Wednesday, October 8

Resepi Kentang Bakar Berdaging / Baked Potato

Resepi mudah untuk semua. Bahan-bahan pun simple aja. Citarasa melayu ala western gitu ;p

Yummylicious homemade baked potato ;)~

Bahan-Bahan;

- 6 Biji Kentang
- Segengam Daging Cincang
- 1 Ulas Bawang Putih (Cincang)
- 2 Biji Bawang Kecil (Cincang)
- 5 Sudu Sos Cili
- 3 Sudu Mayonese
- 1 Sudu Minyak Masak
- 1/2 Cawan Susu Segar
- Garam Secukup Rasa

Kentang yang telah direbus dan dikorek isi tengahnya.


Cara-Cara;

1. Kentang direbus sehingga lembut kemudian sejukkan.
2. Potong kentang kepada dua dan korek guna sudu ditengahnya.
3. Kemudian susun dalam loyang dan ketepikan.
4. Isi kentang bahagian tengah diblend bersama susu dan sedikit garam, ketepikan.
5. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang kecil sehingga naik bau.
6. Masukkan daging cincang dan masak sehingga daging lembut dan air kering.
7. Masukkan sos cili dan garam secukup rasa, gaul sebati dan tutup api.
8. Biarkan daging jadi suam dan gaulkan bersama mayonese.
9. Masukkan inti daging kedalam kentang dan tuang kentang blend diatasnya.
10. Bakar pada suhu 200 darjah celcius selama 10-15 minit

Masukkan inti didalam kentang. Jangan isi terlampau banyak pula

Tuangkan kentang susu yang telah diblend diatasnya. Ready untuk dibakar. Yummy~

Selamat Mencuba!

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)


10 comments:

  1. terbaiklah . mana lah dpt idea buat resepi ni . mmg tak terfikir pun bila ada byk kentang ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. resepi sendiri ... sebab ada banyak kentang, anak-anak pun suka makan kentang. pastu guna apa yang ada dalam fridge, tu yang guna sos aje :) nanti bolehlah cuba

      Delete
  2. Sedap-sedap, sangat sesuai buat anak-anak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, bila keluar oven dah bising tak sabar nak makan, pastu puji sedap banyak kali. suka sangat makan kentang :)

      Delete
  3. Mmg xpakai cheese yer? Susu n mayonis jer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada cheese, boleh la taburkan diatas sekali, lagi kick rasanya ... time sy buat ni takde stok cheese kat rumah :)

      Delete
  4. Mmg xpakai cheese yer? Susu n mayonis jer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada cheese, boleh la taburkan diatas sekali, lagi kick rasanya ... time sy buat ni takde stok cheese kat rumah :)

      Delete
  5. Mmg xpakai cheese yer? Susu n mayonis jer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada cheese, boleh la taburkan diatas sekali, lagi kick rasanya ... time sy buat ni takde stok cheese kat rumah :)

      Delete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...