Tuesday, April 15

Doll Playhouse Budget Hasil Kraftangan Ku. Buat Rumah Kotak.

Salam ...

Hari ni tak ada cerita nak bebel :p So, just nk show off hasil kraftangan BW. Haha, show off la sangat. Padahal buat simple bebeno, pulak tu ambil masa dua bulan nak buatnya, kerja tangguh ajer :)

 Inilah dia, Doll Playhouse yang BW buat tu. Simple guna manila kad ajer.

Bahan Utama;

1. Kotak Terpakai
2. Manila Kad
3. Kertas Warna
4. Gam Kertas
5. Gam Tembak

Cara- Cara:

1. Potong kotak jadi rangka rumah yang dikehendaki.
2. Cantumkan bahagian kotak yang dipotong menggunakan gam tembak.
3. Gunting manila kad mengikut sisi-sisi keseluruhan rangka rumah.
4. Lekatkan manila kad yang digunting pada keseluruhan sisi menggunakan gam kertas.
5. Bentukkan kertas warna menjadi tingkap, gunting dan lekatkan pada rumah.

Ni kalau fokus dan tak ada anak-anak kacau, dan juga tak tangguh kerja dua hari boleh siap kot :p

Surprise untuk kakak bila balik tadika. Nasib baik baby tido, kalau tak habis la :)

Pergi usha tiga buah kedai mainan semata-mata nak cari accesories untuk doll house ni tau. Hehe. Dah siap buatkan, mesti la cari perabotnya sampai jumpa. Skang ni bila tengok kat bilik si kakak, penuh dah perabotnya siap ngan mini doll, pandai pula dia cari mainan lama dia yang sesuai untuk disusun dalam playhouse ni. 

Agak letih la buat kraftangan bila ada baby ni. Ada je yang nak kacau. Pastu letih pula nak ngemasnya. Tapi berbaloi bila dengar si kakak cakap "Terima Kasih Ibu buatkan rumah ni untuk kakak" ;) Bukan susah sangat nak gembirakan anak-anak yer, tak perlu mainan mahal pun tak apa. Time tengah buat pun dia dah suka sangat, cuma asyik tangguh jer, dia selalu la tanya bila nak siap :p

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

10 comments:

  1. singgah sini.. wahh kreatifnya :) comel2

    ReplyDelete
  2. comel...tgu la ade ank pmpuan nnti boleh la wt..hehehhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. kan, kalau anak lelaki leh buat apa yer? :p

      Delete
  3. memang comel..tapi untuk anak saya belum sesuai lagi rasanya..dua2 hero yang gemar mengemas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha... memang tak sesuai, sat lagi penat-penat buat, sekejap je patah dua kan :)

      Delete
  4. comelnya.. buat sendiri lagi kreatif dan menjimatkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu memang menjimatkan ... kalau kat kedai doll playhouse besar ni semua RM50 ke atas, yang branded RM100 ke atas, so memang jimat sangat la :)

      Delete
  5. Kreatifnya...saya ni memang tak berseni buat kraftangan...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh la sikit-sikit ... buat untuk sendiri kan, asal ada jer ;)

      Delete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...