Friday, November 21

Kakak Pun Nak Beri Hadiah. Sayang Cikgu Katanya

Salam....

Lagi cerita semalam. Bila dah selesai sesi buka hadiah, Klik Sini. BW pun cakap lah "Esok last tau kakak sekolah, lepas ni kakak darjah 1"

Dia terkejut, sebab dia ingat lepas cuti ada sekolah macam  biasa lagi. Terus ingatkan ibu balut hadiah untuk cikgu dia. Dia beritahu ayah dia sedih la esok hari last, sebab dia sayang Cikgu Anis. Cikgu Anis, guru kelas dia.

Paper & Stationery Holder Buat Cikgu Anis :)

Dulu time BW kecik tak pernah pun minta mak ayah nak beri hadiah pada cikgu. Anak sekarang ni macam-macam. Dari 5 tahun dah pandai minta nak beli hadiah kat cikgu.

Hari guru nak beli hadiah, hari raya nak beri biskut raya, habis belajar pun nak beli hadiah. Syok juga yer jadi guru, selalu dihargai anak murid. Kalau kerja admin, IT exec bagai, mana ada nak dapat hadiah kan :p

Setelah siap dibalut. Wrapper tu pun si kakak yang pilih. Kad ucapan pun dah siap tulis.

Terima kasih kepada Cikgu Anis dan semua guru-guru yang pernah mengajar si kakak sampai pandai membaca dan mengira :)

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

8 comments:

  1. Ank sue yg 4thn blom lg meminta hadiah utk cikgu2 dia. Thn dpn x tshu mcm mana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru 4 tahun kot. nanti la 5-6 tahun, bila dia tengok kawan-kawan beri hadiah kat cikgu, dia pun nak beri juga :)

      Delete
  2. budak budak kak...saya pun suka beli hadiah untuk cikgu dulu sebab sayang cikgu. tapi sebenarnya nak bodek cikgu. hahaha

    kebaikan omega 3

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha... budak besar pandai la bodek. budak kecik, rasa seronok agaknya :)

      Delete
  3. Replies
    1. budak2 sekarang... dulu mana berani mintak2 :p

      Delete
  4. Diana pun suka bagi cikgu hadiah...kalau boleh semua cikgu nak kasih...tapi masa sekolah baget tak bnyk...jadi kasih kat cikgu yang di sayangi jer...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. agaknya nanti dia dah besar jadi macam diana juga la, suka bagi hadiah pada cikgu. bagus juga yer dah mula dari kecik :)

      Delete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...