Monday, February 10

Resepi Mudah Kuih Seri Muka / Seri Kaya Sukatan Cawan

Selamat Menjamu Selera ...

Jom buat kuih seri muka a.k.a seri kaya a.k.a pulut sekaya. Sedap dimakan sebagai pencuci mulut selepas lunch, ataupun untuk minum petang. Mudah je nak buat, blend dan kukus aje. Resepi untuk loyang kecil tau, untuk sekali makan je ...

Bila dah tinggal setengah loyang, baru teringat nak snap gambar :p



Bahan-Bahan (Lapisan Bawah);

- 1 Cawan Beras Pulut
- 1 Cawan Santan
- Sedikit Garam

Bahan-Bahan (Lapisan Atas);

- 1 Cawan Santan
- 5 Helai Daun Pandan
- Setengah Cawan Gula
- 1 Biji Telur
- 2 Sudu Besar Tepung Gandum
- Sedikit Garam

Cara-Cara;

1. Basuh beras pulut sehingga bersih.
2. Campurkan beras pulut bersama santan dan sedikit garam.
3. Masak guna rice cooker je, senang kan.
4. Bila dah masak dan agak suam, masuk dan tekankan dalam loyang.
5. Masukkan bahan-bahan lapisan atas ke dalam blender.
6. Blend kesemuanya sehingga hancur dan sebati.
7. Tapiskan bahan yang telah di blend kedalam loyang pulut tadi.
8. Kukus selama 30 minit, dengan api sederhana kuat.

Selamat Mencuba!

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)


10 comments:

  1. Assalamualaikum kak, wahhh fav sheila ni. thanks kongsi resepi. nanti nak try. heeeeeee (",)
    mohon share di fanpage sheila boleh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam, cuba jangan tak cuba, boleh je nak share :)

      Delete
  2. Ni mesti lazat, sebab tu tak sempat nak ambil gambar 'full'. :D TQ for sharing.

    ReplyDelete
  3. Errmm... pandainyaa..!

    Idah... :D pandai makan jerr...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab tak cuba lagi kot, la ni banyak resepi kat internet, semua orang pun pandai buat :p

      Delete
  4. kegemaran jugak ni..cuma tak boleh makan banyak²

    hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. tak bagus makan banyak-banyak, boleh mengundang penyakit.. hehe, det's y sekali buat satu loyang kecil je untuk family :)

      Delete
  5. Fuhhh, Gatal plak rasenyer tangan nak buat petang nie. Minta izin share sikit ye resepi ni. Hehehe. Ada masa nanti singgah2 blog saya http://www.mamafisya.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat mencuba.. boleh je nak share :) nanti BW singgah kay

      Delete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...