Lagi resepi ringkas dan mudah. Bahan pun mudah didapati. Dari Resepi Adunan Asas Cheese Cake. Yang ni cheese cake original tanpa sebarang tambahan dan topping.
Nyum Nyum ~ Kek keju bakar. Sekejap je licin :)
Bahan-Bahan;
- 1 Cup Cream Cheese
- 1 Cup Plain Yogurt / Whipped Cream
- 1 Cawan Gula Kastor
- 2 Biji telur Gred A
- 2 Sudu Besar Tepung
- 1/2 Sudu Kecil Esen Vanilla
Bahan-bahan kek keju. Mudah didapati. Beli je di hypermarket :)
- Biskut
- Butter
Cara-Cara;
1. Pukul semua bahan dengan mixer sehingga sebati.
2. Campurkan telur, tepung dan esen vanilla kedalam adunan.
3. Pukul Sehingga kembang dan sebati kemudian ketepikan.
4. Biskut dihancurkan dan digaul bersama butter sehingga menjadi doh.
5. Lenyekkan doh biskut dalam loyang dan tuang adunan cheese diatasnya.
6. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 30-45 minit, pastikan ada air dibawah loyang untuk elakkan base biskut hangus.
7. Boleh juga dikukus dengan api sederhana kuat selama 30-45 minit.
8. Simpan didalam fridge 4-6 jam sebelum dihidangkan.
Base biskut dilenyek di permukaan loyang
Cheese kek yang belum dibakar. Anak-anak dah menunggu tak sabar :p
Sewaktu keluar dari oven. Bau cheese menusuk kalbu :)
Selamat Mencuba! Klik Sini untuk banyak lagi resepi cheese cake dan tip-tips mudah :)
Entri Berkaitan;
1. Resepi Adunan Asas Cheese Cake
2. Resepi Asas Kek Sukatan Cawan
3. Resepi Asas Doh Roti, Donut & Pau
4. Resepi Asas Muffin / Cupcakes
5. Resepi Asas Puding Kastard
Thanks For Viewing By: BW (Buat Wanita)
menarik ni, boleh cuba buat lepas ni :)
ReplyDeletecuba jangan ta cuba ;)
DeleteBiskut digestive tu sedap sgt. Cake dah x mkn sejak ank ada ekzema.
ReplyDeleteerm.. lagi bagus makan begitu saja kan. oh baru tahu ekzema takleh makan kek bagai ni. tape la, kek bukan sihat pun :p
Deletekalau yogurt gantikan jus lemon leh x
ReplyDeleteboleh... tapi kena tambah whiped cream la :)
Deletemudah jer . akan cuba satu hari nanti ...
ReplyDeletemudah je. cuba la, kalau ramai tukang makannya :)
Deleteakak tak dek ke resipi kek coklat :)
ReplyDeleteada. tengok kat side bar. resepi kek coklat sukatan cawan :)
Deletetengok gambar pun dah rasa sedap. naknak bila tengok sambil perut lapar...
ReplyDeleteperut lapar kan... nampak makanan semua sedap ;)
Deletesedapnya. tenguk pun d terliuq.. heheheh
ReplyDeletesuami tak keluar rumah sebab
hehe ;)
DeleteWahhh... sonang bah iteww... :D atas letak blueberry pun sodap... kan...
ReplyDeleteerm... kalau ada blueberry, nak letak juga. double sedapnya ;)
Deletesedapnyaaaa. ^^
ReplyDeleteApi atas bawah ke?
ReplyDeleteyer betul, api atas bawah :)
Deletesedapnye tgk kek cheese ni..baru tau cara nk buatnye...terima kasih ye kak krn berkongsi resepi..:-)
ReplyDeletekek cheese memang terbaik ... sama-sama. selamat mencuba :)
DeleteNampak mudah je.nak try buat la chess cake
ReplyDeletememang mudah ... cubalah :)
DeleteI cup tu memang 1cawan ke sukatannya?
ReplyDeleteI cup tu memang 1cawan ke sukatannya?
ReplyDelete1cup cream cheese tu memang 1 cawan sahaja ke
ReplyDelete