Salam ...
Hari ni BW tertarik dengan satu berita dari myMetro, Bapa Tak Sedar Anak Dalam Kereta.
Tak dapat BW bayangkan macamanalah perasaan si ibu & si ayah anak tu yer. Mesti sedih yang teramat. Si ayah tu mesti ada rasa menyesal sangat-sangat tu. Banyak dah BW baca kes macam ni, dalam & luar Malaysia. Sedih la bila baca.
Ni Petikan dari myMetro tu ...
Kuantan: “Kami terlupa, minta maaf.” Demikian kata seorang wanita berusia 39 tahun selepas anaknya yang berusia tiga tahun, Muhammad Arif Mohd Yusof ditemui tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira jam 6.30 petang, semalam, selepas ditinggalkan dalam kenderaan selama kira-kira sembilan jam.
Bagaimanapun, keluarga mangsa yang ditemui di wad kecemasan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, petang semalam, enggan mengulas lanjut mengenai kejadian itu dan menyerahkannya untuk siasatan polis.
Harian Metro difahamkan, kejadian berlaku apabila bapa mangsa yang berusia 41 tahun terlupa untuk menghantar anak bongsunya itu ke sebuah taska di Indera Mahkota, di sini, sebelum menyedari mangsa berada di bahagian tempat duduk belakang kenderaannya kira-kira jam 5.30 petang, semalam.
Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)
Ya Allahh... minta dijauhkan la peristiwa begini dari kita semua kan...
ReplyDeleterasa dah tak sanggup dah nak dengar lagi kes kecuaian melibatkan anak2 kecil nie...
tu la, minta dijauhkan ... sebak la baca
Deleteish3. bahaya betol.. tapi bnda dah jadi..
ReplyDeletebanyak dah kes macam ni.. especially bila letak kerusi baby kat belakang, parents pula busy kejar masa...
DeleteNormally BW letak kerusi baby kat sebelah, so time nak kunci kereta memang perasan la.
nice tips.. nnti dah ada ank, kena buat macam tu la kot.. heheh..
Deleteish sungguh bahaya lupa kat anak.. huhuu
ReplyDeletememang bahaya... hopefully kita semua tak lupa la w/pun sebusy mana.. amin
Deletesob sob sedih la. Mintalah di jauhkan dari kita semua dan keluarga
ReplyDeletebetul tu.. minta dijauhkan. terkesan sampai bila-bila kalau kitalah puncanya
Delete