Tetiba rasa dah lama tak bawa anak-anak gi swimming pool. Selalu kami pergi Putrajaya la. Tau tak korang kat Putrajaya ni ada 5 kolam renang awam kay. Bayaran yang dikenakan murah, ada juga yang free. Ada yang bertutup, ada yang asing lelaki dan perempuan. Banyak tau kemudahan kat Putrajaya ni, bertuah la sape yang dok Putrajaya :)
My nephew. Seronok sangat mandi, wisel dan berbunyi still tak nak naik, tinggal dia aja sorang ;) Ni kat Presint 11.
Kolam Renang Pusat Kejiranan Presint 9
Kolam Presint 9 ni ada tiga bahagian. Kolam renang kanak-kanak, yang ni percuma jer. Dulu selalu juga datang sini, sebab ni la kolam pertama yang kami tahu :p Tapi sekarang dah ramai orang time weekend, kadang-kadang airnya keruh, so tak mandi sini dah. Kolam renang dewasa pula diasingkan bahagian lelaki dan perempuan. Kolam renang dewasa dikenakan bayaran tapi murah jer. So, kepada sesapa yang nak kan privacy datang la sini kay.
Kolam Renang Pusat Kejiranan Presint 11
Kolam Presint 11 ni ada dua bahagian je. Bahagian Kanak-kanak, ada yang cetek, ada yang dalam sikit. Bahgian dewasa, campur je lelaki perempuan. Harga tiket terkini, RM3 dewasa, RM2 kanak-kanak untuk 2 jam. Sekarang kami ke sini la kalau nak mandi, bahagian kanak-kanak tu tak berapa ramai sangat weekend.
Kolam Renang Pusat Kejiranan Presint 16
Kolam Presint 16 ni pun ada dua bahagian. Kami pernah kesini sekali je sebab kolam kanak-kanaknya agak dalam sikit. Tapi ada mini slide tau, ala-ala waterpark tu :) Harga terkini sama kot dengan Presint 11.
Kolam Renang Pusat Kejiranan Presint 6
Kami tak pernah pun ke Kolam Presint 6 ni. Just tau kewujudan kolam ni je. Next time nak cuba la kesini pula :)
Kolam Renang Pusat Maritim @ Marina
Kami tak pernah pun mandi kat sini. Pernah datang jenguk jer ;) Kolam ni tertutup, so tak risau la kalau hujan ke apa, boleh terus swimming je. Bayaran dikenakan RM5 untuk kanak-kanak dan dewasa. Tak ada had masa rasanya. Ada dua bahagian juga. Weekend memang ramai orang kay. BW tak berkenan sangat kat sini, sebab bau klorin yang menusuk kalbu bila buka pintu :p
So, kalau korang nak mandi swimming pool murah dan selesa meh la ke Putrajaya. Pilih pool mana yang korang suka. Tapi kalau jauh, batalkan je la niat tu, tak berbaloi duit minyak, hehe :p
Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)
So, kalau korang nak mandi swimming pool murah dan selesa meh la ke Putrajaya. Pilih pool mana yang korang suka. Tapi kalau jauh, batalkan je la niat tu, tak berbaloi duit minyak, hehe :p
Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)
waa.. macam best je.. dah lama x terjum kolam.. last time mndi kolam dengan member dekat burmese pool, taiping..
ReplyDeleteBW lagi la lama tak terjun kolam, balik-balik anak-anak ngan suami je yang mandi, sendiri nak mandi segan kat orang sebab tak ramai perempuan dewasa yang mandi :p
DeleteNampak seronok..kalau pergi dengan anak2 pasti mereka melompat-lompat
ReplyDeletelompat tu mesti... pastu wisel dah berbunyi susahnya nak suruh naik :p
Deletebanyak ye kolam renang awam kt putrajaya, untung org kt sane....anyway Assalamualaikum, saya blogwalking kat sini, jemput datang ke blog saya http://ibu2ahmad.blogspot.com
ReplyDeletetu la... beruntung org yang dok putrajaya. kami yang dok dekat dgn putrajaya ni, tumpang untung juga. hehe :p... nanti BW datang yer :)
DeletePool yg asing laki ngn pmpn dkt precint 9 tu mmg betul2 asing ke Puteri Wanita? Pastu ade apa2 syarat kemasukan ke? Hehe, btw.. Thanks..
ReplyDeletesam-sama. yup asing. siap ada dinding tinggi lagi. syarat dia kena pakai baju renang la, baju biasa takleh masuk. bayaran pun RM2 ajer. kalau pergi ngan member. privacy je kan :)
Deletebaju renang kene provide sendiri la yer?ke dorg ada bwat sewa baju renang..?hehe maaf byk tya..
Deletememang kena bawa sendiri lah ... ni kolam awam, memang tak ada la bisnes sewa itu ini :)
DeleteKolam yg last tu bukak hari apa? Air dia dalam x? Luas x kolam t? Campur lelaki pempuan x? Hehe.. sory banyak tanya
ReplyDeleteyang tu kena cek kat web dia, biasa weekend buka aje. pernah pergi dua kali je, tu pun tak mandi. air bau klorin kuat sangat. campur lelaki perempuan. kolam dewasa luas, kolam kanak-kanak kecil aje.
DeleteAssalamualaikum sys.... nak tanya... pemakaian bagi wanita kena pakai swimming suit ke?
ReplyDeletewassalam ... semua sekali kena pakai swim suit, wanita ke, lelaki ke, kanak-kanak ke :)
DeleteKlu dkt presint 6 ada hari khas untuk wanita sahaja,hari selasa dan khamis...tq :)
ReplyDeleteoh ok, noted :) ... sebab belum pernah ke sana, so tak tahu ada hari untuk lelaki & perempuan :)
DeleteKlu dkt presint 6 ada hari khas untuk wanita sahaja,hari selasa dan khamis...tq :)
ReplyDeletePakai jersey ngan sluar tight/legging x boleh ke?
ReplyDeleteermm apa kata pergi sendiri dan tanya staff kat situ, sy bukan kerja kat situ :)
DeletePakai jersey ngan sluar tight/legging x boleh ke?
ReplyDeleteermm apa kata pergi sendiri dan tanya staff kat situ, sy bukan kerja kat situ :)
DeleteKolam dekat presint 11 tu berapa dalam? Berapa meter?
ReplyDeletesaya bukan kerja situ ... saya taklah cek details sampai tahu meter kedalaman kolam. apa kata encik call ajer management kalau nak tahu lebih. google ajer kompleks kejiranan putrajaya untuk dapatkan no phone :)
DeleteKolam dekat presint 11 tu berapa dalam? Berapa meter?
ReplyDeletesaya bukan kerja situ ... saya taklah cek details sampai tahu meter kedalaman kolam. apa kata encik call ajer management kalau nak tahu lebih. google ajer kompleks kejiranan putrajaya untuk dapatkan no phone :)
DeletePresint 9,11,16,6...lg 1 presint bape???
ReplyDeletelagi satu pusat maritim, presint 5
DeleteOoo.. pusat kejiranan presint 11 ada kolam renang rupanya. Yg dekat dgn pangsapuri putra damai tu eh?
ReplyDeletesaya tak sure pula pangsapuri putra damai tu kat mana ... cari jer pusat kejiranan presint 11, kolam renang dalam tu lah :)
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeletesorry! ads not allowed!!! tq
Delete