala.. x minat sgt lah dgn korean.. tengok tengok gitu jer BW :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus la kalau tak minat.... takde la addict cam BW :)

      Delete
  2. dulu minat jugak cerita korea.. dulu la.. zaman :sassy girl chun hyung dulu tu.. tapi skrg ni ntah.. mcm dah kureng layan dah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sassy girl skang ni pun meletop lagi tau... anak buah BW yg sek men sibuk tengok citer tu :)

      Delete
    2. tu la.. tapi sayangnya cerita tu pun x sempat nk tengok sampai habis sbb kalau x silap, masa tu dah nk kena masuk asrama. balik rumah hujung minggu, mak tolong ceritakan apa yg jadi.. hehehe

      Delete
    3. wahh.. mak pun layan korea.. first time dengar ni.. selalu anak2 layan korea, mak2 bebel :)

      Delete
    4. dah anak2 layan, mak pun tengok je la.. heheh

      Delete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...