Tajuk entri agak islamik tapi bukanlah nak beri tazkirah. Just nak sharing sedikit info. Seperti yang kita sedia maklum Aqiqah ni hukumnya Sunad Muakkad, sunat yang sangat digalakkan.
Dulu-dulu kat kampung kalau aqiqah, buat kenduri jemput sekampung tau. Syok sangatkan, orang-orang tua bergotong-royong, kita anak-anak ni (time dulu la) bergumbira :) La ni dah besar, stay kat bandar mana ada gotong-royong bagai dah. Nak buat kenduri kena catering.
Sekadar hiasan. My 4th baby ni ;)
Ha, kalau nak catering kenalah duit berkepuk-kepuk kan? :p Tu belum lagi pikir berendoi, khemah, nak bayar group berzanji lagi. Pastu nak jemput kawan-kawan datang rumah ni, segan kot kalau rumah ta berapa nak cantik. Nak kena sediakan duit cat, renovation bagai la. Bila nak mampu buat Aqiqahnya macam ni ;)
Sekarang untuk makluman adik-adik yang bakal jadi ibu dan ayah ataupun ibu dan ayah yang belum lagi buat Aqiqah untuk anak-anak masing-masing dengan alasan belum cukup duit tu, mudah sangat nak Aqiqah la ni. Tak perlu kenduri kendara bagai, just bayar je, Program Aqiqah di Kemboja.
Time bersalin anak first (2008) dulu pun BW tak tahu pasal ni. Tapi my bother yang perkenalkan dengan Program Aqiqah di Kemboja ni. Bab-bab hukum hakam ni korang boleh google pendapat-pendapat ustaz tau.
BW just nak share servis Aqiqah yang BW pernah guna. Actually sekarang ni dah banyak sangat dah yang buat Program Aqiqah ni, Korang boleh pilih mana yang satu yang korang percaya. Untuk BW, 4 orang anak guna khidmat http://www.ezqurban.org dan http://www.korbanaqiqah.com.my. Kedua-duanya bagi sijil kay, sijil yang di sign oleh mufti Kemboja, so bolehlah tunjuk kat anak-anak bila besar nanti, sebagai tanda kita prihatin dengan diorang ni walaupun tiada kenduri-kendara :)
EzQurban hanya ada pilihan kambing sahaja, seekor RM550. KorbanAqiqah pula ada dua pilihan, seekor kambing RM550 dan satu bahagian lembu RM320. Harga ni termasuk harga kenduri tau, sebab diorangkan gotong-royong. Ha, mampu ke tidak kak ton, pak ton, mak ton semua? Takkanlah tak mampu kan, hand phone pun banyak kali tukar kot :p
Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)
sekarang nie semua mudah..semuanya dihujung jari.asalkan kita ada rezeki lebih,,boleh la laksanakan..
ReplyDeletekan ... senang kita semua nak laksanakan yer. thums up kepada pencetus program dan rival-rival nya :)
DeleteTapi majlis camnie tetap nak gotong-royong gak baru rasa best . Pasal penghiasan tu tak penting , main ambil jer apa yang ada ubahsuai .
ReplyDeleteKalau berkemampuan nak buat kenduri apa salahnya, gotong royong lagi better, seronok majlisnya. Ni dok bandar arae taman takde gotong royong susah la sikit nak kendurinya, kena fulus banyak nak catering. program aqiqah di kemboja pun dah memadai :)
Deletemudah jer sekarang nak beribadah kan... nak dengan tak nak jerr... alhamdulillah... anak2 idah semua dah qiqah dah... :D
ReplyDeletetu la, mudah sangat ... kita pun tak perlu nak kumpul duit banyak-banyak nak kenduri dah :) alhamdulillah
DeleteAlternatif yang bagus...boleh terus buat ja kan...
ReplyDeletebetul :)
Delete