Sunday, April 19

Berhati-Hati Dalam Memilih Ayam. Ayam Pilihan Kami Ayam Nutriplus.

Salam ...

Korang pernah tak tengok berita ke dokumentari ke, pasal pusat penyembelihan dan pemprosesan ayam kotor dan jijik? BW sejak tengok dokumentari pasal kilang proses ayam yang tersangat kotor, lepas tu terus jarang beli ayam, kalau beli pun beli yang ada brand.

Ayam Nutriplus pilihan kami sekeluarga.

Sejak dari tengok dokumentari ayam kotor 10 tahun yang lepas, kalau beli ayam, beli yang dalam pack, normally brand Nutriplus. Ayam Nutriplus ada dua jenis, satu pack hijau. Yang dalam gambar pack oren, air-chilled punya. Kami pilih Nutriplus sebab pernah tengok dokumentari kilang nugget Nutriplus, memang sangatlah bersih. Lagipun ayam Nutriplus ni lebih bersih, bila kita basuh, baunya tak kuat macam ayam biasa yang longgok tu.

Korang pilih ayam yang mana? Ke korang tak tak pernah tengok berita pasal ayam jijik? Jom tengok. Ada air basuhan ayam macam air longkang. Yuukkss.

Kilang Ayam Kotor di Selangor.

Kilang Ayam Kotor di Johor.

Ni antaranya lah. Cer korang google. Kat Perak pun ada kilang ayam kotor. Yang best tu peniaga melayu yang beli dari kilang kotor ni. Kita pun dengan yakinnya beli dari peniaga melayu tu kan. Bila ke kedah pun nampak peniaga proses ayam depan mata kita, air tak bersih. Erm, satu malaysia ada aje tempat proses ayam yang kotor ni. So, hati-hatilah yer. Jangan tau nak beli yang murah aje :p

Ada jer kilang yang bersih, cuma kita perlu tahu lah ayam yang kita beli tu dari kilang mana. Kalau nak beli produk berasaskan ayam macam nugget semua tu pun pilihlah brand yang diyakini. Ramly tak ada pula jual ayam pack macam Nutriplus ni yer, kalau ada kat hypermarket, gerenti pilih Ramly ;)

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

6 comments:

  1. Kalau dekat tempat saya memang diorang sembelih sendiri dekat pasar .

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada jumpa peniaga yang sembelih dan basuh bersih depan mata, memang bagus. kami pun nak juga beli :)

      Delete
  2. saya malas pulak nak makan ayam dah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. lagi bagus kalau tak makan ayam. tapi kami ada anak,kadang-kadang anak nak ayam :)

      Delete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...