Sunday, November 23

Resepi Spaghetti Bolognese & Carbonara Cendawan

Happy Weekend ...

Weekend ni bila balik dari keluar jenjalan, kekadang rasa malas nak masak. Tapi masak juga sebab anak-anak nak makan kan. So, jom masak simple aje.

Spaghetti bolognese cendawan. Anak-anak BW suka sangat ni :)

Bahan-Bahan;

- 1 Pack Spaghetti / Angel Hair / Pasta
- 1 Botol Sos Mushroom Bolognese / Carbonara
- 1 Sudu Minyak Zaitun
- 1/4 Bawang Holland Dicincang

Makan bersama telur goreng aje. Pun laju je makan. Anakku yang tidak memilih ;)

Cara-Cara;

1. Rebus spaghetti / angel hair / pasta sehingga kembang dan toskan.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang holland sehingga naik bau.
3. Masukkan sos bolognese / carbonara dan masak sehingga didih.

Angel hair carbonara mushroom. "Sedap la ibu" kata si adik. Asal mee semua sedap :)

Lauk Mudah;

- Telur Goreng
- Nugget Goreng
- Sosej Goreng

Makan bersama sosej / nugget goreng. Lagi la berebut anak-anak :p

Spiral pasta dengan sos bolognese plain dan fish chips goreng.

 Yang ni spaghetti bolognese ayam. Hanya guna ayam yang dipotong dadu.
Sepatutnya guna ayam cincang atau daging cincang, tapi potong dadu lebih cepat :)

Dah nama pun resepi mudah ala-ala malas gitew. Anak-anak BW suka sangat spaghetti pasta bagai ni, kalau bagi kosong pun diorang makan ajer :p Tapi at least bagi telur goreng la, ade juga la proteinnya ;)

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

16 comments:

  1. nice resepi... tapi biasa sy msak speghati selera malaysia je.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu pun sedap juga. kekalkan rasa asli sos, lebih mudah ;)

      Delete
  2. spagetti ni mudah ja kan nak buat. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu senang. senang cam masak megi je. tapi lebih sihat dari megi ;)

      Delete
  3. Senang je resepi bolognese ni.. Nak try buat la..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang senang. boleh la cuba. budak sek ren pun pandai. hehe

      Delete
  4. bila dah ada sos segera , lagi mudah nak buat ... mmg sedap .

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan... kalau malas berganda, tuang je sos dari botol tu :)

      Delete
  5. hehe.. memang kena dengan tajuk... resepi mudah... :)

    ReplyDelete
  6. Hehe...Saya memang suka makan spagetti

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...